Monday, September 24, 2012

Review : Ketemu CintaNya

Bismillah.


Siapa yang tak kenal dengan Dr. Farhan Hadi ni kan?
Suami kepada Ustazah Fatimah Syarha 
dan penulis novel DENYUT KASIH MEDIK

Novel Dr Farhan kali ni memang menarik dan relevan pada masa kini.
Wah? Apa ni cik Mira?

Ok la..

Novel ni actually kisahnya sal sorang lelaki namanya Farid.
Dia ni, mempunyai penyakit misteri la gitu, sebab nya bila jumpa doktor, tak dapat nak kesan apa penyakit yang dia hadapi. Selalu sakit belakang, sengal-sengal gitu.
Hinggakan ada di antara kenalannya bagitahu dia terkena sihir.

So, bermulalah proses menyembuhkan diri sendiri dengan bantuan pelbagai jenis bomoh.
Last bomoh yang dia jumpa tak silap saya, suruh cari air kolah dari beberapa buah masjid, lepas tu air basuhan jenazah, dan bermacam lagi.
=.='

Pelik, pelik kan?
Dah terpesong ni!

Farid mulai sedar selepas kes dengn bomoh akhir tu.
Bomoh tu hampir-hampir nak rogol seorang pesakit nya.
Nak-nak waktu tu Farid datang untuk berubat, dan tak silap,
bomoh tu hampir-hampir nak mati dikerjakan oleh Farid.

Mulai saat itulah dia kembali pada Allah.
Lepas tu...
hahahhaa..
tak ingatlah, sebab dah lama dah baca buku ni.
Dia sembuh akhirnya.
Dan berkahwin dengan pilihan mak dia.

Overall cerita ni boleh diterima dan memang relevan sebabnya antara kita pun masih mempercayai bomoh-bomoh  ni. Even ada yang guna AYAT AL-QURAN pun tapi masih pelik-pelik yang dia buat.

Ingatlah,
Allah itu Maha Penyembuh.

Kita memang kena berusaha tapi biarlah usaha kita tu tak terpesong daripada syariatNya.
Novel ni memang awesome!

p/s : aisehh.. camna leh lupa ni? o.O

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law