Monday, September 24, 2012

Movie : S.A.M & 8 JAM

Bismillah.

Rasanya dah lama tak buat review-review ni.
Kali  ni kita buat review tentang MOVIE MELAYU boleh?
Admin blog ni amat suka tengok cerita-cerita Melayu, tapi tak semuanya, yang selected BEST ja.

Ok, kita start dengan cerita 

S.A.M (Saya Amat Mencintaimu)

SUMBER : PAK CIK GOOGLE

Cerita ni BEST!
Ibarat baca novel En RAMLEE 'FIKSYEN 302'

Siapalah yang tak suka lelaki cam SAM ni, sangat sayangkan girlfriend dia,
#eh silap! Bakal isteri. ;P

Suweeettt gitu tengok cerita ni, at the beginning je la.
Dah masuk tengah nak akhir tu, scary cuak-cuak cemas dirasakan.
Banyak kali jerit sambil tutup mata, padahal bukan tengok cerita hantu pun!

Ada dua personaliti la gitu.
Kasihan tengok.
Dalam berjuta yang ada, pasti ada yang dikategorikan dalam kes begini. Hurm,
Pepun, cerita ni menarik bagi aku.

Konflik dan watak Haiqal yang bantu untuk kelirukan sama ada itu Haiqal atau Sam, sangat menjadi. At least pengarah berjaya tipukan diri ni hah yang percaya semuanya punca Haiqal!
hahahaha..

Dan jujur, kesian kat Sam, dia terlalu dan sangat sayangkan Lisa.
Tapi yalah, sayang tak bermakna akan bersama hingga ke akhirnya.
hurm..

Tahniah Syafiq Yusof!
Anda masih MUDA kot!!
Hopefully masa-masa akan datang boleh hasilkan filem yang lebih berkualiti yep!
*thumbs up*

*******************************************************************

8 JAM

"KALAU AKU TAK LAYAK UNTUK KAU, TIADA SIAPA YANG LAYAK..."

SUMBER : PAK CIK GOOGLE

Lakonan Shahiezy Sam lagi =.='

Ok...
Ni tak bermakna memang minat dia ok...
My sista is a big fan of him. Even she married also, still a big fan of Sam.
As her sista ni, terasa responsible tolong downloadkan cerita-cerita lakonan Shahiezy Sam ni hah.
Bayangkanlah, asyik tanya, cerita ni ok? Ada tak?
Boleh pulak tu telefon tanya cerita Sam yang ***** best tak, sebab nak langgan kat Astro First.
Derrrr...... =.='

Dalam kebosanan, download lah cerita ni.
Overall, mula-mula tu mengantuk sikit,
tapi lama-lama terasa menarik benar cerita ni.

Kisah Sam yang sayangkan sangat Yana ni.
Dan sanggup buat apa saja untuk perempuan yang dia sayang.

Perkara yang aku belajar dari cerita 8 JAM ni,

hargai seseorang tu sebaiknya.
Seriously, bukan mudah nak dapat orang yang sayang kat kita.

Terima seseorang tu dengan seadanya.
Kedudukan dia, diri dia, terimalah seadanya!

Pegang pada janji.
Manusia dinilai dari janjinya.
Jangan kerna janji kita, kita dipandang hina.
Bagaimana Sam pagang janji Yana, begitulah sepatutnya Yana pegang pada janji juga,
ni tak.... :'(

Berubahlah kepada yang lebih baik.
Silap Sam kat sini, dia masih bergelumang dengan hidup lama dia.
Tak salah dengan pekerjaan dia, tapi penglibatan dia dengan dunia tu yang silapnya.
Macam Yana cakap, sampai bila nak jadi begini?
So, kita ni, kalau ada peluang untuk berubah, grab that chance and do it!
Peluang tak datang banyak kali!

Best jugak cerita ni!
~~ weeeeeee ~~

*******************************************************************

Shahiezy Sam ni seorang pelakon yang berbakat sebenarnya!
Dia sangat berbakat.
Bagi je la watak apa pun kat dia, boleh bawa dengan baik tau! :)
Watak gila-gila, watak serius, watak orang gila, dan bermacam lagilah!!!!

Tapi kat hati ni, still Muniff Isa!
hahahaha...

Ok lah..
Cukup sudah sesi review ni~~~

Layan ni sekali nak? :p

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law