Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Thursday, April 11, 2013

Seminggu bakal berlalu

Bismillah.

Alhamdulillah.


Esok, genaplah seminggu saya berkhidmat di TMPoint Wisma Ipoh.
First day lapor diri, bos besar tak ada, so saya jumpa bos kecil.
Dialah yang kenalkan saya dengan staf TMPoint dan juga struktur tempat tu dengan mendalam.
Hari pertama, kerjaku adalah menampal setem HASIL dan batalkan setem tersebut.
hohoho.. hebat tak?
Kemudian, barulah diberi peluang untuk buat listing dan checking details guna sistem mereka.

Setelah diterang dua tiga kali, barulah saya faham prosedur streamyx ni.
Bermula daripada permohonan di kaunter, sehingga ke simpanan CMU.
Kiranya stage kaunter je yang saya tak sentuh, stage kedua dan ketiga saya sentuh.
Syukur, banyak belajar daripada benda-benda gini, dengan jenis streamyx nya lagi.

Masuk hari ketiga, barulah secara rasmi lapor diri kat bos besar.
Bos besar sangat sempoi dan baik. Banyak nasihat dia berikan.
Begitu juga bos kecil.
huhu..
bukan shaja banyak nasihat, juga banyak gosip..wakakkaa.
Tiga hari duduk dalam bilik tu,macam-macam cerita yang buat saya geli hati.
Satu je yang tak berapa best, semuanya lelaki dalam bilik tu, saya je perempuan =.='
Bila mana ada cerita yang tak sepatutnya diceritakan, saya naik malu sendiri 

Hari ini pula, saya testing modem dan synchronize kan details TM Rewards.
Alhamdulillah, tak pernah dalam hidup testing/configure modem.
Belajar dan ada peluang tuk configure sendiri. 
Tengah melangut duk tunggu customer, incik merah datang configure modem kawan dia.
Saya dengan selamba masuk bilik tu dan sembang dengan dia. Muka tebal ni.
Malu dia tanya ambil course apa, tapi tak reti configure modem.
Sembang punya sembang, dia pun bagi nasihat dan ajak sekali panjat bangunan dengan dia..
sabo je lah, tapi memang nak experience benda-benda gitu. 2 minggu je kan.

Bila sembang dengan incik Fahmi pula, terasa sikit kat sini.
Sebelum ni ada je yang OJT. Dan saya memang kenal budak tu.
Seisapa YTM mesti kenal. kalau nak banding dia dengan saya, memang jauh bezanya.
So, incik Fahmi bagitahulah apa yang mereka ajar kat kawan saya tu. Ajar sistem juga.

So, bila fikir balik, saya dengan dia beza.
Saya suka tengok orang bekerja dan berikan saya kerja.
Saya belajar daripada situ. 
Kalau saya tak tahu, saya akan tanya.
So far, saya familiar dengan dua sistem yang diguna pakai. ICP dan SAVE.
Dua sistem ni saya sempat belajar dan paling kerap guna ICP.
Bak kata incik merah, banyak sistem lagi. Tapi saya tak berapa nak tahu sangat sal sistem ni,
saya lebih nak tahu apa itu TMPoint dan bagaimana staf bekerja menghidupkan TMPoint.
Apa business yang dijalankan dan apa yang orang dibelakang tabir selain customer service lakukan.
Itu yang saya nak tahu.

Sebab tu saya tak kisah apa je orang suruh, saya cuba lakukan dan saya belajar daripada situ.
Satu minggu lagi. 
Semoga saya dapat lalui sisa-sisa yang terbaki ini dengan baiknya.
Aminn..
Kalau di sini baik, inshaAllah, saya akan cuba maintainkan untuk di Taiping nanti.

Walau apa pun, saya selesa dan terasa best duk sekali dengan geng2 incik bos kecil.
Menghadap komputer je tapi happening di situ.
Hhuhuhuhu 
:)

Cukuplah sampai sini.
Dah mengantuk sangat ni..huhuhu


p/s : terima kasih ya Allah

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design