Tuesday, April 30, 2013

DATA-team

Bismillah.

Alhamdulillah.



Saat lihat papan tanda 'DATAKOM' disandarkan ke dinding, dan papan tanda 'P.O.P.D' tersergam indah di dinding sana tu, saya mula bertanya. Heh... kenapalah pelik-pelik yang saya tanyakan =.='

"P.O.P.D stands for what?"

Aiceh..speaking kite :P

Abang Shahir, staf teknikal yang ditugaskan untuk bawa kami (saya, Ain, Hidayah, Tina, Fini) untuk kerja-kerja luar dan belajar apa itu DATA, menerangkan pada saya apa itu maksudnya POPD.

"Pagi Ok, Petang Down,"


Entah kali ke berapa saya terkena dengan abang Shahir ni. Memang terasa seolah-olah muka saya ni dilemparkan dengan buku yang sangat tebal. Jap tadi pun terkena lagi.
Sabar jelah kerja dengan dia nie


Alhamdulillah, dua hari ditempatkan di DATA. Syukur, walaupun sekejap, tapi banyak benda dapat.
Allah hantar siap-siap Kak Ada, Uddin, dan Tina pada saya untuk saya dapat pengenalan awal tentang DATA. Kemudian, dihantar pula untuk sertai Abang Shahir kerja kat luar. Alhamdulillah, Abang Shahir memang banyak membantu. Dia terang satu persatu. At least, saya dah faham apa tugas DATA sebenarnya.

So, dalam dua hari ni, saya pergi ke syarikat-syarikat besar, ATM, Tesco, dan ronda-ronda. hohoho.
Dan paling pengalaman sekali, kami  juga ke SPORT TOTO. heh...bukan nak beli nombor, tapi urusan kerja di situ. Sistem yang digunakan di bawah DQ-Line, so nak tak nak, kena masuk juga ke kedai tu. Dengan wajah yang selamba sambil bawa tool-box dan NT, kami pun masuk jelah. huhu..
Dekat sejam jugalah kami selesaikan masalah NT tu.

Waktu ni lah Abang Shahir bercerita tentang dunia kerja yang bakal saya alami tak lama lagi.
Ditambah pula dengan kes bengang/geram dengan orang-orang KL yang buat kerja sambil lewa.
Ada satu kes tu, mereka terpaksa tidur tepi kabinet dan selesai kerja pukul 2 pagi, tapi sebenarnya, orang-orang KL tu yang salah bagi information. Allah!
Banyak sebenarnya. Dari saya di ZFT lagi saya dah perasan. Maklumlah, orang bercerita, kita dengar dan analisis apa yang patut :)

Berbalik pada kisah team DATA, overall, saya sangat seronok kerja sini. Alhamdulillah.
Selepas ni, saya akan ke OFM di Tasek pula.
Apa pula tugasan dan gerak kerja OFM ni ye?
hurmmm

********************************************************

Allah!
Allah!
Allah!

Apa pun yang terjadi , kita kena teruskan dan kena juga lalui.
Betul?
Dan tiada yang mudah di dunia ni.

Terharu pula kata-kata seorang kakak ni..

"Mira ni seorang yang kalau nak sesuatu tu, pasti akan boleh buat,"

Entah macam mana dia tafsir diri aku pun aku tak tahu. Hurmmm...
Apa-apa pun, Allah jua tempat aku mengadu.
Banyak benda bermain dalam fikiran ni buatkan kekadang aku terasa betul ke?
hahaha..
Tapi, aku yakin, apa-apa yang aku lalui, itu yang terbaik.
InshaAllah, mungkin aku tak nampak sekarang, tapi aku akan nampak jua nanti,
InshaAllah.

Oh yeay!!!
Selamat bercuti semua!!!
:D

p/s : 

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law