Followers

My Wattpad

19 Oct 2012

Hikmah hadirnya ibu

Bismillah.

*Garu-garu*

Bintik-bintik merah sudah mula naik memenuhi badan.
Alahan pada bulu kucing, dan beberapa sebab lagi buatkan bintik-bintik ni lagi gatal.
hurm...
semoga Allah sembuhkan segala penyakit yang datang menyerang.
*mari aminnn kan bersama-sama*

Lepas Maghrib tadi, tengah siapkan makan malam untuk Tok Bah,
saya dan ibu sempat sembang hati ke hati gitu.

Inilah pertama kalinya ibu ceritakan apa yang ibu rasa selepas ibu berkahwin dengan abah.
Dan bagaimana ibu cuba betulkan kami-kami ni.

Jujurnya, tiada sesiapa boleh gantikan mak,
Allah hadirkan ibu pada kami pada mulanya buatkan kami memang tak boleh terima kenyataan sangat. Rasa kami ni sangat disisihkan.

Tapi perancangan Allah ternyata jauh lebih baik.
Kami adik-beradik lain ragamnya.
Alhamdulillah, ibu hadir untuk didik kami, even kami ni dah 'keras' untuk dilenturkan.

Jujurnya, banyak benda yang saya pelajari sejak ibu hadir dalam hidup kami.
Terima kasih ya Allah.
Ada benda yang tak boleh kita ceritakan, 
dan cerita itu hanya saya,ibu, dan Allah yang tahu :).

Harapan tak sudahku..
semoga adik-beradikku yang lain dapat rasa seperti mana yang aku rasa.
huhuhu..

Well, she train me to be a good housewife :)
Not just that, to be also a good/better person to the society.

Walaupun dalam tegur itu ada kasarnya, bersangka baiklah, kasarnya itu tujuan untuk mengajar/mendidik.
InshaAllah, kesan yang kita terima akan jauh lebih baik nanti :)

p/s : Terima kasih ya Allah untuk percaturan ini :)

13 Oct 2012

Wishes from them

Bismillah.



Bila tengok balik dua mesej dalam Samsung-ku,
terasa sejuk mata memandang kecomelan mereka.

Lepas tu buka pula folder yang ada gambar 3S;
Syabil, Syafia, Syamim 
:')

Acik rindu kamu semua~~~

Cerpen baru

Bismillah.

Alhamdulillah.

Fuhhhh.. baru dapat online sebenarnya.
Sibuk punya pasal, tiga hari tak online, hahaha.
Maaf pada kawan-kawan, saya kelewatan publish komen kalian.
Sangat-sangat minta maaf.

Alhamdulillah.

Cuti kali ni, berjaya hasilkan dua cerpen, dan cerpen yang terbaru telah siap kelmarin.
Cover nya siap malam tadi :)

AKU YANG SWEET.

Boleh klik pada gambar kalau nak baca cerpen sampai habis

Idea untuk hasilkan cerpen ni dapat sewaktu balik dari shopping barang HEWA kat Mydin. Hahaha.
Terima kasih pada jiran saya yang memberikan idea untuk menulis.

Dia tak bagitahu apa-apa pun, 
kelakuan dia sepanjang hari tu buatkan saya terlintas nak hasilkan satu cerita.

Jemputlah baca kalau sudi.
:)

**************************************************

Dahulunya, Penulisan2u merupakan medium untuk hantar cerpen.
Tapi sekarang, sudah beralih arah kepada Novel Melayu Kreatif

Mungkin ramai yang masih tak tahu kewujudan website ni.
Tak mengapalah :)


Tujuh cerpen telah saya hantar.
Dalam simpanan kat lappy ni semuanya ada 15 cerpen yang telah saya hasilkan.

Semoga bermanfaat hendaknya.
:)

p/s : masih belum ada keinginan untuk menghasilkan novel =.='

9 Oct 2012

Had fun

Bismillah.

8 Oktober 2012.

Hari shopping barang-barang tuk ahli HEWA!

Haaaa.. apa HEWA ni?
HEWA stands for Hal Ehwal Wanita, Pakatan Taman Meru 37,
taman tempat saya tinggal :).

Kami (Saya, Ibu, Mkck Arab, Mkck Faridah) ke Mydin Meru Raya untuk beli apa yang patut.
Hari Rabu ni ada majlis Khatam Quran.
Semoga Allah permudahkan segalaNya.

Best sebenarnya shopping dengan ibu-ibu ni.
Mula-mula tu memang sedikit kekok, yalah, nak cakap apa, kita sorang je yang muda la katakan.
So, hanya boleh mengekor kat belakang je.

Tapi yang bestnya, tiap kali tanya barang apa yang cantik ke, apa yang ok ke,
mesti tanya kat diri ni.
Terasa dihargai pun ada..haha..


Hampir 3 jam saya dan ibu ambil masa balut kesemua barang dibeli, termasuklah hadiah perkahwinan salah seorang anak kepada ahli HEWA.
hohoho...

Banyak benda yang ibu-ibu nk share kan.
Lebih-lebih bab munakahat.
Pengalaman mereka menjalani kehidupan rumah tangga.

"Mira umur berapa sekarang?"
"22 tahun,"
"Mak cik, umur kamu tu dah ada anak dua dah,"

Saya tersengih je.
Nasib baik mak cik back-up balik,
"Yalah, zaman dulu dan zaman sekarang lain,"

Seronok lah!
Kalaulah dapat dengar dan belajar banyak lagi tips dari ibu-ibu ni,
wow!
sesuatu yang sangat berharga tu!
:D

Satu pesan mak cik..
"JANGAN GATAL!"

Sangat tersirat ni.
Thanks ibu-ibu. 
Korang memang SPORTING!

p/s : 5 tahun beb... baru ketemu..

********************************************************

http://xezusgifts.blogspot.com/2012/09/convocation-pororo.html

Congratulations to all my course-mates for their convo!
All da best in your life!

Sorry cant be there to see your convo.
Happy convo!
:')

8 Oct 2012

Pencari Jalan Lurus

Bismillah.

Photobucket

Sambil menggentel jem nenas untuk dibuat tart nenas nanti, inshaAllah,
saya pun nontonlah satu cerita ni.
Selama dua jam menonton cerita tu di TvAlHijrah tadi, terasa nak bagi *thumbs up* pada pengarah.
Well..well..


Sumber : Pak Cik Google

Mula-mula tengok tajuk ni jam 8.55 malam, terasa cam berat je cerita ni.
Bila tengok barisan pelakon pula, secara automatik nya bibir ni tersenyum lebar.

hehehe..

Photobucket

Sumber : Pak Cik Google.
Antara barisan pelakon

Nampak tak BETO tu???
Haaaaa..
Sebab tu terasa nak senyum!
Minat kot kat Beto ni.
First time kenal dia ni waktu tengok GENG SURAU MUSIM PERTAMA dulu.
Lepas tu barulah layan cerita-cerita lain yang dia lakonkan.
Mantap kot lakonan dia! :)

Berbalik pada kisah Pencari Jalan Lurus ni.
Tajuknya nampak cam berat, tapi sebenarnya sangat santai dan menarik.
Sepanjang cerita ni, memang diri ni asyik tersenyum sendiri.
Rasa tak boleh nak biarkan mata mengadap je TV tu, sebab setiap kali mata mengadap TV, mesti nak tersenyum tengok pelakon-pelakon yang sangat sempoi berlakon.
Yalah, risau pula ibu abah tengok anak dara depa sorang ni asyik tersenyum je.
Sakit ke pun?
Photobucket

Kisahnya tentang seorang pembawa bas pustakaan bergerak, Mustaqim namanya, yang dilakonkan oleh Beto Khusairy ni.
Mustaqim ni sangat CINTAKAN dan SUKAKAN ILMU.
Oleh yang demikian, dia pun bekerja sebagai pemandu bas pustakaan bergerak, dan niatnya untuk sebarkan dan berkongsi ilmu.

Mustaqim ni banyak bantu kawan-kawan dia, sepetti Naelah (Tiz Zaqyah), Ehsan (tak ingat nama pelakon), dan beberapa orang kampung yang lain.
Cerita ni sangat sweet, lebih-lebih lagi part Mustaqim dan Naelah keluar makan dan beli barang, tapi masing-masing naik kereta sendiri. hoho..
sweet kan??
Balik pun sendiri-sendiri :)


Kat bawah ni antara pengajaran yang dapat dikutip dari cerita ni :

1. Sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan.
Watak Ehsan yang tak suka sangat jadi posmen dan selalu merungut tu boleh dijadikan contoh. Janganlah kita ni selalu sangat merungut. Bersyukurlah dapat kerja walaupun kerja tu kita tak gemar. Ramai lagi yang tak dapat nak kerja. Bersyukur, kemudian ikhlas buat kerja, barulah rezeki pun diberkati.

2. Cintakan ilmu
Ini jelas dapat dilihat daripada watak Mustaqim sendiri. Banyak kata-kata hikmah yang dia sampaikan pada kawan-kawannya. Dengan ilmu, ia mampu menyelamatkan pengamalnya dari tipu daya.

3. Ikhlas dan amanah
Ehsan ni kan seorang posmen, dan dia memang tak suka SANGAT-SANGAT dengan kerja dia ni, hinggakan buat kerja sambil lewa. Hantar surat lambat, salah alamat bagai. Lepas kes Naelah punya surat interview sampai lambat, Ehsan mula insaf, barulah dia tahu surat-surat tu adalah AMANAH BESAR bagi dia. Kesan tarbiyah daripada Mustaqim, tika Ehsan tengah sakit accident kat tengah jalan, dia masih fikirkan tentang surat-surat yang perlu dia hantar. Risaunya pada surat2 tu lebih daripada risaunya pada diri sendiri yang tengah sakit.

4. Yakin dan redha dengan ketentuan Allah
Nenek Naelah ni pun banyak membantu. Nasihat dia pada Naelah bila Naelah terlepas interview (disebabkan juga oleh Ehsan yang salah hantar surat),sangat best. Katanya, "Tak apalah. Rezeki Naelah bukan pada interview tu. Allah nak bagi yang lagi baik buat Naelah. Ramai lagi yang tak ada kerja kat luar sana. Sekurang-kurangnya Naelah ada kerja kat kilang tu, ada gaji."
Lihat..
Memang kecewa..interview kot!
Tapi iman dalam diri itulah yang mendorong untuk bersangka baik pada Allah. Redha dengan setiap apa yang terjadi dan yakin Allah sentiasa janjikan yang terbaik buat diri.
Ingat~~ Allah tak pernah hampakan hamba-hambaNya.

5. Berusaha hingga berjaya
Yang ni dimainkan oleh watak kawan Naelah. Apa ek nama dia? Diana ke? hahaha.. lupa lah.
Kawan Naelah ni suka menulis. Seperti saya :D..hehe..
Naelah yang sentiasa berikan semangat padanya untuk teruskan minatnya itu.
Punyalah dia tension macam mana nak hasilkan cerita.
Tension sebab idea tak datang-datang.
Saya yang tengok ni pun tension.
Kalau idea tak datang, buat apa nak paksa. Benda ni kena sabar. 
Itu yang saya cakapkan waktu tengok part kawan Naelah ni tungkus-lumus memaksa ideanya untuk keluar.

Tapi.....
kalau kita tak berusaha, manakan nak dapat hasilnya ye dak?
Berkat usaha, alhamdulillah, berjaya akhirnya.

Banyak lagi.
Tapi itu ja yang terlintas dalam kepala ni waktu begini.

Pepun, 
BEST!


Sumber : Pak Cik Google

p/s : ya Allah.. sentiasalah bimbing diriku ini..

6 Oct 2012

Segmen Jom Blogwalking

Bismillah.

Haaaaa.......

Malam ni, sambil tunggu nak wish birthday kawan, curi sedikit masa join satu segmen ni..

Jeng..
.
.
.

Jeng...
.
.
.

Jeng......
.
.
.


Hahaha..

Tengah baca blog Cikgu Ma, terbaca sekali segmen yang Cikgu Ma sertai.
So, saja suka-suka nak sertai juga.
Well, itulah dia bila ada masa lapang sikit =.= '

Sempoi jek rekaan banner tu.. vespa tu.. #eh iyeke..
Tak kisahlah naik apa pun, dah nama nak 'blogwalking' kan..
Naik lori pun boleeee :D

Ok la.. 
pada seisapa yang nak mengisi masa lapang cam diri ni,
bolehlah join sekaki dua.
Klik je banner atas tu~~hoho..

Selamat bersegmen~~

5 Oct 2012

Aku seorang PROMOTER?

Bismillah

Aku seorang promoter?

Gambar sekadar hiasan
Source : Pak cik Google

Kerja sebagai promoter bukannya senang.
Pernahlah terlibat dengan kerja-kerja promoter ni, tapi, zaman belajar lebih kepada promoter program-program yang dijalankan.

Bukan nya senang.
Nak bagi orang tertarik pada keterangan kita.
Nak bagi orang faham apa yang kita nak sampaikan.
Nak bagi flyers/catalong pun susah, kekadang orang buang merata.
Bukan senang nak jadi seorang promoter ni.
Kalau tak ada promoter, siapalah yang nak promote barang-barang jualan pada orang ramai kan??

Nak dijadikan cerita, lewat petang tadi, adalah beberapa orang promoter ni mendekati  saya dan juga ibu. Maklumlah, bila Mydin dah dekat dengan rumah, makin kerap ke sana..haha..
tambahan pula Terminal Aman Jaya (stesen bas baru) bakal beroperasi tak lama lagi, so bertambahlah kerap ke sana :)

Cara promoter ni tarik kitaorang memang menjadilah.
Ibu yang dari tak nak layan, terus layan SEKEJAP.
Kenapa SEKEJAP?
Haaaaa... Macam ni ceritanya..

Promoter : Puan, kami ada nak bagi BEG FREE. Ambillah.
*BEG FREE?? Pantang dengar ni..*

Ibu : Saya nak cepat ni.
*Memang nak cepat pun. Abah dah tunggu kat bawah. Nak kejar gi solat Maghrib kat masjid*

Promoter : Ala puan, sekejap je. Kami bagi BEG FREE, puan buat survey sekejap. Marilah puan.
*Baik punya pujuk, sampai kejar kami nak turun tangga, ibu pun tak sampai hati. Katanya SEKEJAP je kan? So, ibu pun ikut lah. Nak isi boranglah kononnya.

Datang seorang lagi promoter.

Promoter B : Macam tu lah puan. Support kami. Puan bagi kami masa setengah jam untuk terangkan. Kalau tak boleh, lain kalilah puan kitaorang terangkan.

Ibu yang baru tulis nama kat borang terus LETAK PEN.

Ibu : Kata sekejap tadi. Ni nak SETENGAH JAM pula. Maaflah. Saya kejar masa. Pak cik dah tunggu kat bawah. Kalau setengah jam, saya datang lain kali. Minta maaf ya.

Ibu LETAK PEN dan kami pun beredar dari situ.
Rasa KASIHAN, tapi tak boleh nak buat apa.

Mereka approach kami pada waktu yang tak kena.
Waktu orang nak pergi solat gitu.
Abah seorang yang ke masjid tiap kali masuk waktu solat.
So, kitaorang memang kejar masa sebab waktu tu dah nak masuk maghrib.
Rasa kasihan pula layan mereka macam tu.
Tapi nak buat macam mana.

Sekurang-kurangnya mereka kenalah JUJUR.
Kenapa saya cakap macam tu?
Ok...

FIRST >> Mereka cakap nak bagi BEG FREE je.
TAPI >> Nak BEG FREE kena isi borang survey

SECOND >> Mereka cakap SEKEJAP je. NAK WAT SURVEY
TAPI >> Once dah nak isi borang, tetiba cakap NAK SETENGAH JAM untuk terangkan produk

Nampak tak ke-tidak-jujuran di situ?
Kalau dari awal cakap JUJUR, kami nak buat ini, itu. boleh luangkan masa sekian, sekian.. selepas tu kami bagi beg ini, itu, selepas tu, boleh balik.
Tak susah kan?

Mungkin itu STRATEGI mereka nak TARIK CUSTOMER.
Tapi sekurang-kurangnya JUJUR.
Ada setengah orang tak boleh terima cara begitu, nanti mulalah terasa annoy dan sebagainya.

Ada tu yang lagi BEST,

"Kami kat sini HARI NI je. ESOK DAH TAK ADA KAT SINI"

Tapi bila kita datang ESOKNYA, masih lagi mereka ada kat situ promote barang.
Bukan ESOK je, sampai BERMINGGU-MINGGU.

Derrrrrr.. JUJUR LAH.
"Kami tak tahu lagi ada kat sini sampai bila..."

Kan senang!!
Ni tak..dah MENIPU!
REZEKI tu...???
hurmmm....

Dan paling penting, promote tu promote juga, 
SOLAT jangan lupa. :)
Itu AMANAH ALLAH untuk kita.

p/s : Hopefully lepas ni tak jumpa dah mereka-mereka tu.


4 Oct 2012

JOM TERJAH!

Bismillah.

Sihat kah semua? :D

Saja nak promote sikit entry kali ni.

Jom terjah certain page yang menjadi pilihan~~ :)


Cantik-cantik tau telekung yang ada ni.
Baca komen setakat ni berkualiti telekung yang dijual.
Pada sesiapa yang berminat nak beli telekung untuk diri sendiri atau dihadiahkan pada insan tersayang, boleh-boleh lah terjah FB PAGE tu. 
Banyak terjual telekung depa ni. wooaahhh!!
Alhamdulillah :)
Comel je budak tu pakai telekung 



Haaaa.. yang ni pada sesiapa yang berminat dengan cotton2?
Boleh-boleh terjah juga FB PAGE tu.
Cantik oOoo..
Siapa cepat, dia dapat!!


Yang ni... =.='
Merupakan FB PAGE empunya blog.
hohoho..
Bolehlah LIKE FB PAGE tu.
Dan boleh juga terjah blog di situ.
Kesemua karya di-post kan di blog tu dan juga di Novel Melayu Kreatif 
:)

Alhamdulillah, hari ni berjaya siapkan satu lagi cerpen.
Dan ada satu lagi dalam simpanan, masih tak siap-siap..haha..
Pepun..
cerpen terbaru ni...hurmm..hurmmm..
Bacalah dulu :)



p/s : JOM TERJAH!

Ulang tahun kelahiranku

Bismillah.

Alhamdulillah.

Syukur pada Allah yang telah memberikan nikmat kesihatan ini.

3 Oktober 1990.
Kelahiran insan yang diberi nama Nur Amirah.
Nama yang cukup simbolik dan indah buat diri.

3 Oktober 2012.
22 tahun sudah dilalui.

Selamat ulang tahun kelahiran Amirah.
Semoga usia yang bertambah ini seiring dengan bercambahnya amal perbuatan.
Allah..
Aku redha Allah itu Tuhanku, Islam itu agamaku, Muhammad SAW sebagai Nabiku.

Terima kasih buat arwah mak.
Arwah dah banyak berkorban untuk diri ini.
Allah..tempatkan arwah bersama mereka yang beriman.
Dialah ratu dalam hati aku. Ratu yang paling menawan.

Terima kasih buat abah.
Insan yang bermati-matian mencai rezeki untuk membesarkan diri ini.
Insan yang sentiasa ada di sisiku.
Hingga ke hari ini, insan ini jugalah yang sentiasa memberiku semangat.

Terima kasih buat ibu.
Seorang insan yang cekal dalam menghadapi bebelan orang.
Seorang insan yang menerima diri dan kami ini dengan hati terbuka.
Seorang insan yang DIA hadirkan buat kami.
Yang teristimewa.

Buat famili tersayang.
Komawo!
Setiap kata-kata tu banyak membantu.
Sungguh DIA mahu sampaikan sesuatu buat diri ini.


Buat sahabat-sahabat.
Terima kasih!
Semoga ukhwah kita kekal hingga ke syurga.
Aku juga sayang korang ketat-ketat!
Okayy.. mesej korang berjaya buat aku terharu di pagi dan malam hari..
haha

Dan terima kasih buat semua-semua-semua yang telah wish pada ulang tahun kelahiran saya ini.
Baik yang menghantar SMS, Twitter, FB, dan calling2.
Terima kasih bebanyak!
Semoga Allah memakbulkan segala doa yang kalian titipkan buat diri ini.
Dan semoga apa yang didoakan akan kita dapat sama2 nanti. inshaAllah.



Okayy.. tahun ni banyak dapat wish :

Semoga cepat dapat JODOH dan dipermudahkan urusan untuk itu.

Hahaha...
terima kasih.
InshaAllah.. ada rezeki adalah.
Kalau tak de pun, tak pe derrr.. 
:)



Nampak cam sedih lak background gelap.
hahaha.. maaf lah ye, minat warna gelap-gelap.
Tak leh nak ubah derrrr...
:)

p/s : nurish0310. mekasih!
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design