Monday, August 26, 2013

Konvokesyen

Bismillah.

Alhamdulillah.

Akhirnya 24 Ogos 2013, saya official berkonvo!

Alhamdulillah.

Itu sahaja yang boleh saya katakan.
Menyesal dengan extend dua semester, tapi Allah atur terbaik sekali.
Dapat grad bersama-sama dengan member-member yang lain.

4 tahun lebih.

:)

Bermulanya Asasi atau Alpha di MMU Melaka, seterusnya sambung Ijazah IT di kampus yang sama, akhirnya dapat habiskan pengajian dengan jayanya. Syukur.

Ingat lagi, mula-mula masuk MMU, berada kat depan lif bersama baldi yang ada Tony (my fav teddy bear), nak dijadikan cerita, satu lif pula tu dengan rumet. Dan dia tu rumetku sampailah habis belajar.
Alhamdulillah.

Ingat lagi macam mana jumpa dengan akak2 dan abang2 MMU, IU, batch YTM.
Macam mana kami ni sangat nakal suatu tika dulu.
Paling tak boleh lupa, macam mana saya jatuh teruk waktu Beta first semester.
Sangat sakit. 

Macam mana saya kena marah dengan coursemate sebab tinggal dua kuiz.
Selalu ponteng kelas.
Sibuk dengan itu ini.
Pagi-pagi Jumaat mesti kelam kabut menangis bagai.

Perggghhh.
Kenangan.

Belum lagi cerita macam mana saya boleh berpindah randah ikut kata ibu abah.
Macam mana saya berdepan dengan situasi yang saya nak tinggalkan tapi kena juga hadapi sebab satu rumah semua orang kuat kelab.

Macam mana saya boleh survive?
hahahaha.
Allah jua pemberi kudrat dan semangat.

Dan macam mana saya boleh buat keputusan untuk tukar course serta universiti dulu.
Tekad nak ambil sastera dan bukan IT!
Allah.

Dan macam mana dulu saya plan tak nak extend, tapi extend juga.
Orang lain yang rancang extend, orang lain yang extend.

4 tahun lebih.
Perit dan mencabar.
Allah jua yang memberi kekuatan.
Mereka yang ada di sekelilingku juga yang Allah hadirkan untuk diri ini.

Alhamdulillah, akhirnya, saya rasa juga saat indah ini.
Dan alhamdulillah, ibu abah ada bersama :)

Baiklah, cukuplah..jom layan gambar,
tapi letak sedikit je..
:D



















p/s : terima kasih semua.

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law