Wednesday, April 24, 2013

FIBER Team - day 3

Bismillah

Alhamdulillah

24 April 2013

Hari ini, saya bersama dengan FIBER Team, under incik Mail.
Semalam, merasa naik Saga, hari ni merasa naik Kembara dan Van TM.
huhuhuhu.. best oOOooo.. deme bawa pun best =_='

Pagi-pagi dah keluar dengan incik Mail dan abang Faiz.
Cam biasalah, dengan pengetahuan yang zero ni saya hanya senyapkan diri.
Kami sarapan pagi sama-sama..huhu,
baru mula kerja.

Kalau semalam area Tasek, hari ni area Menglembu.
Dapatlah tengok equipment yang digunakan dalam geng FIBER ni.
Seriously, saya sangat teruja walaupun mula-mula tu memang tak faham apa pun.

Incik Mail terangkan. Abang Faiz terangkan.. ibarat masuk telinga kiri, keluar kanan. huhu...
Tapi alhamdulillah, dapatlah sikit-sikit. Jenis barang dan cara dia berfungsi.
Lepas selesaikan port kat Menglembu, deme bawa saya ke Ibu Sawat Pasir Puteh semula.

Bawa saya tengok jenis bar dan segala jenis equipment yang digunakan.
Banyak beb!
huhuhu..
untuk telephone, ada 4 jenis. Untuk DSLAM ada 9 jenis.
Mula-mula tu nak menghafal memang susahlah. Saya dapat beberapa jenis je.
Salinnnnn jangan tak salinnnnn huhu..
Abang Faiz lah dua tiga empat kali terang. Siap uji dengan beberapa soalan pun still tak dapat nak jawab.

"Kami dua tahun pun tak faham sangat. Kamu sehari lagilah"

Saya diamkan je.


Ada banyak gambar, tapi takut pula nak publish..huhu.

Masuk petang, saya, Abang Faiz, Shahrul (dak praktikal), Abang A(tak ingat nama), Abang Fariz pergi area Menglembu balik. Kami pergi dua kenderaan, huhu..
Kan dah cakap, saya je perempuan yang ikut kerja luar ni.
ilmu punya pasal, redah je lah.

Panas beb! huhu..
Saya ditunjukkan dengan salah satu Cabinet yang ada.
Abang Faiz uji lagi.. macam mana nak kira D-side dan E-side.
Kalau nak kira Cabinet mana, kira DP macam mana pula.
fuhhh.. melopong beb.
Tapi kesabaran Abang Faiz saya respeklah. huhu..
Abang A tu pun saya respek sabar dia dalam tunjuk ajar saya ni :P

Dah settle, tetiba ada problem lagi, stay lagi kami kat situ.
Ditakdirkan Allah, hujan lebat oOooo..
Lepak dalam van dulu.
Lepas bincang-bincang dan lepas diterangkan mendalam serba sedikit sal FIBER, SOMA dan TOMA, 
dan dapat kongsi-kongsi ilmu dengan Shahrul,
barulah kami berangkat pulang, isi perut. wakakaka..

Cabinet copper APO atau Apollo

Kira jangan tak kira


Itulah Abang A (yang baju oren tu), yang sorang lagi tu budak praktikal pangkat adik :)
Abang Faiz & Abang Fariz tak sempat nak snap sebab deme kat tempat lain..huhu.
Incik Mail pun tak ada..huhu..

So far, alhamdulillah, banyakkkkkkk sangat sebenarnya.
Saya terasa sangat teruja dan pening!
Wakakaa..

Yang penting bagi saya adalah, environment kerja sebenarnya.
Chit-chat dengan incik Mail dan Abang Fariz sedikit sebanyak bukakan minda ni bila dah betul-betul bekerja nanti. Seriously, banyak benda nak kena tahu, bukan bab kerja je,tapi menyeluruh.

Sayangnya, tak dapat nak rasa kerja dengan SAF hari ini.
Sebabnya hari ini FIBER/SAF, tapi orang SAF cakap, 
tak cukup masa nak belajar, ikut je FIBER.
So, ikut jelah deme :)

******************************************************************

Syukur sebab dapat experience kerja luar.
Esok, dengan team CABLE pula.
Entah apa yang akan aku belajar.

Ya Allah, pelihara diriku ini dan pimpinlah diri ini agar dapat bekerja dengan terbaiknya.
Ya Allah, masih berbaki beberapa hari ni kat ZFT, permudahkanlah ya Allah :')

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law