Saturday, May 11, 2013

Selamat tinggal diari

Sabtu, 11 Mei 2013

Bismillah.

Alhamdulillah

:)

Jeng..jeng..jeng..

Hari ni berkesempatan belek diari-diari lama.


Mula tahun 2010, tiga buah buku diari telah berjaya saya tulis.
Tapi, hari ni saya dengan tekad membuat keputusan untuk membuangnya.


Bila selak balik setiap muka dan baca kembali apa yang telah saya tulis,
tergelak dan tergeleng kepala sendiri je.
Betapa tak matangnya saya dalam hidup ini.
Banyak benda dan banyaknya keladak dalam diri yang menyebabkan 
saya tulis setiap helaian diari ini.

Saya selak semula buat kali kedua dan saya koyakkan mana yang saya rasa tidak perlu lagi saya simpan.
Sambil geleng kepala..

"Ini pun aku tulis? Ini pun? Mira..mira..."

Sampailah nipis buku-buku tersebut.
Saya tinggalkan cebisan kenangan yang benar-benar saya rasa perlu ada je.
Haaaaaaa..
mesti ada juga yang menulis diari kan?
Bagus sebenarnya tulis diari ni,
tapi di sebaliknya juga ada keburukan sebenarnya.
Bergantung pada cara kita tulis.

Dan kalau boleh, saya tak mahu orang baca apa yang telah saya tulis dalam buku-buku diari saya tu.
Biar yang lepas, saya lupakan.
Yang ke hadapan ini saya fokuskan.



***********************************************************

Faham diri.
Faham matlamat.
Faham hala tuju.

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law