Monday, August 19, 2013

M.e.l.a.k.a

Bismillah.

uuuuuuuuuu.

Selamat Hari Isnin semua!!!
:)


Sementara nak tunggu ada kerja ni, nak update sikit tentang hujung mingguku yang lepas.
MELAKA.

Perrrghhh, mesti bosan kan?
Melaka kot.
Dah lama tak jejakkan kaki ke bumi bersejarah tu sebenarnya.
Last ritu bulan Mac, lepas tu tak pergi dah sampailah hari Jummat yang lepas.

Melaka.
4 tahun kat sana.
Banyak kenangan yang tersemat di bumi bersejarah tu.
Dan memang bersejarahlah bagi saya.
Serasanya macam semalam je saya daftar Asasi di MMU Melaka.
Dengan berpakaian hitam putih, jumpa Ecah kat atas pentas beratur.
Kemudian ditinggalkan oleh parents tersayang.
Itulah pertama kali saya benar-benar berjauhan dengan keluarga.
Alhamdulillah, i've made it!! :D

Pergi hari tu dengan niat mahu menziarah mak kami di sana.
Seorang wanita yang tabah dan baik sangat.
Merupakan jiran kami, dan ibarat mak bagi kami.
Alhamdulillah, hajat di hati tercapai,
lepas rindu pada mak di Melaka.
Semoga mak jaga diri baik-baik dan sentiasa berada dalam lindunganNya senantiasa.
:)

Hadirnya saya ke Melaka pun bersebab.
Saya mencari jawapan.
Entah mengapa, saya gemar cari jawapan di Melaka.
Ini kali kedua.
Tapi mulut terkunci tak boleh nak berkongsi dengan sahabat-sahabat
sehinggalah hari akhir di dalam bas, barulah DIA benarkan saya berbicara.

Kata-kata sahabat saya buatkan saya terkesima dan berfikir,
tak lupa juga buat saya tersentuh hati.
Kisah dia dan kisah ibu bapanya buatkan saya makin mahu melihat dunia ni dengan lebih luas.
Dan kesimpulannya, semuanya berbalik padaNya jua.
Jujur, semua berbalik padaNya jua.

Balik je ke kota raya, saya lakukan rutin yang sama sahaja.
Mimpi yang kerap hadir, sejuk tangan yang selalu saya hadapi, kerungsingan yang saya fikirkan akhirnya terjawab sekelip mata je.
DIA sudah berikan jawapan atas doa yang saya pinta.
Sakit.
Itu yang saya rasakan.
Tapi, dalam sakit, saya tahu itu kehendak diri saya sendiri.
Dan kali ni, saya benar-benar perlu redha
:)

************************************************

Beberapa hari yang lepas, 
berlaku sedikit kecelaruan atas kejujuran saya ni.
Terasa jahatnya diri buat begitu kerna saya yakin..
"What you give, you will get it back"
Jika bukan pada diri saya, ia akan kena pada generasi saya nanti atau keluarga saya nanti.

Oleh itu, dengan azam yang baru, saya juga mahu bahagia kan?
Just wait and see this Friday.
If Allah izinkan, inshaAllah..
if not.. saya akan serahkan padaNya sahaja.
Malas nak fikir dah..
saya nak pergi bercuti.

p/s : positif dear mira :). Allah loves you tahu tak? ;)

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law