Thursday, October 04, 2012

Ulang tahun kelahiranku

Bismillah.

Alhamdulillah.

Syukur pada Allah yang telah memberikan nikmat kesihatan ini.

3 Oktober 1990.
Kelahiran insan yang diberi nama Nur Amirah.
Nama yang cukup simbolik dan indah buat diri.

3 Oktober 2012.
22 tahun sudah dilalui.

Selamat ulang tahun kelahiran Amirah.
Semoga usia yang bertambah ini seiring dengan bercambahnya amal perbuatan.
Allah..
Aku redha Allah itu Tuhanku, Islam itu agamaku, Muhammad SAW sebagai Nabiku.

Terima kasih buat arwah mak.
Arwah dah banyak berkorban untuk diri ini.
Allah..tempatkan arwah bersama mereka yang beriman.
Dialah ratu dalam hati aku. Ratu yang paling menawan.

Terima kasih buat abah.
Insan yang bermati-matian mencai rezeki untuk membesarkan diri ini.
Insan yang sentiasa ada di sisiku.
Hingga ke hari ini, insan ini jugalah yang sentiasa memberiku semangat.

Terima kasih buat ibu.
Seorang insan yang cekal dalam menghadapi bebelan orang.
Seorang insan yang menerima diri dan kami ini dengan hati terbuka.
Seorang insan yang DIA hadirkan buat kami.
Yang teristimewa.

Buat famili tersayang.
Komawo!
Setiap kata-kata tu banyak membantu.
Sungguh DIA mahu sampaikan sesuatu buat diri ini.


Buat sahabat-sahabat.
Terima kasih!
Semoga ukhwah kita kekal hingga ke syurga.
Aku juga sayang korang ketat-ketat!
Okayy.. mesej korang berjaya buat aku terharu di pagi dan malam hari..
haha

Dan terima kasih buat semua-semua-semua yang telah wish pada ulang tahun kelahiran saya ini.
Baik yang menghantar SMS, Twitter, FB, dan calling2.
Terima kasih bebanyak!
Semoga Allah memakbulkan segala doa yang kalian titipkan buat diri ini.
Dan semoga apa yang didoakan akan kita dapat sama2 nanti. inshaAllah.



Okayy.. tahun ni banyak dapat wish :

Semoga cepat dapat JODOH dan dipermudahkan urusan untuk itu.

Hahaha...
terima kasih.
InshaAllah.. ada rezeki adalah.
Kalau tak de pun, tak pe derrr.. 
:)



Nampak cam sedih lak background gelap.
hahaha.. maaf lah ye, minat warna gelap-gelap.
Tak leh nak ubah derrrr...
:)

p/s : nurish0310. mekasih!

2 comments:

LoVe_mE !Qa said...

Happy birthday mira! Semoga mira sentiasa bahagia di samping keluarga tersayang & kawan2 seperjuangan. Semoga mira panjang umur & murah rezeki. InsyaAllah. All the best in whatever things u do my dear. Doa akak sentiasa ada utk mira. InsyaAllah. :)

Akak sayang mira banyak2,
Kak iqa ('',)

Cik Mira said...

aminnnn..
syukran kak.
*sobs..sobs*
terharu :')

mekasih banyak2 kak.
sayang akak juta2 banyak2 jugak
:)

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law