Sunday, February 24, 2013

Fikir?

Bismillah.

:)


Dating!
blogger-emoticon.blogspot.com

Hari ni jadual padat juga. Sama seperti semalam, tapi semalam sibuk di rumah, tapi kali ni sibuk di luar.
Lepas Subuh dah siap-siap bagai.. semangat nak jumpa buah hati.

Buah hati kali ni kecik molek dan comel giler.
Masuk je dalam kereta, panggil saya dengan panggilan..
"Acikkkkkk..."
Allah... terharu dia dah boleh panggil "Acikkk" :')

Dah habis dating bagai, barulah uruskan hal mak sedara sikit.
Ulang-alik ke sekolah Bainun..
Selama menetap di Ipoh, inilah first time jejak kaki ke Bainun.
Jalan nak ke sana pun orang kena bagitahu =.='
Memang buat malu orang Ipoh sungguh kamu ni Mira...
Eh silap... orang Taman Meru!

Sampai lewat petang jugalah, barulah balik ke rumah semula.
Penat weyyhh!
Dah lah kebelakangan ni tidur lewat tapi bangun awal.
*aicececece....statement apa tu mira? o.O?*

Balik je rumah, abah tegur,
"Penat?"
Saya buat muka selamba. Dalam hati penat. Nak tidur je.
Abah sambung,
"Itulah dia namanya family life"

Terdiam kejap diri ni.
Tetiba perasaan penat tu cam hilang sementara.
Betul cakap abah, ini baru sikit.
Kalau dah berkeluarga, tak tahu macam mana penatnya lagi.
Abah menasihati anak dia yang sorang ni dan secara tak langsung pulihkan semangat yang hilang sikit-sikit.
Mekasih abah :)

*************************************************

Waktu duduk sembang dengan mak sedara tadi,
sekali lagi Allah ajar saya sesuatu.

Kekadang, kita selalu ingat diri kita dah teruk/susah hidup. 
Tapi dalam tak sedar, ada lagi yang lagi teruk keadaannya.
Apa yang mak sedara ceritakan tadi, ada benarnya.

Kekadang, orang yang ada ilmu, I mean tak kisahlah ilmu agama ke, ilmu dunia ke, ilmu falsafah ke, ilmu hidup ke. Apa jua ilmu, pernah tak kita terlintas untuk bersyukur dengan apa yang telah kita miliki?

Sebagai contoh :

"Tahun ni dah masuk 50 tahun dah umur aku. Apalah amal yang aku nak bawa bila mati nanti? Aku solat pun  entah ke mana. Mengaji lagilah aku tak pernah nak tahu. Macam manalah aku dalam kubur nanti?"

"Ajim jangan jadi macam mak, mengaji tak tahu, solat pun malas-malas. Tak ada sesiapa yang nak tegur mak dulu-dulu. Ajim kalau tak solat, sekurang-kurangnya mak paksa Ajim solat. Mak paksa Ajim belajar mengaji. Mak tak nak Ajim jadi macam mak. Macam manalah mak bila mak mati nanti Ajim"

"Entahlah Mira... aku tak rasa aku cukup amal nak bawa jumpa Tuhan nanti. Aku tak ada apa-apa"

Apa rasanya bila mana kita berdepan dengan situasi begini. Sedih tak? Sayu tak?
Pernah tak kita terfikir bagaimana mereka-mereka di atas ni berfikir?
Apa pula reaksi kita bila mereka bercerita begini pada kita?
Apa usaha kita?
Hurmm...

Saya sendiri tak terkata.
Setiap apa yang berlaku dalam hidup ini pasti bersebab.
Dan Allah ingin sampaikan sesuatu pada saya dalam diam.
Allah..

Punyai ilmu sahaja tidak cukup andai kefahaman tidak ada..
Jika ada ilmu dan kefahaman juga tidak memadai andai tidak mempraktikkannya.
Namun, berapa ramai di antara kita ada ilmu+faham+praktikkan?
Tepuk dada, tanya iman.
InshaAllah, masih belum terlambat untuk terus menggapai dan capai pintu taubatNya.
Dan yang paling penting, tiada erti jalan mati dalam menuntut ilmuNya.

p/s : andai aku ada rezeki untuk berkeluarga...aku ingin benar anak-anakku nanti mampu menjadi tunggak utama dalam agama Allah. mesti comel anak-anak aku nanti..huahahaha =.=' *xde kaitan*

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law