Tuesday, April 23, 2013

UNIFI TEAM - hari kedua

Bismillah.

Alhamdulillah

:)

Hari ni, hari kedua saya kat ZFT. fuhh.. datang awal la plak rini hinggakan tersengguk nunggu pegawai yang nak lapor diri ni.

8.30 pagi, semua staf/pekerja ada PEP-TALK kot macam kat TMpoint dulu.
Berkumpul, baca doa dan raise-up any isu yang ada.
Semua berkumpul maksudnya, dari Pasir Puteh, Menglembu, Jelapang, Tasek..
semuanya berkumpul kat sini.
Memang ramailah tadi.
 blogger-emoticon.blogspot.com

Settle semua isu, barulah mereka mulakan kerja.
Saya pula ke UNIFI TEAM.
Satu hari ni saya akan bersama mereka.

2 orang di-assign kan untuk ajar saya.
Hurm.. bezanya sini dengan TMpoint, mereka tak brief satu apa pun pada saya.
Satu apa pun tak brief. Kenalkan pada team masing-masing pun tak pada saya.
So, itu cabarannya sikit. Terpaksalah saya ambil langkah dahulu tanya itu ini, walaupun sangat kekok =.='

So, hari ni memang kerja luar jelah.
Dapat singgah juga TM Tasek yang bakal saya ditempatkan minggu depan. 
So, tahulah jalan sikit-sikit :)

Alhamdulillah, walaupun tak didedahkan semua, tapi tahulah serba sikit dan berpeluang pergi ke rumah customer :)
Tengok masalah modem/router customer, tengok reset semua
Incik Amir pun ada terangkan sikit.. Incik sorang lagi pun sama. *maaf..lupelah nama..haha*

Pas settle rumah customer, deme hantar saya balik rumah =.='
Sebab kata tak ada kerja, so baliklah dulu. hahaha.

Petang sikit, barulah deme ambil semula saya dan terus shoot ke TM Tasek balik.
Terangkan sikit apa itu UNIFI. Cara pemasangan dan seterusnya bebas buat apa sahaja.
huhu..

Jujurnya, saya memang suka kerja luar, dapat tengok apa yang berlaku di luar.
Dan terima kasih ya Allah untuk pengalaman yang sekejap ini.
Terima kasih pada Incik Amir dan kawannya kerna belanja makan pagi tadi.
Heh.. kerja luar kalau tak makan memang tak sahlah kan? =.="

Dan terima kasih sebab tunjuk ajar pada saya..
Semoga dapat bekerjasama lagi.
Incik kat FIBER Tasek tadi pun mekasih sebab terangkan general sal FIBER
:)

Esok.. di SAF/FIBER pula.
fuhhh..
Bismillah, semoga Allah permudahkan urusan menuntut ilmu dan pengalaman di sini

Inilah dia Incik-incik tu. Tapi dua orang je UNIFI team. yang tengah duduk kat file sana, dan juga  yang tengah duduk riba laptop. yang sorang lagi tu bukan :)
*****************************************************************

Bekerja dengan environment majoriti lelaki sangat mencabar.
Pergaulan dan aurat sangat perlu jaga.
Itu cabarannya.
InshaAllah, semoga Allah sentiasa pelihara diri ini.
Yang paling penting adalah niat kita bekerja, kan?
Semoga Allah sentiasa pelihara diri ni.

Pada yang menghadapi situasi begini, 
mungkin orang sekeliling akan pandang serong sedikit,
macam pagi tadi.. yalah, laki semua, kita je perempuan..fuhhh..susah ni..
tapi yang tahu kerja kita, adalah kita dan Allah.
Kita tak boleh nak kawal hati dan fikiran orang lain.

Kalau kita fikir orang je, sampai bila kita nak maju?
heh~~
bak kata Prof Muhaya.. Fikir Allah dan dapatkan redha Allah.
Bukan pujian manusia, bukannya penghargaan manusia!
Kita lakukan apa sahaja, semuanya untuk Allah dan dapatkan redha Allah.

Itu yang dipasakkan dalam diri.
InshaAllah, kalau niat betul, Allah akan bimbing ikut jalan yang terbaik, walaupun sukar macam mana sekalipun, sebab DIA tak akan biarkan kita terkapai dalam lembah yang durjana, melainkan, kita yang meletakkan diri kita sendiri ke lembah tersebut.

p/s : peace no war :D

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law