Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Monday, April 22, 2013

1st day end - ojt 2nd phase

Bismillah.

Alhamdulillah.
* kata nama aku digunakan :) *

End my first day for my second phase OJT.
fuuhhhh.

Setelah beberapa hari susah hati, akhirnya tenang Allah beri.
Lepas Subuh tadi, terus shoot ke Taiping.
Sesampai je, makan lu, tapi kat kantin TM tu je.
Masuk TM tu je, teringat MMU sebab kat belakang tu Kolej Multimedia :)
Tandas bagai sume copy-cat..huhuhu :)

8.15 pagi, aku naik atas untuk lapor diri.
Perkara pertama aku dapat tahu..
"Puan ni tak ada, dia pergi umrah"

=.='

Nak jumpa pegawai kedua.
"Dia tak ada, ada kursus dua tiga hari"

=.='

Akhirnya, mereka suruh aku terus naik atas ke Network Operation.
Aku naik dan tunggu untuk lapor diri.
Muka senyum nie blogger-emoticon.blogspot.com

tapi Puan tu garanglah, mencuka..huhu.. ada masalahlah tu. Tak pe, aku tak kisah
Lepas tu.. Puan tu telefon Incik *A*.
Katanya kat tempat dia tak ada kerja nak bagi, dia minta Incik A suh ambil aku keje sana.
Gaya mereka sembang tu, seperti Incik A pun seperti tak ada kerja nak bagi aku.

So, dipendekkan, Puan tu hantar juga aku ke Incik A.
Tapi aku kena pergi sendiri..kat Jalan Berek, sebelah TMpoint.
ffuuhhh..
aku dah risau, macacm mana aku nak stay ni?
Macam mana aku nak ulang alik dr TM Taiping ni ke Jalan Berek tu..

Abah pun bawa aku ke sana. Pergi bangunan pertama..
"Saya nak jumpa Incik A"
"Incik A kat bangunan belakang. Belakang TMpoint ni"

Aku pun jalan kaki ke belakang.
"Saya nak jumpa Incik A"
"Incik A ada kat bangunan belakang sana"
"Hah? Ada belakang lagi ke?"
"Ada.. kamu jalan terus, ada jumpa guard, kamu tanya dia"

Aku pun jalan sorang2..ramai giler laki kat situ..
Memang scarylah, sunyi sikit.

"Saya nak jumpa Incik A"

Barulah pak guard tu bawa aku masuk dalam.
fuuhhhh.
CABLE!
Itu je yang aku nampak.

Sembang dan bincang dengan Incik A,
aku minta tukar.. sebab kalau aku ditempatkan di situ, memang susah aku nak ulang-alik.
Transport tak ade.
Kalau kat Jalan Lumba Kuda tu aku tak kisah, ada hostel.

Incik A pun cakap, tempat dia pun ramai orang.
So, aku dihantar semula ke HR.
fuuhh!

Jumpa pula dengan Incik B.
Bincang-bincang, barulah aku tahu sebenarnya prosedur OJT ni.
Katanya, aku perlu lapor diri dahulu di Taiping, then baru aku dihantar ke TMpoint Wisma.
Itu kata dialah.
Dan aku memang sudah ditempatkan di ZFT Ipoh.
Bukan di Taping =.='

Aku rasa macam... 

Aku senyap dan dengar je.

"Kamu lapor diri kat ZFT Ipoh. Dekat stesen kereta api tu"

Aku angguk dan bangun.
Ucap terima kasih bagai. Jumpa pak guard bawah tu dengan mak cik cleaner say GoodBye,
sebab deme dah tolong aku pagi tadi :)
Berangkatlah aku ke Ipoh semula..

Sampai Ipoh, aku balik rumah dulu, ambil MR.KANCIL aku dan shoot terus ke ZFT Ipoh.
Tengah hari juga aku lapor diri.
Tapi orang yang aku lapor tak ada.
=.='

So, tunggu sampai pukul 2. Sampai tertido-tido aku tunggu.
Tepat kul 2 petang, Puan tu datang jumpa aku kat surau.
Sempoi!
Sembang dan terus lapor diri kat situ. wakakaka..
then barulah ke ofis dia, terangkan dan beri aku surat lapor diri.

Dia susun dua kali jadual aku sebabnya, first tempat aku kena pergi petang tu adalah UNIFI team..
tapi orang yang sepatutnya tak ada.. hurmm...
So, dia hantar aku ke TM Pasir Puteh --> Support Team.

Pukul 3 jugalah aku keluar dr ZFT tu shoot ke Pasir Puteh untuk lapor diri.
Sesat bagai.. nak hujannye.. fuuhh..cabaran,
dekat sejam aku ambil masa, padahal boleh sampai dalam beberapa belas atau puluh minit je.
Thanks to Abah sebab guide aku through phone. Naik pening aku nak catch-up jalan.

Sampai je, orang yang sepatutnya aku lapor diri pun tak ada.
=.='
Ok.. hari ni semua orang tak ada.
Sabar je lah.

So, ada staf sorang ni yang ajar aku.
Dia terangkan sambil buat kerja dia.
Telefon asyik berdering.
Serius, Puan tu sangat sibuk.
Tapi masih willing nak ajar aku :')

Sayangnya, aku tak berapa nak faham.
Katanya, aku sepatutnya ke MDF dahulu, baru ke Support Team.
Memang asal jadual aku gitu,
tapi dirombak.. dan MDF akhir sekali baru aku pergi.
hurm.. tak pelah.
Apa yang aku belajar kat TMpoint sikit sebanyak topup apa yang Puan tu ajar.
sikit jelah. huhu ok lah tu 


Aku pun duk tengok Puan tu buat kerja sampailah habis waktu kerja.
Then, aku balik...huahahhaa..
Sempat juga aku makan nasi hujan panas yang deme hidangkan..wakakaka 
Official juga aku jadi warga TM Pasir Puteh.
Bak kata pak guard situlah =.='

Fuhhhh..
Letih beb!
Seharian travel, sampaikan aku tak boleh nak terima apa-apa.
Waakaka..

Tapi abah pesan..

"Jadikan pengalaman. Kamu untung. Allah bagi kamu tengok sendiri macam mana TM tu. Ada bahagian-bahagian dia. Kamu sendiri pergi walaupun salah tempat banyak kali. Bukan setakat Ipoh je kamu tahu, Taiping tu pun kamu dah tahu bangunan-bangunan dia. Belajar dari apa yang kamu lalui. Nanti bila kamu duduk kat atas nanti, kamu tahu macam mana orang bawah kamu kerja, dan perbaiki mana yang kamu rasa tak berapa baik. Jangan salahkan sesiapa, tapi bersyukur. Pasti ada hikmah kenapa Allah rancang begini. Bukan sekarang, tapi nanti kamu akan nampak kesan dia,"

Hati aku terus sejuk.
Allah ingatkan aku melalui abah.
Alhamdulillah.
Yup, aku belajar banyak benda rini.
Memang penat. Rasa nak marah. Rasa nak menangis.
Tapi itulah realiti :)
Alhamdulillah.

Aku minta nak travel, Allah bagi aku travel.
First day dah ke Taiping dan Pasir Puteh.
Training je kot.
Apa lagi yang aku nak?
Tak bersyukurkah aku?
Terima kasih ya Allah.

Iman aku terdidik hari ni :)

********************************************************

Ini jadual aku selama 9 hari aku OJT.
*tolak cuti semua*




Selepas ke ZFT Ipoh.. 
Aku akan ke Super Kinta nye TM untuk DATA LK.
Lepas tu aku akan ke TM Tasek untuk OFM LK.
Fuuhhh.. travel ni!

MR.KANCIL, you will be my bestie for this 2 weeks..wakakak

4 comments:

Aizuddin said...

Baru ko tau TM macam mana...
passing2 ni perkara biasa.
hahaha

Cik Mira said...

kan..mmg biasa smp naik fenin~~
baru tahu..huhu.. nasib baik tahu..wakakakaka

Nurul Afiqah said...

so taiping xjd la? ak pn xjd g hukm sbb x blh msuk, ade exam. hak3.... pgalaman hidup. :)

Cik Mira said...

hahahaa.. itulah dia.
DIA merancang lebih baik :)
jom lepak lg hujung mggu nie :D

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design