Wednesday, May 08, 2013

Aku & Rebung

Bismillah.

Alhamdulillah.

Aku dan Rebung?

huhuhu..
Ini bukan rebung yang selalu orang kita makan tu. Ini adalah Menara Rebung.

Google punya Pak Cik

Alhamdulillah, selesai satu lagi agenda dalam hidup saya ni.
Syukur dan terima kasih tak terhingga pada IBU ABAH, KELUARGA dan akhir sekali sahabat-sahabat yang sentiasa doakan diri ni. :)

Hari ini, saya telah dipanggil untuk jalani satu sesi temu duga di Menara TM, tingkat 13.
Punyalah hampir seminggu duk tanya orang itu ini, dan nak dekat last minit pun sempat lagi duk tanya orang lagi. Syukur, Allah itu hebat! Last minit jugalah Allah atur baik punyeeeeee 
blogger-emoticon.blogspot.com

Gugup?
For sure.
Sehari sebelum interview, memang steady dan cool je diri ni.
Masuk lepas waktu Dhuha, saya dah mula dengan sifat gugup saya.
Ibu je yang perasan sifat ni, sejak dari OJT lagi ibu dah perasan.

Kalau saya gugup, saya akan diam je manjang.
Diam saya sangat lain. Sangat lain.
Tanya sepatah, saya jawab sepatah. Lepas tu saya diam.
Makan pun tak selera.
Normal lah kan?
Abah bagi penerangan, Along bagi penerangan pun saya ibarat dalam dunia sendiri, sampailah ibu tegur. hahaha.. itulah gugupnya saya ni.

Syukur, Allah temukan dengan Dila, Syikin, Gee, Nizar.
Syukur :)
Kak Long dan Along yang kerja di Menara pun bagi support.
Dan tak lupa juga yang ada di selatan sana.
heh!
Sampai saya hampir nak marah dibuatnya. sorry dude!

2.45 petang.
Itu waktu interview.
Ada dua department manager di depan saya tak termasuk HR.
Saya di-brief tentang department yang ada dalam bilik tu.
Informal je. Alhamdulillah.

Bila tengah-tengah interview, IT dept nya manager masuk.
Dan saya beralih padanya. Kat sini, memang saya kena shoot habis-habisan hinggakan saya kehilangan kata-kata. Benda yang selalu bermain dalam fikiran saya berlegar-legar waktu tu. Dah tepis pun still duk bergayut kat ubun-ubun ku.. cewahhhhhh.

Fuhhhhh.
Seriously, tahu apa yang berlegar dalam minda saya?

"Aku ni memang dah salah ambil course ni!"

Mereka tengok resume dan tempat saya praktikal...dari situ mereka menilai saya.

Moga itulah yang terbaik.
Tapi memang sakitlah sikit tadi.
Padanlah juga dengan muka saya. haha.


Segan nak cerita soalan-soalan yang ditanya.
Huhu..tanya personal lah ye.
hehe..

Pepun...thanks again pada IBU ABAH, ALONG, KAK LONG dan semua family saya.
Sahabat-sahabat.
Terima kasih tau!
Ini baru permulaan. Perjalanan hidup sebenar saya bakal bermula tak lama lagi.

p/s : alhamdulillah. Allah itu hebat!

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law