Sunday, February 03, 2013

Asam Pedas Melaka

Bismillah.

2 Februari 2013

Kami (Saya, Nadiah, Aishah, Aida, Wani).

Mak cik Minah ajar kami-kami ni masak asam pedas Melaka.
Alhamdulillah, hajat dia nak memasak bersama-sama kami telah Allah makbulkan.

Lepas solat Asar, dengan muka selamba, menapak ke rumah sebelah.
Mak cik ajak duduk dan sembang akan bahan-bahan yang diperlukan.
hehehe..

Wani siap salin kot.

3 perkara utama yang mesti untuk jadikan asam ni sedap
1. sambal mesti garing
2. garam kena cukup rasa
3. asam juga kena cukup rasa

Tepati je 3 ciri di atas tu, gerenti sedap beb!!!!!!

Bahan-bahan dan cara-cara nak masak yang lain, tak nak kongsi kat sini!!!!!
hahahaha..
Photobucket

Banyak perkara yang kami bualkan dengan mak cik.
Siap request tuk doakan kami bila mak cik berada di depan Kaabah nanti.
hohoho..
perangai kami memang budak-budak =.='

Terima kasih mak cik.
Jujurnya, semalam, dari pagi hingga ke malam,
bibir ni tak lekang nak sengih dan senyum.

Awal pagi lagi Allah hantar adik-adik rumah untuk bungakan hati.
Masuk tengah hari sikit, Allah hantar abang kesayangan untuk ubat rindu.
Masuk ke petang, Allah hadirkan mak cik dalam hidup kami untuk eratkan silaturrahim yang ada.
Masuk ke malam nya pula, Allah ingatkan saya untuk berkongsi gembira dengan ibu dan abah di rumah.

Allah Maha Hebat.
Kalau boleh, nak sentiasa rasa begitu tiap-tiap hari.
Dan semoga Allah sentiasa bersama kami semua :)

Biarlah gambar di bawah meneruskan entry ini.
Gambar mak cik masih tiada, sebab mak cik request nak tangkap gambar hari lain.
Hohoho..
Nak pakai cantik-cantik katanya... 

Kad ucapan yang tak seberapa sebagai cebisan kenangan dari kami berlima

phewiitttt

hehehe

=.='. ok candid!



 

********************************************************************
Pada sahabat saya,
Nadiah Mohd Arshad
Sanah helwa!
:)


No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law