Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Tuesday, April 30, 2013

Friday, April 26, 2013

MDF - 5th day

Bismillah.

Alhamdulillah.

MDF (Main Distribution Frame).

Hari ni, saya dihantar ke unit MDF.

Thursday, April 25, 2013

CGPA-CABLE-day 4

Bismillah.

Alhamdulillah.

Hari ni saya bersama CGPA/CABLE team.

CGPA is stands for Computerized Gas Pressure Alarm.
Alhamdulillah, incik Shamsudin (pakcik Din) dan abang Hafiz bersama-sama dengan saya hari ni.

Wednesday, April 24, 2013

FIBER Team - day 3

Bismillah

Alhamdulillah

24 April 2013

Hari ini, saya bersama dengan FIBER Team, under incik Mail.
Semalam, merasa naik Saga, hari ni merasa naik Kembara dan Van TM.
huhuhuhu.. best oOOooo.. deme bawa pun best =_='

Tuesday, April 23, 2013

UNIFI TEAM - hari kedua

Bismillah.

Alhamdulillah

:)

Hari ni, hari kedua saya kat ZFT. fuhh.. datang awal la plak rini hinggakan tersengguk nunggu pegawai yang nak lapor diri ni.

Monday, April 22, 2013

1st day end - ojt 2nd phase

Bismillah.

Alhamdulillah.
* kata nama aku digunakan :) *

End my first day for my second phase OJT.
fuuhhhh.

Friday, April 19, 2013

2 minggu pertama - end!

Bismillah.

Alhamdulillah.

18 April 2013.

Secara official-nya tamat sudah 2 minggu pertama saya OJT.
Lokasi --> TMpoint Ipoh Wisma.
:)

Syukur, saya dapat laluinya dengan baik dan saya sangat seronok kerja di sana.
Allah hantar staf-staf yang sempoi dan baik.
Kerja banyak pun saya tak kisah.
First time saya rasa best gini..huhu..

Sunday, April 14, 2013

Rahsia Duka - Syaraf Yusof

Bismillah.

Alhamdulillah.

Saja nak letak kat sini.
Kalau terasa tak jelas, saya sertakan sekali liriknya.
Terima kasih :)


Rahsia Duka

Kita kini terpisah
Mula mencari arah
Kadang mencari salah 
Lupa semua kernaNya
Mula bermuhasabah
Munajat kepadaNya
Merintih dan meminta
Agar dikuatkanNya

Andai benarlah dirinya 
Kumohon Kau mudahkanlah
Sesungguhnya aku tiada mampu apa-apa
Andai mengundang murkaNya
Rela jauh kerna cinta

Berikanku masa 
Pasti usaha teman setia
Kelak maharnya tersedia
Ku lukis senyum dan tawa
Tangisan gembira diatas takdirNya
Terbongkar segala rahsia duka kita

p/s : ^_^

Thursday, April 11, 2013

Seminggu bakal berlalu

Bismillah.

Alhamdulillah.


Esok, genaplah seminggu saya berkhidmat di TMPoint Wisma Ipoh.
First day lapor diri, bos besar tak ada, so saya jumpa bos kecil.
Dialah yang kenalkan saya dengan staf TMPoint dan juga struktur tempat tu dengan mendalam.
Hari pertama, kerjaku adalah menampal setem HASIL dan batalkan setem tersebut.
hohoho.. hebat tak?
Kemudian, barulah diberi peluang untuk buat listing dan checking details guna sistem mereka.

Setelah diterang dua tiga kali, barulah saya faham prosedur streamyx ni.
Bermula daripada permohonan di kaunter, sehingga ke simpanan CMU.
Kiranya stage kaunter je yang saya tak sentuh, stage kedua dan ketiga saya sentuh.
Syukur, banyak belajar daripada benda-benda gini, dengan jenis streamyx nya lagi.

Masuk hari ketiga, barulah secara rasmi lapor diri kat bos besar.
Bos besar sangat sempoi dan baik. Banyak nasihat dia berikan.
Begitu juga bos kecil.
huhu..
bukan shaja banyak nasihat, juga banyak gosip..wakakkaa.
Tiga hari duduk dalam bilik tu,macam-macam cerita yang buat saya geli hati.
Satu je yang tak berapa best, semuanya lelaki dalam bilik tu, saya je perempuan =.='
Bila mana ada cerita yang tak sepatutnya diceritakan, saya naik malu sendiri 

Hari ini pula, saya testing modem dan synchronize kan details TM Rewards.
Alhamdulillah, tak pernah dalam hidup testing/configure modem.
Belajar dan ada peluang tuk configure sendiri. 
Tengah melangut duk tunggu customer, incik merah datang configure modem kawan dia.
Saya dengan selamba masuk bilik tu dan sembang dengan dia. Muka tebal ni.
Malu dia tanya ambil course apa, tapi tak reti configure modem.
Sembang punya sembang, dia pun bagi nasihat dan ajak sekali panjat bangunan dengan dia..
sabo je lah, tapi memang nak experience benda-benda gitu. 2 minggu je kan.

Bila sembang dengan incik Fahmi pula, terasa sikit kat sini.
Sebelum ni ada je yang OJT. Dan saya memang kenal budak tu.
Seisapa YTM mesti kenal. kalau nak banding dia dengan saya, memang jauh bezanya.
So, incik Fahmi bagitahulah apa yang mereka ajar kat kawan saya tu. Ajar sistem juga.

So, bila fikir balik, saya dengan dia beza.
Saya suka tengok orang bekerja dan berikan saya kerja.
Saya belajar daripada situ. 
Kalau saya tak tahu, saya akan tanya.
So far, saya familiar dengan dua sistem yang diguna pakai. ICP dan SAVE.
Dua sistem ni saya sempat belajar dan paling kerap guna ICP.
Bak kata incik merah, banyak sistem lagi. Tapi saya tak berapa nak tahu sangat sal sistem ni,
saya lebih nak tahu apa itu TMPoint dan bagaimana staf bekerja menghidupkan TMPoint.
Apa business yang dijalankan dan apa yang orang dibelakang tabir selain customer service lakukan.
Itu yang saya nak tahu.

Sebab tu saya tak kisah apa je orang suruh, saya cuba lakukan dan saya belajar daripada situ.
Satu minggu lagi. 
Semoga saya dapat lalui sisa-sisa yang terbaki ini dengan baiknya.
Aminn..
Kalau di sini baik, inshaAllah, saya akan cuba maintainkan untuk di Taiping nanti.

Walau apa pun, saya selesa dan terasa best duk sekali dengan geng2 incik bos kecil.
Menghadap komputer je tapi happening di situ.
Hhuhuhuhu 
:)

Cukuplah sampai sini.
Dah mengantuk sangat ni..huhuhu


p/s : terima kasih ya Allah

Sunday, April 07, 2013

Less than 24 hour

Bismillah.

Alhamdulillah
*kata ganti nama diri ditukar*
Pak Cik Google
Alhamdulillah.
Kejap lagi jam 11 pagi, berangkatlah diriku semula ke Ipoh.
Lena tidur semalam sampaikan termimpi-mimpilah. wakakaka.

Ikutkan rasa hati memang nak turun sangat-sangat ke KL ni.
Mula-mula rancang nak ke Johor, tapi tak jadi.
Lepas tu nak gi KL jumaat, tak jadi.
Last minit tukar sedangkan tiket dah beli..wakaka..
Dalam hati, Ya Allah..izinkan aku pergi dan berjumpa dengan mereka.
Itu je. Alhamdulillah, Allah atur, tetap aku ke KL. Tak lupa juga minta restu dan doa ibu abah :).

Last minit plan juga dengan angah.
Kalau tak angah & ateh..huhu...tapi Allah lebih tahu yang terbaik untuk kami.
So, lepas cari kasut & beg untuk nak kerja nie..huehehehe
*ibu abah belanja :)*,
sesi lepak-lepak dengan Uddin, Kak Anum, Kak Yati.
Gambar masih belum ada, so tunggu je lah.

Thanks banyak-banyak korang. Kesian kat korang tunggu lama giler..huhu..
Kan dah cakap, aku memang tak banyak cakap nye.
Apa yang aku cakap, itu yang aku memang nak cakap.wakakaka.
Satu je apa yang aku nak, nak jumpa Uddin dan Kak Anum.
Memang nak jumpa sangat. Itu je.
Alhamdulillah, sedikit sebanyak bukakan mata dan hati aku.
Dan juga menambahkan kebuncitan perut aku. hoho..
Thanks korang. Segala cerita-cerita dah masuk dalam harddisk 'G' aku ni.

Thanks also to ANGAH!!!!
Seriously, I had fun semalam.
Tengok mubee bak kata Angah.
Last minit jugak tu..wakaka.
Pepun...best mubee GI.JOE tu. Seriously best! :D

Lepas tu Angah bawa jalan-jalan kat Putrajaya. hehe..
Makan-makan sambil cerita. Banyak Angah cerita.
Semua itu pengalaman. InshaAllah, boleh diaplikasi tuk kerja nanti.
Syukur.
Once again, thanks korang!
sayanggggggggggg ilah n Angah. wakkaakka :)
Ibu abah.. mekasih :). :D

*************************************************************

ISNIN - 8 APRIL 2013

New beginning.
Takut, gementar, teruja, tak sabar!
Semua bercampur-baur sampaikan aku tak rasa apa-apa pun.
Satu kata
"REDAH JE!"

InshaAllah.
Semoga yang terbaik dan terbaik.
Kutip pengalaman banyak-banyak yang boleh, inshaAllah.
Bak kata member, dapat Taiping pun ok.
Bolehlah..tak kisahlah, letaklah aku kat mana pun.
I'm ok je :)

Semoga gugup aku tak datang menyerang Isnin nanti..wakakaka..

p/s : adik dah siap2 kemas bilik... awal lagi nie.. pepun.. caucincau

Monday, April 01, 2013

OJT

Bismillah.

:)

Alhamdulillah, satu urusan selesai hari ini.
Today... saya cuba Begedil Sardin. Resipi saya ambil daripada Chef Azli Razali.
Alhamdulillah, menjadi dan sedap katanya.
Syukur :).

Sejak kebelakangan ni, minat untuk memasak makin menjadi-jadi.
Syukur, Allah izinkan dan mudahkan.
Semakin hari semakin mahu cuba resipi yang baru.
huehehe..

Tapi itu bukan tujuan utama saya update ni.
InshaAllah, minggu depan, berakhirlah sesi saya goyang kaki lutut di rumah.
Kalau tidak ada aral mendatang, saya akan mula OJT (On-Job-Training)
di Ipoh.

Macam-macam cerita waktu sembang dengan En Khairul tadi.
Dah macam kawan lama la plak. Sabo je la.

En Khairul cakap, kalau dalam waktu saya OJT, dipanggil interview,
pergi je interview, ketepikan OJT.
Dan moga-moga, cepatlah saya dipanggil interview. Aminnn :)

Syukur.
Takut sangat ni.. tapi pada waktu yang sama, tenang dan gembira!
Tak sabar nak kerja.
Tak sabar nak mulakan sesi yang baru.
Ibu abah, tunggu mira.
Mira akan berikan sesuatu pada kalian
:)

Kawan-kawan, doakan saya berjaya menempuh era baru dalam hidup saya ni :)

p/s : ^_^
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design