Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu, Ibu :)

Ahad @ 12 Mei 2013

Bismillah.

Alhamdulillah.

Happy Mother's Day!!!!

Well..well..

As usual, everyday is mother's day okey...

Yup, thats right!

Hurm...
Hari ini, ibu kurang sihat, dah nak masuk tiga hari ibu tak sihat, sejak pulang daripada KL hari tu.
Alhamdulillah, lepas makan ubat, ibu dah boleh makan sikit-sikit.
Alhamdulillah, 
abah cakap..

"Tak tahu ilah cakap apa dengan ibu semalam, ibu terus nak ke hospital hari ni,"

Hurm..syukur, at least berhasil :)

Disebabkan terasa sangat =.=' tak dapat nak sediakan ibu apa-apa pada hari yang istimewa ni,
saya cubalah buat kad yang serba ringkas. InshaAllah, ada rezeki lebih, ada surprise untuk ibu :)

Inilah dia. Saya suka melukis, jadinya, saya lukis. Tapi memang tak berapa nak cantiklah :P

Disebabkan ibu suka kucing, jadi cubalah buat sampul ringkas ala-ala muka kucing..huhu.

Memang macam budak-budak saya ni =.='

Untuk ibu, 

Terima kasih sebab hadir dan sudi terima kami 7 beradik.
Banyak ujiannya di permulaan hidup ibu dengan kami.
Banyak dugaannya yang ibu terpaksa terima.
Maafkan kami.

Terima kasih ibu.
Kami cuba jadi anak yang akan menjadi saham untuk ibu, abah dan mak di sana nanti,
inshaAllah.
Terus doakan kami ibu :')

********************************************************

Selamat hari ibu untuk semua ibu-ibu yang ada, termasuklah..

Kak Ikin
Kak Lang
Kak Long

Mereka semua dah bergelar ibu :)

hehehehe..

Untuk mak.. selamat hari ibu juga :)

**********************************************************

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law