Wednesday, March 13, 2013

Ziarah Melaka

Bismillah.

wwweeeeee~~~
Hari ni dah masuk hari ketiga saya berada di Melaka.
Yup...

pak cik google

blogger-emoticon.blogspot.com

Hajat dan matlamat di hati ingin selesaikan sedikit urusan.
Tapi nampaknya macam tak sempat nak siapkan. hohoh.
Tak pe, siapkan apa yang sempat.
Berkejar nak balik Jumaat ni juga sebab dah janji dengan orang.. hurm..
Ya Allah, permudahkan segala urusan..aminn

Bila bas KKKL melepasi tol Ayer Keroh Isnin lepas, aku sengih sorang-sorang.
"Melaka, sebulan tak jenguk kamu. Rindu."

InshaAllah, tak lama lagi saya akan cakap pula
"Ipoh, aku lagi rindu kamu!"
hahaahah..

blogger-emoticon.blogspot.com

Jujurnya, kerinduan pada sahabat2 telah terubat.
Dah lama saya tak gelak besar bila bergurau dengan sahabat-sahabat.
Banyak benda yang diceritakan.
Banyak benda yang dikongsikan.
Indah!

Tapi...
Bila ke meja makan tu..
teringatlah juga, 
Ecah dengan Nadiah tak ada kat depan.
Tempat kami duduk tak berubah pun.
Part tu terasa lah sikit.
huhu..
semoga Allah sentiasa pelihara sahabat-sahabat saya semuanya.

Semalam memang berjimba habislah, tapi kat kedai buku je..huhu..
Meneman sahabat-sahabat menghabiskan separuh dari voucher buku mereka.
Saya?
huhu..
ada juga beli walaupun pada asalnya malas bebenar nak beli.
Thanks to kak Iqa lah, kalau tak, memang tak sentuh apa-apa pun.

hehe

Bab Munakahat.
Sebenarnya.. buku yang saya beli dua je pun..yang dua bawah tu..
Bahagia & Tentang Cinta tu.
Yang lagi dua kat atas tu buku Wani & Eda..
Deme sesaje suruh tangkap sekali =.='

Tapi yang buku Hilal tu dah baca dah,
nantilah saya buat review.
Memang best dan sangat bagus bukunya.
Pengalaman Hilal sendiri.

Dan semalam juga berlaku satu lagi kes.
Saya ni kan, kalau tak buat something bila keluar memang tak sah, atau bukan Amirah namanya.
Tengah tenang masukkan barang dalam kereta,
dengan selamba saya campakkan beg duit sekali dengan kunci ke tempat duduk belakang.
Terdetik juga hati "baik aku buka pintu semua dulu"
tapi terdetik je lah.
Habis masukkan barang, dengan selamba lagi saya tutup pintu tu.
Termangu dan terpaku seketika sambil terjerit juga.

"Alamak!!! Macam mana ni?"

Rupanya kunci ada kat dalam kereta
=.='
Memang entahlah!!!!

Maaf pada pak cik Man dan Faain.
hohoho..

Pak cik Man gelak je. Yalah, banyak dah kes saya buat sepanjang sewa kereta dia.
huhu..
Dari jauh senyum je pak cik Man tu.
Sangat baik tau pak cik Man.
Mekasih pak cik :)

Walaupun Melaka ni bahang panas dia sangat menguji kesensitif-an kulit wajahku,
Melaka tetap di hati!

*************************************************

DUA BULAN.

Dan kini, aku serahkan segalanya padaNya.
heh.

Ok lah, malas dah nak fikir.
huhu..

p/s : sempat ke ni mira, dua hari je lagi nak hantar... hohohoho

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law