Sunday, January 20, 2013

Baca@RA

Bismillah

BACA@RAM
(19 Januari 2013)

:)

Alhamdulillah.
Allah!

Risau dalam hati andai tertinggal tren lrt di masjed jamek tu.
Mesej kak Elle, tanya kat mana..
waktu kitaorang naik di TBS tu, krew RAMians di Wangsa Maju.

Risau tak sempat.
Sesampai je kat Masjed Jamek,
cari orang tak jumpa =.='
Alih2 jumpa dua kakak ni.
Memberanikan diri bertegur.

"Ada join apa2 ke hari ni?"
Soalan dilantunkan kerna pakaian mereka berwarna hitam
(tema event pada hari tu)

Ni la member baru tuh :)

Akhirnya.. betullah tujuan kami sama :)
Syukur, kami semua sempat naik tren yang sama dengan RAMians yang lain
Syukur.
Semua yang join baca novel Ramlee Awang Murshid.
So, saya pun baca jugalah novel walaupun dah habis baca..
:P

Sesampai je kat Kelana Jaya,
kami bergambar ramai2 dan sesi kenal-kenal.
Disebabkan kami dari Melaka,
dan saya juga pernah hantar FB Mesej bertanya 
so, mereka recognize sikit.
Alhamdulillah :)


Akhirnya, kami berangkat ke Taman Jaya pula.
Ramlee Awang Murshid sedang tunggu di sana.


Tak lama lepas tu, Ramlee Awang Murshid pula datang dan berikan ucapan.
Allah!
Rasa tak percaya dia ada kat depan saya.
:).
Dia berucap dan katanya dia boleh bercakap selama 2 jam tanpa hentinya :)
Dan memang bahasa baku yang dia gunakan!
Jujurnya... saya sangat teruja!!
Senyum manjang tak habis!
:D


Ramlee Awang Murshid ni orangnya simple je, tampil bersahaja dan sempoi.
Suka tengok dia berucap tu.
Kata-kata dia seolah-olah tak sia-sia.
Allah kurniakan padanya ilham yang lain dari yang lain.
"Doakan saya. Dan doa juga untuk diri kamu semua"

Lepas tu..sesi makan dan sesi ramah mesra.
Sesi ramah mesra ni.. tak dapat nak join sepenuhnya...
(maaf)
nak bergegas pulang ke Melaka.
Plus, dah janji dengan adik nak jumpa kejap,
takut lambat pula nak jumpa dia.


Kat sini, nak ucapkan jutaan terima kasih pada krew-krew.
Korang memang baik!
Siap request kat Ramlee Awang Murshid tuk sesi bergambar dan tandatangan khas tuk kami je.
hehehehehe..
Terima kasih!
Terima kasih!
Terima kasih!

Puas hati sangat sebab dapat jumpa
Terima kasih ya Allah.
Memang sesuatu yang indah semalam


aku tak kan lupakan dan akan terus cari event cam gini lagi :P

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law