Monday, March 04, 2013

Menarik

Bismillah

Sabtu& Ahad yang lepas, masa saya terisi dengan hadiri majlis meminang anak dara orang.
Fuuuhhhh...
Abah dipilih sekali lagi sebagai juru cakap.
Ingat lagi dulu, abah siap suruh saya buat pantun kot kalau abah dijemput sebagai juru cakap.

Hahaha..
Dan disebabkan tak prepare sangat, abah melantunkan pantun dua kerat secara spontan.
Hebatlah abah..hehe

Ok, bukan nak cerita tentang pantun, minang bagai..
Saja nak update sesuatu yang saya rasakan unik dan menarik.
Saya je la yang rasa, orang lain tak tahu :P

blogger-emoticon.blogspot.com

Yang pertama..


Lepas majlis minang ni, dua benda ni paling saya minat.
Hahaha..
Choki-choki dan gula-gula tu.
Dua benda yang dari dulu sampai sekarang dah besar ni pun masih nak makan.

Dengan muka yang agak tebal ni, terhegeh-hegeh ke meja utama dan ambil masuk dalam beg.
Saya tahu benda ni tuk budak-budak pada hari tu, tapi saya pun kira masih muda la kan..??

walaupun bukan budak-budak :)

Bila dah dikatakan tabiat, memang susah nak diubah.
Choki-choki tu jangan cakaplah, trademark saya tu..
hohoho..

Yang kedua..

On da way balik,
kami singgah ke Puncak Alam.
Tengok rumah baru Kak Ikin kat sana.

Yang menarik perhatian saya untuk kali kedua sewaktu saya drive adalah bendera BULAN yang paling besar pernah saya lihat
*ehem... tak bermaksud apa-apa ye*

Seriously, bendera tu sangat besar hinggakan saya lebih tertumpu pada bendera daripada jalan raya
=.='

Dan bendera tu jelas menunjukkan kawasan tu adalah milik siapa..haha


Yang ketiga...

Pertemuan kami dengan Ateh.
Allah atur dengan indah sekali.
Jujur, memang tak sangka lelaki yang approach kereta kitaorang time tu adalah abang sendiri.
Dah lama kot saya tak jumpa dia, sampaikan tengok je muka dia
"Macam pernah aku tengok je..siapa ye?"

Waktu abah peluk ateh tu, rasa nak nangis sangat.
Haiihh..
susahlah gini, selalu sangat touching.
pepun, alhamdulillah,
Allah lembutkan juga hatinya.

Dan semalam, kami lepak sama-sama rumah kak ikin.
Rindunya nak dengar Ateh sembang macam semalam.
Banyak cerita yang kami kongsikan..
Seriously, Allah itu hebat!

*****************************************************

And now,
I'm back.
Home sweet home Amirah!

Mulalah rutin saya semula.
Beberapa hari lagi result nak keluar dah.
Takut,berdebar semua ada.

p/s : ....... menarik tak? hahaha 


No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law