Friday, May 03, 2013

OFM-end

Bismillah

Alhamdulillah

OFM.
TM Tasek.
(2-3 Mei 2013)

Sehari sebelum nak ditempatkan di OFM, saya cuba cari apa itu OFM.
oOoo.. Office Financial Management.

Ok, tak perlu nak pakai t-shirt dah. yeay!
Tapi bila lapor diri...

"Puan, OFM itu apa?"

Saya tak nampak pun Finance Office di situ.

"Optic Fiber Maintenance"


Optic Fiber??

Ok...

Rupanya saya tak belajar tentang Finance.
Dan saya diserahkan pada Encik NorHisyam.

Dia bawa saya ke ofis OFM di tingkat bawah.
Saya diperkenalkan dengan staf di sana.
Ofis atas ada tiga orang supervisor, ofis bawah staf teknikal, ada 5 orang.
Tapi seorang tu cuti.

Perkara pertama saya buat adalah baca buku/nota tentang Optic Fiber.
Fuuhhhh.. naik mengantuk saya baca.
Yang lain ada yang rehat, jalan-jalan, maklumlah tak ada report cable breakdown.

Nak masuk tengah hari sikit, saya duduk di luar, sebab kurang selesa duduk di dalam dengan seorang staf.
Kemudian, saya lihat mereka siap-siap nak keluar.

"Kami ada breakdown di Batu Gajah, tak boleh nak bawa kamu sebab van penuh barang"

OK....

Dan mereka tinggalkan saya begitu sahaja.
huhu..
Tinggallah saya sendiri dengan nota yang dua kali saya duk belek baca.
Seriously ofis tu scary sebab tersorok ke belakang, serasanya kalau saya jerit, tak ada yang dengar..huhu



Memang saya tauke besar hari tu..huhu..

Hari ni, saya di-brief tentang Splicing machine.
Tak sampai lima minit di-brief. Ok lah tu.
Kemudian, diberitahu pula tentang gas detector, pun x sampai lima minit.
Ok lah tu.

Nasib baik saya pernah join team CGPA, jadi tak sukar mana saya nak faham term dan gerak kerja.
:). Syukur.


Pagi memang saya tak buat apa langsung..
Petang pun sama..mereka ke site, tak bawa saya sebab katanya nanti balik lewat.
Ok... saya ok je 

Pepun, saya dapat siapkan report saya. 
Alhamdulillah, masa terisi untuk itu
:)

*********************************************************

Habis je waktu kerja, saya bergegas ke TMPoint Ipoh Wisma.
:)

Seronok!
Saya rasa sangat seronok datang balik.
Jumpa member-member tmpoint.
Rindu mereka :')

Lama juga saya kat sana..hahaha..
gosip degan Che Wan, Kak Za, Abang Sham.
huhu. incik Izan je tak sempat nak jumpa.
macam chispmore dia tu..huhu..

Syukur.
Terima kasih :)

Saja beli untuk kenangan :)

Dengan ini, tamatlah OJT saya!
Alhamdulillah.

Minggu hadapan saya akan ke KL untuk sesi temuduga.
Semoga dipermudahkanNya :)

p/s : alhamdulillah.


No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law