Sunday, April 13, 2014

Korea Trip

Bismillah.

Senja ni, mahu update tentang trip ke Korea pada 29 Mac 2014 tempoh hari.
Sebenarnya, banyak je benda yang berlaku tapi tak sempat nak update.
Lepas Korea, mungkin update tentang wedding Ateh pula?
huhuhu

Tak akan update juga untuk setiap hari yang berlaku di sana, 
cumanya akan buat summary.

November 2013.

Aku terbaca iklan di Insta Incik DJ perihal ke Korea bersama Adi Akmal pada 29 Mac 2014 - 2 April 2014 dengan sekian sekian harganya, tidak termasuk tiket flight.

Waktu tu, hati aku berdebar gila!
Nak pergi!
Tapi cukupkan aku punya wang?
Kewangan aku macam mana sebab aku sedang kumpul duit untuk kehidupan aku,
maklumlah baru mula kerja kan.
Boleh ke aku topup balik semua duit-duit aku nanti?

Jujur aku katakan, hati aku kata
"Inshaallah mira, duit itu pasti akan ada. Jangan risau!"

Entah kenapa, aku boleh terdetik begitu dan terus menghubungi pihak penganjur.
Aku tak tanya banyak sebab style aku, aku suka ikut instead of tahu details.
Aku terus isi borang dan tunggu masa untuk emelkan kepada penganjur.
Serius aku tak fikir panjang.

Aku dah terasa aku akan pergi seorang diri nih.
Walaupun ikut trip, aku tetap seorang diri.
Malam tu, setelah fikir-fikir, aku hubungi sahabat aku, sebab dahulunya kami pernah plan nak ke Korea sama-sama tapi masa tak berapa sesuai.

Dipendekkan cerita, sahabat aku tu mahu ikut aku sama.
Dialah paling banyak tanya daripada aku.
Semua dia nak tanya, dan soalan-soalan tu aku tak boleh nak jawab.
"Nanti mira tanya pihak penganjur".
hahaha

Aim aku, nak penuhi wishlist aku dan juga teringin sangat nak berjumpa dengan krew-krew nasyidfm.
Beberapa minggu sebelum tu, buat juga meeting.. sebabnya, bos dan juga kawan2 ofis join sama.
hahaha.

Dipendekkan cerita lagi, kami 5 orang semuanya.
Beberapa malam sebelum berangkat tu, aku tak tidur juga, di samping sipakan kerja-kerja ofis, aku cuba plan untuk aktiviti sendiri.
Hurm....

Memang tak semua dapat pergi dalam plan aku tu.
Dan aku pun malas nak menaip panjang dah.

Apa yang buat aku teruja, aku sudah sampai ke Korea.
Suka dengan environment di sana.
Huhuhuh.
Walaupun first day tu kaki aku cedera dan balik Malaysia kena marah dengan Angah dan ibu..
Walaupun ketika di Pulau Nami tu something berlaku..
Aku tetap suka dengan environment di sana.
Jika trip kedua nanti aku sendiri, aku tak kisah!
huhu.. inshaallah aku boleh bawa diri.

Banyak  benda yang aku pelajari walaupun banyaknya juga penat.
Aku suka mix around dengan orang-orang dalam trip ni.
Aku suka dengan cara joy deme.
Bagaimana mereka maksimakan diri mereka.


Incik Halim.
Dia juga organise BackPack dia sendiri.
Kalau ikutkan aku dan Dila (sahabat aku tu), kami cadang nak pergi under dia,
tapi disebabkan masa tak berapa nak sesuai, tu yang aku terus setuju nak join NasyidFM juga tu.

Allah hebat kan?
DIA aturkan 2 in 1.
Dua-dua aku dapat ikut.
huhuhu..

Banyaknya aku post dalam FB aku, jadi, nak menaip pun tak berapa sebab tahu akan jadi panjang nanti..haha


Bersama pihak penganjur.
Amacam?
Time ni, mungkin kami-kami ni jauh dari yang lain, incik Firdaus ni datang dekat kami dan sembang sembang dengan kami. Comellah dia duk sembang layan kami ni. hahahah
Banyak benda berlaku sepanjag trip, tapi bagi aku manis belaka. 



Bersama Adi Akmal!

Waktu ni kat Palace. Nama Palace tu panjang. Aku lupa. Kalau sebut biasa ni ingatlah dia.
Waktu tunggu bas tu suka sembang sekejap dengan adik Adi Akmal ni.
Comel dia jangan cakap dia. Petah siot!
hahaha..
Apa yang terjadi menyebabkan aku bersembang dengan dia?
Haaaa.. biarlah itu menjadi kenangan aku sendiri.


Yang ni di Pulau Nami.
Aku tangkap setiap pergerakan lelaki itu dengan anaknya.
Dia layan sahaja karenah anak dia.
Naik basikal...turun..tangkap gambar..semua dia layankan.
Sangat sweet tau ayah ni. Hati aku terusik sangat melihat mereka.



Library di Pulau Nami.
Daebak!
Seriously daebak!
Waktu ni solat Zohor.
Something juga terjadi selepas solat tu sebenarnya.
Serius adik Adi Akmal tu comel.
Gara-gara aku jaga tempat wudhu wanita time tu, dapatlah tengok telatah adik dia sekali lagi.
hahahaha.
Biarlah itu juga menjadi kenangan untuk aku.


Gambar di atas sekitar di bandar Hongdae.
Hari terakhir demi memenuhi janji dengan adik-adik ni..aku minta Dila pergi bawa adik2 ke Trick Eye Museum.
Walaupun aku tak dapat nak pergi, puas hati sebab dapat penuhi janji tersebut.
Sebagai ganti pada diri, aku bawa kamera kak Ain,aku jalan sekitar Hongdae seorang diri pagi tu.
Duduk sembang dengan seorang rakyat Korea yang English dia bagi aku awesome juga, duduk perhati setiap yang ada sehinggakan kakak tu bertanya pada aku..

"What interesting here?"

Mungkin dia perhatikan aku termenung lama sangat kot. hahaha
Sebelum meninggalkan kakak tu, aku beranikan diri bersalam dengan dia.
Terkejut kakak tu. 
Mungkin tak ada orang pernah buat dia gitu barangkali?

Kejadian sebaik sahaja aku melangkah dari stesen bas tu, sangat menjadi kenangan untuk aku.
Aku anggap itu aturan dariNya yang terbaik :).
Apa dia?
Biarlah rahsia...



Hari last.. di Incheon Airport, aku bertemu dengan seorang makcik dari Malaysia.
Punyalah seronok dia sembang dengan aku.
Siap tanya pergi under siapa, minta nombor bagai.. hahaha
Aku tak kan lupakan juga mak cik tu sebab aku yakin setiap detik pertemuan yang terjadi,pasti ada hikmahNya.
Mana tahu, kita berjumpa kat KL ke mak cik kan? :)




Memang aku tak nak cerita banyak pun kat sini.
Biar semuanya kekal dalam ingatan aku.

Hari berangkat pulang ke Malaysia sedih sangat.
Sedih sebab cuti dah habis.
Sedih sebab tinggalkan bumi Korea.
Dan sedih...

Cukuplah sedih tu  kan? ;)

Kepada semua yang terlibat, dari first day aku jejakkan kaki ke Incheon dalam kepenatan.
Meronda dengan kamera di tangan.
Melihat seronoknya kawan2 dalam trip ni.
Menghadapi saat genting dan kurang sabarnya dalam diri.
Pelbagai jenis segalanya lah!

Aku ucapkan jutaan terima kasih.
Dan ribuan kemaafan.

Halalkan segala makan minum kami.
Maafkan kami.
Terima kasih sangat2.
Mungkin apa yang terjadi dan siapa yang kita kenali, 
orang lain boleh lupakan kita.

Tapi bagi diri aku..
aku tak kan lupakan semuanya.
Kerna ini salah satu dari wishlist aku yang aku selalu duk hadap kat meja ofis.
Aku tak kan lupakan.

Komawo.

p/s : aku nantikan next trip untuk diri sendiri. :)










No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law