Thursday, September 27, 2012

nurish0310

Bismillah.

Okayyyyyy..

Comel tak?
Lepas ni cari perempuan muslimah plak :).

Malam ni nak menaip tentang cerpen-cerpen milik-ku. 
Keyi ma? :)

Start menulis sewaktu sekolah menengah.
Cerita pertama yang dikarang adalah ZIRA.
Kalau sesiapa baca, memang akan nampak kebudak-budakkan di situ.
Lepas dari ZIRA lah baru mula nak jinak-jinak hasilkan yang lain.

Genre?

Masih belum dikenal pasti. Setakat ni, apa yang ditulis adalah berdasarkan apa yang dilihat, dilalui, dan bakal dilalui. hurm? Macam mana tu? Entahlah, sebab tu susah sangat nak dapat idea menulis. Nak penuhi taste pembaca pun bukan mudah, lebih-lebih lagi penulisan ku masih sangat newbie.

So, in this entry, I just want to highlight some of the stories I created.
Hurm..
Yang saya highlight kan ni sebenarnya merupakan cerita-cerita potensi saya, yang mana, membolehkan saya untuk lakukan perubahan demi perubahan. Which mean, from ok to better, from better to GREAT!

Shall I proceed?
*****************************************************************
*untuk entry penuh, boleh klik cover cerpen yang ada*


Tajuk asal cerita ni adalah RUHIS.
Diubah kepada MR.GUARD sebabnya...nak masuk bertanding, so nama dan jalan cerita diubah sikit je.
Sikit je ubah.


SOON.
Bukan SOON yang omputih tu, apa tu.. AKAN DATANG.
Bukan..bukan..
SOON ni nama orang.
Nak buat kelainan, tapi rasa cam tak berapa pun ada. hurm.. 

Next....


Cerita ni agak panjang.
Terdetik, mereka juga punyai hati dan perasaan kan?
hurmmm.....
:)


BUKAN UNTUKKU ni dicerekakan disebabkan terlintas di fikiran,
kalaulah diberi pilihan antara jawatan dan juga kasih sayang, mana yang dipilih?
Ada plot dalam cerita ni merupakan kisah benar.
hurm...


DETIK ITU.
Isi dalam cerita ni adalah kisah benar.
Jujur.
Ia kisah benar. Kisah siapa, itu merupakan rahsia.
Dari kisah merekalah, saya olah jadikan cerita saya.
Watak dan plot adalah sama.
Terima kasih pada yang menyumbang idea.
Tanpa kalian, cerita ini tidak terhasil.


MAI BO!
Cerpen MAI BO ni adalah salah satu kelainan yang cuba saya hasilkan sebenarnya.
Tak tahulah menjadi ke tak kelainan ni.
Inilah cerpen kedua yang paling panjang selepas MR.SOPAN.
Mungkin cerita ni ada yang mengalaminya, kita yang tidak tahu.
Cuma rasanya, dari segi penceritaan kat akhir tu, saya patut panjangkan lagi.
Haiihhh..
=.='
*****************************************************************

Sebenarnya ada banyak lagi.
Yang atas tu antara yang saya mahu highlight-kan.
Pada yang rasa bila dah baca satu tu bosan, bacalah yang lain.
Berikan komen anda.

Komen anda sangat membantu saya sebenarnya.
Sebab dari situ, saya dapat tahu kelemahan yang saya miliki.

Cerpen ke arah Islamik, masih belum dapat dihasilkan.
Dan itu merupakan azam saya.
InshaAllah.

Maaf juga andai cerita yang dihasilkan membosankan pembaca.
Dannnn.........
Abaikan spelling errors yang kerap saya buat..hahahh

Alhamdulillah!
Akhirnya berjaya siapkan entry ni!
Boleh tidur dah!!!~~~

p/s : terima kasih daun keladi~~~ :) semoga penulisan ini sedikit sebanyak menjadi saham di sana nanti.

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law