Monday, August 12, 2013

Syawal ku

Bismillah.

Alhmdulillah.

5 Syawal.


Well, well,...
KL sudah!
Hurm.........

Alhamdulillah, raya kali ini best. 
Serasanya, kalau cuti tidak dikorbankan, sekarang ni dah berada di ofis dan online.
hahahaha!

1 Syawal.
Memang terasa sunyi sangat.
Abang-abang dan kakak-kakak tak ada.
Yang ada kami yang masih bujang sahaja. 
Saya, Ilah, Angah dan Ateh.
Rutin kami di pagi Syawal selepas solat, kami akan ke rumah Mak Izan.
Sarapan dan rehat di sana sebelum beraya ke rumah saudara yang lain.
Kali ni, beraya di rumah Acik Norlia lewat petang.
Pak Uda dan Pak Long (abah) datang ziarah kami.
Macam mana sekalipun, rumah Acik Norlia memang kena beraya.
huhuu.

Waktu rehat Zohor tu, saya duk fikir, bestnya Raya waktu zaman kanak-kanak dulu, waktu arwah mak masih ada. Malam raya sudah beraya di kampung Kuala Kangsar. Berebut siapa yang nak bakar lemang. Bakar mercun. Disebabkan rumah Opah atas bukit, bila ramai anak-anak balik, kereta ada yang parking di bawah, so, orang yang kat atas akan jenguk-jenguk ke bawah. Lepas tu menjerit bagitahu orang dalam rumah siapa yang datang.

Indah. 
Pagi raya, siap-siap pergi rumah Mamak Kidik dan Mamak Buyung kat Maran.
Lepas tu kami berjalan ke setiap rumah yang ada kutip duit raya.
Pernah satu hari tu, sampaikan perut dah tak boleh nak isi dah tapi still beraya dan makan.
hahahaha.

Indah.

Sekarang, bila semua dah besar dewasa dan ada pula yang sudah berkahwin, kemeriahan tu makin tak dirasai. Lepas arwah mak pergi, rapatnya kami sepupu sepapat makin menjauh.
Entah mengapa jadi macam ni.
Kekadang tak datang singgah pun ke rumah, mungkin bagi mereka, bila mak dah tiada, buat apa datang lagi ke rumah?
Tapi kami ni masih anak saudara kalian. Hurmmm...

2 Syawal.
Petang 2 Syawal ni, kami adik beradik dan famili Acik Norlia ke Taiping, rumah Pak Ngah untuk ziarah famili Pak Ngah dan Opah. Semuanya keluarga belah arwah mak.

Alhamdulillah, syukur.
:)
Tak banyak coretan di 2 Syawal ni kerna hurmmm..

3 Syawal.
Along dan kak lang pulang beraya.
Rumah meriah sedikit dengan kehadiran Syabil,Syafia,Syamim, Syarah dan Danial.
Kami juga buat kejutan sambutan hari jadi ibu dan abah.
Juga kami adakan BBQ keluarga.
Famili Acik Norlia pun join sekali.
Famili Mak Izan belah ibu pun ada.
Memang seronok sangat malam tu.
Bukannya selalu kami buat macam ni.
Dapatlah tengok 'kemesraan' abang-abangku yang menjaga api bakar makanan.
huhu. COMEL!

4 Syawal.
Selepas makan tengah hari beramai-ramai, saya, Angah dan Ateh membawa diri pulang ke KL.
Cuti saya masih berbaki 2 hari, Rabu baru start kerja.
Tapi disebabkan tak nak Angah balik sendiri, saya pun ikut je dia balik.
:)

Itulah kisah raya yang sederhana bagiku.
Andai bertemu Ramadhan dan Syawal yang akan datang,
saya teringin nak merasa beraya di kampung, jumpa ramai sanak-saudara.
Hati kecil ni merindui saudara-saudara belah mak yang kami rapat dulu.
Dan hati kecil ni merindui untuk beraya di kampung.
Mana nak dapat dah kan?
hurm...
Oleh itu, kerna sentiasa bersyukur kerna masih boleh beraya bersama famili tercinta :)

p/s : tengah buntu nak buat apa. hahahha

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law