Friday, April 26, 2013

MDF - 5th day

Bismillah.

Alhamdulillah.

MDF (Main Distribution Frame).

Hari ni, saya dihantar ke unit MDF.

Fuhhhhhhh.
Terpaksa ke Bangunan Super Kinta atau Seri Kinta
kerna ibu sawat nya di situ.
Masuk je kawasan ibu sawat

"Sini parking terhad, kena parking kat tempat lain"

Dah..mana pula saya nak parking ni?
Pe lagi, gunakan brain dan keberanian sendiri cari parking.
Alhamdulillah lepas. :)

Jalan kaki daam beberapa minit dan terus tanya pak guard yang ada.
Dipendekkan cerita, saya tanya pula student praktikal di situ.
Mereka minta saya tanya Sales nya staf.
Ok, masuk ofis Sales dan  tanya.

"Ini tingkat tiga ni. Naik tangga depan ni, atas sekali,"

Ok, saya pun exercise naik tangga.
Sampai tingkat tiga, tak ada orang, sampai ke hujung tangga belah sana pun saya pergi.
Tak ada.
Tunggu kejap, baru ada orang naik tangga dan tanya.

"Betullah ni, ini pejabat dia"

Ok, saya masuk.

"Student praktikal ke?"
"Ya, sehari je"
Saya keluarkan surat dan pegawai tu tengok.

"Ini bukan  ***** nya ofis. Ofis dia kat bawah tu,"
"Bawah pula?" 
Dengan selamba saya berkata begitu.

"Sebelah pintu hijau bawah tu, masuk situ,"

Saya pun exercise lagi turun tangga dan menuju ke pintu yang dikatakan.
Masuk je, kosong. 
Ada pintu coklat di sebelah kiri, lif sebelah kanan, ada satu laluan di depan saya.

Saya buka pintu coklat tu, kunci.
Saya terus ke depan, jenguk sedikit ada apa.
Ok.... tandas lelaki rupanya =.='
Dan ada orang dalam tu.
arrrghhh! stressss.
Saya tunggu orang tu keluar.

"Saya nak jumpa *****, di mana ya ofis dia?"
"Atas ni, tingkat dua tak pun tingkat tiga. Saya kurang pasti. Tapi sekarang tak ada orang lagi, mungkin 8.30 ke 9.00 baru ada"

Saya angguk dan berterima kasih dengannya.
Naik lif.
Tingkat 2.
~ IPOH UNIT 5 ~
Saya tutup semula pintu lif.

Tingkat 3.
~ GYM ~
Saya tutup balik pintu lif.

Tingkat 4.
~ KOSONG ~

oK... Saya turun semula tingkat 2.
Jenguk dalam ofis IPOH UNIT 5.

Saya tengok ada kasut di luar, ok, saya buka kasut dan masuk dalam.
Bila masuk dalam, staf kat situ pakai selipar..
Ok, saya dengan selamba pakai selipar salah seorang staf di situ.
Selamba sangat pakai selipar besar tu.

"Saya nak jumpa *****, MDF. Mana ye?"
"Ohhhh.. ini bawah ni."
"Hah? Bawah balik?"
"Kat bawah. Ada pintu yang dekat jalan lurus tu,"
"Pintu hijau tu ke?"
"Eh bukan..."
"Ater???"

Ok.. dah terkeluar bahasa Perak saya.
Akhirnya, puan tu assist saya ke unit MDF.
Fuhhhhhh.
Setengah jam cari ofis tak jumpa =.='
Stressssss padahal tempat kecil je.

Masuk ofis MDF, saya tengok kasut semua disusun.
Ok..nak pakai kasut ke tak ni?
Saya buka kasut, jalan...

"Ehhhh.. adik! Pakai kasut"

Ok... =.=' saya berlari balik ke belakang dan pakai kasut semula =.='
Terasa sangat diri ini.. =.='
Mira... apa yang kamu buat ni?

Akhirnya bertemulah saya dengan orang yang sepatutnya.
Alhamdulillah!


Ini rajah yang En Sentokh lukiskan tuk saya.
Alhamdulillah, penerangan yang hebat.
Cumanya, saya tak diberikan buat secara praktikal.
Hanya boleh tengok hingga saya rasa bosan.
huhuhu..

Diberi bahan bacaan dan saya tanya apa yang saya tak faham.
Kemudian, pegawai DOKET datang.
Tak sangka dia kenal saya sedangkan saya tak pernah di-assign untuk bersama dengan DOKET Team.
Alhamdulillah, tak bersama team, tapi pegawai tu terangkan pada saya kerja-kerja DOKET siap dengan lukis rajah juga. Syukur, tapi rugi sedikitlah, tak dapat nak bekerja dengan mereka :(


Hari ni gambar di MDF tidak ada.
Sebab saya tak dibenarkan tangkap gambar.
huhuhu..
dilarang!

Pepun, banyak saya belajar rini, dan semakin jelas dengan gerak kerja RNO.
:)
Terima kasih pada semua.
Dan terima kasih ya Allah, sebab DIA berikan saya jalan-jalan kat ibu sawat tu.
Sekejap je saya dah tahu selok-belok ibu sawat.
Semuanya disebabkan nak cari ofis incik Sentokh
=.='
terbaikkkkk bak kata Boboiboy

p/s : minggu depan ke DATA LK!
Weeeeee

*******************************************************

Dengan Unifi Team, dua-dua incik tu orang Utara.. Kedah & P.Pinang.
Dengan FIBER Team, dua-dua incik tu orang Pantai Timur.. Terengganu & Kelantan.
Dengan CGPA Team.. dua-dua incik tu saya tak dapat kenal pasti orang mana.
Hari ni, MDF Team, campur.. 1 Malaysia.

Tapi dengan TMpoint, semua orang pure Perak.
Tiap-tiap hari dengar bahasa Perak.
Dan hari ni, barulah terkeluar bahasa Perakku gara-gara tak jumpa ofis en Sentokh =.='
Terima kasih :)

Dan saya rindu dengan TMpoint.

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law