Tuesday, May 27, 2014

Movie!!

Bismillah.

Malam ni, nak update tentang movie-movie yang dah tengok untuk tahun 2014 ni.
Hurm..

Reviewing~~ hehe

Sebenarnya, dah lama tak tengok movie kat pawagam, malah nak tahu update terkini pun jauh sekali.
Tapi sebab bekerja di environment entertainment, terasa perlulah update sikit-sikit.

1. FROZEN
Seingatlah, bermula dengan cerita Frozen, yang telah berjaya di-download. haha..
Frozen ni merupakan cerita kartun muzikal. Simple but deep juga sebenarnya ceritanya.
Jujurnya, ingatkan waktak utama adalah kakaknya, rupanya adiknya. haha.
Overall cerita ni awesome walaupun tak touching mana. 
Just dia mengajar aku beberapa perkara, seperti
yakin. chill dan pedulikan kata orang. usaha!
Hidup yang Elsa lalui sebenarnya sangat perit. Kasihan. 
Kalau boleh, tak naklah kehidupan aku diibaratkan seperti Elsa juga.
Nak jadi macam Anna, happy dan sentiasa tak berputus asa!

20 April 2014.
Tarikh aku menonton ini movie :)

2. MR. PEABODY & SHERMAN
Ada kisah di sebalik kenapa aku buat pilihan nak tengok movie ni. hurm.. Tolak tepilah ya kenapa itu.
Cerita ni awesome sangat, walaupun idea asal dia bagi aku agak tak proper. 
A dog can raise a human?
Macam Tarzan juga.
This movie boleh aku katakan satu movie yang wajib tonton sebab ia kelakar dan ada juga inputnya.
Disebabkan aku ni jenis suka kepada Jimmy Neutron, jadi movie ini sangat sesuai untuk ditontonkan.

Kisahnya, something goes wrong when the time machine being used sesuka hati.
Apa yang perlu dilakukan untuk kembalikan semuanya ke tempat asal, macam mana nak handle budak-budak yang teramat degil nak dengar cakap. Juga, sedikit sebanyak tahu tentang dunia Sains dan sebagainya disebabkan terselit kisah para ilmuwan Barat dalam cerita ni. Sebagai contohnya, pembinaan Kapal Terbang.

20 April 2014?
Yup, selepas tengok Frozen, aku sambung terus tengok movie ni.

3. CAPTAIN AMERICA
Yang ni aku tengok selepas aku interview di MMU Melaka. Tak tahu nak ke mana, aku spendkan masa yanga ada ke Melaka Mall dan tonton wayang di sana. Aku tak berapa nak layan sangat Captain America ni, tapi episod sebelum ini aku tengok, jadi untuk yang baru ni, tiba-tiba terasa seperti perlu tengok ni!! 
Hahaha.

Cerita fiksyen, seperti biasa mahukan kemenangan kepada pihak yang baik. SHIELD yang selama ini melindungi rakyat sebenarnya bukan seperti yang disangka. Kehadiran penyokong-penyokong HYDRA pula menggamatkan lagi plot cerita ni. Awesome untuk filem aksi dan jalan cerita yang menarik bagi aku. Tak rugilah tengok :)


4. AMAZING SPIDERMAN 2
Haaaaaaa Yang ni susah sikit nak terangkan. Jujur, aku bukan seorang yang betul-betul mengikuti Spiderman. Episod/siri yang sebelum ni pun aku tak alert mana. Tapi apa yang boleh aku komen, grafik cerita ni awesome! Cuma jalan cerita sahaja sedikit kekurangan. Paling tak best, bila tengah syok-syok tengok part akhir/ending, habis macma tu je! Geram sungguh. Kenapa tak habiskan je ke siri/episod yang baru?

Gwen mati dalam cerita ni. Sedih sangat-sangat weyh! Sayangnya Spiderman pada Gwen. Setianya Gwen pada kekasihnya menambahkan lagi serta menyempurnakan lagi rencah movie Spiderman ni.


5. X-MEN : DAYS OF LAST FUTURE
200 POINTS!!!!!
Aku follow kot setiap series X-MEN ni. Episod/siri kali ni banyak menguji emosi aku.
Grafik yang super duper awesome dan plot yang terbaik.
No one will know the ending will be like that.
Macam mana Wolverine sanggup merentas masa untuk selamatkan semua Mutant yang ada.
Hampir menangis tau dalam pawagam terharu banyak giler benda.
Kena tengok tau!!!


LIMA movie aku layan tahun ni =.='

And.. I'm waiting for two more!!
Sebenarnya.. TIGA LAGI!! hehehe




p/s : hehehe





No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law