Saturday, May 31, 2014

Edge of tomorrow & Maleficent

Bismillah.

Sabtu, 31 Mei 2014.
3 Syaaban 1435
28 hari menuju Ramadhan.
Sampaikan kami ya Allah ke bulan mulia itu, aminnnn.

Hari ni outing dengan housemates2 tak jadi.
Jadi, aku outing sorang-sorang bawa diri tak jauh mana tapi bagi kebanyakan orang agak exclusive iaitu KLCC. hahaha

Saat aku jalan sorang-sorang tu aku perhatikan setiap yang ada, aku rasa cam..
"I prefer lepak mamak atau kedai makan kat tepi-tepi jalan. Itu lebih kepada aku"

Tak boleh nak fake kan diri yang kena menerima arus 'kekayaan' yang ditonjolkan warga kota ini.
Jiwa aku tak masuk dengan semua itu. 
Whatever lah, kita tolak tepi itu semua.
Apa yang aku buat seorang diri?
Aku jalan-jalan dan tengok wayang.
I just want to be alone. Itu sahaja.

Cerita pertama yang aku tengok adalah :
EDGE OF TOMORROW.

Kenapa aku nak tengok? Sebab trailer dia awesome. Dan juga sebab Tom Cruise berlakon. 
Aku minat kot dia berlakon, dan tolong tolak tepi segala macam jenis berita tentang dia. Aku judge the way dia berlakon. Itu je. Aku suka.

Sumber :  pak cik Google

Lately, aku banyak tengok cerita berkaitan peperangan, termasuklah yang ini.
Tom Cruise or Cape (in this movie) is a Mejar. But not really trained well to be a great Mejar. Boleh dikatakan nama sahaja Mejar, tapi skill tak ada. Prebet is better than you, Mejar. Begitulah istilahnya.

He created something for the war. Meaning, suit to be used during war. Suddenly, he told to be in the field together with the rest. Kena jadi askar. Dari Mejar turun pangkat jadi askar.
At first, he totally refused kot. Dia seorang pengecut! Itu yang boleh aku cakap.
Sangat pengecut. Siap lari dari medan peperangan. Tapi tek berjaya.

Ada satu makhluk ni, yang mereka sedang berperang ni, namanya Alpha. 
Dia punyai something yang boleh set kan semula masa dan hari ke asal jika Alpha-Alpha ni mati.
Setiap kali hampir kalah, Alpha ni akan set kan balik. Punca kuasa Alpha ni adalah Omega.
Nak dijadikan cerita, Tom Cruise ni adalah 'something' tu. Dia dapat benda tu waktu dia bunuh Alpha tu dan mati dalam pertempuran. 'Something' tu masuk dalam darah Tom sendiri. Daripada itulah setiap kali dia mati, dia akan dihidupkan semula.

Ditakdirkan dia bertemu dengan Rita ataupun nama sebenarnya Emily Blunt

Dipendekkan cerita, Rita ni pun macam Tom dulu2, tapi dia tak sempat nak bunuh Omega (punca kuasa yang utama), jadi dia pesan kat Tom,
"Come and find me when you wake up"

Bermulalah misi Tom dan Rita ni untuk bunuh Omega dan beberapa banyak kali juga Tom ni hidup dan mati semula. Best cerita dia. Dan endingnya pun mestilah unik kan?
Kenalah tengok sendiri. hahahaa
Puas hati sebab ada bab touching, logik dan kelakar.
Complete.
:)
And I love Tom Cruise!
Hahaha

*******
Cerita yang kedua :
MALEFICENT


Awesome juga!
Jujur, aku dapat rasa Maleficent dalam diri aku.
She is nice lady.
Jujur. Dia asalnya baik orangnya.
Tapi sebab kepercayaan yang sangat tinggi pada seseorang dan kepercayaan itu dimusnahkan begitu sahaja, Maleficent ni bertukar jadi seorang yang sangat kejam.

Cerita ni aku tak nak story banyak-banyak. Memang kena tengok sendiri..huhuhu.
Suka watak-watak dalam cerita ni.
Aurora baik orangnya. Dan kerna dialah, Maleficent berlembut hati.
Maleficent is a nice person after all.
Nampak je muka dia bengis nak mampus, tapi dalam hati dia masih terselit kebaikan.
Cara dia jaga dan protect Aurora tu sangat sweet.

Jangan tamakkan harta sampai kita lukakan hati orang lain.
Cerita ni aku bagi 10 bintang!
^_^

Bagi aku.. Aurora bagi aku adalah masa.
Masa akan ubati segalanya.

p/s: nak download lah cerita-cerita ni!


I start to love this song

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law