Sunday, June 01, 2014

Setahun sudah

Bismillah

" Antara yang ada tiga kat depan ni. Mana yang Amirah nak pilih?"

"NEW MEDIA!"

Flashback semula setahun yang lalu ketika aku menghadiri temuduga di Menara TM.

"Kalau boleh saya nak bahagian IT. Tapi tak nak fully teknikal"

Sekali lagi flashback ketika HR menelefon aku. Waktu tu sedang berada dalam kereta milik TM. Tengah OJT time tu. huhu. 

Hari ni, genap setahun aku berkhidmat di Menara TM, di New Media.
Selamat ulang tahun Mira :)


Bila dikenang semula sesi temuduga tu, terasa sangat meremang bulu roma. Hahaha.
Yang meng-interview aku tu pula Bos aku rupanya. Ingatkan pihak HR juga. Bila lapor diri baru tahu, perrgghh Bos rupanya.

Ya Allah, sudah setahun dah rupanya.
Tapi masih lagi aku rasa bebudak di New Media tu.
Masih lagi bila ke meeting seakan tak tahu apa-apa,
"Apalah yang korang cakapkan ni? Cuba cakap bahasa yang aku boleh faham,"
Itulah yang selalu bermain di fikiran aku tiap kali hadiri meeting yang aku sendiri tak tahu apa yang sedang aku lakukan.

"Mira adalah staf yang *** pilih sendiri,"
Bila teringat semula kata-kata tu, meremang lagi aku rasa.
Sekeliling aku semuanya orang hebat-hebat. Jujur.
Sangat hebat, hinggakan aku rasa sangat rendah diri dan tak rasa itu diri aku seperti mana aku sewaktu belajar dulu. Aku rasa sangat rindu dengan Mira yang berani.
Berani dengan FYP. Berani dengan segala benda.

Selama setahun ni juga, tipulah kalau aku cakap aku tak belajar banyak benda.
Aku fresh graduate. From 0. Tambahan pula, kerja aku sekarang jauh dari apa yang aku telah belajar. Benda yang aku tak suka face time bejalar dulu.
Tak sangka, benda yang aku tak suka kini aku sedang bergelumang dengannya.
Seriously banyak benda aku belajar.
Walaupun kena marah, kena buli, kena buat-buat pandai, seriously again, aku belajar dan masih lagi belajar.

Banyak ranjau, sakit dan suka gembira selama aku di tempat aku sekarang ni.
Hari first masuk kerja, terkejut gila.
Suasana seperti di MMU dan seperti aku di PETRONAS dulu.
Sama.
No wonder Allah hantar aku intern kat bahagian HR Petronas yang sangat havoc dulu.
hahaha

Selama setahun ni juga :

# Aku telah hantar application aku kat MMU sebagai Asst, Lect IT. Ni aku hantar sendiri. Member aku beritahu aku dan aku emel sendiri pihak HR MMU. Juga telah hadiri sesi temuduga.
# Aku telah hantar juga application MMC sebagai Asst. Lect Engine. Tapi yang ini masih belum lagi dapat berita apa-apa.
# Aku ada sesi personal dengan Director YTM. Hal personal :)
# Application MMC KL sebagai Asst. Lect IT kena reject dengan Bos atas sebab2 tertentu. Yang ini walaupun aku sedih, aku terima dengan hati terbuka. Bodoh juga aku ni kan? haha.

Nampak tak berapa kali aku cuba benda baru? Aku cuba nak lari?
Tapi Allah tak nak aku keluar.
DIA tak bagi lagi peluang untuk aku keluar.

Jadi dengan ini, aku akan teruskan career aku ini untuk tahun berikutnya.
Ada hikmah yang aku tak nampak lagi :)

That's it!
Setahun sudah!

And I am proud to be part of New Media.
Inshaallah.. I try my best and best!
hahaha.
Maaf segala salah silap.
Maaf kalau selalu blurr
Maaf cant be awesome enough.

p/s : hopefully lepas2 ni, tiap kali bangun tak rasa down dah. hahaha. Happy Anniversary Mira! :)



No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law