Saturday, September 08, 2012

MCM

Bismillah.

Hari ni dah 8 aribulan dah cik Mira oi!
"Ya! Saya tahu!"

Tiap saat ada reminder untuk diri ni hah, esok dah kena submit prototype FYP aku.
Hurm, aku masih dalam progress. Adoii..
Jujur aku cakap, dalam banyak-banyak part yang diberi pada aku,
aku boleh siapkan satu part je, tu pun result dia bolehlah..
part yang lain aku masih terkial-kial. jujur!

Oleh itu, aku ambil kesempatan dalam kesempitan menyiapkan algorithm dengan menghadiri rumah terbuka Mak Cik Minah (MCM) semalam.hohohoo..

Lepas Maghrib tu, kami (aku,Ecah,Wani) dah serbu rumah MCM.
Kami tolonglah apa yang patut.

Sampailah Mak Cik Misah sekeluarga datang, kami pun lepak makan sama dengan mereka.
Memang kalau makan kat rumah MCM, kami akan makan dengan banyak.
Actually kena paksa gitu. Tak kisahlah,rezeki kan ;)
Alhamdulillah.

Dalam duk sembang, jiran-jiran rapat dengan MCM datang, kawan rapat pun datang sekali.
Kami ni kekadang ke dapur, dalam rumah. Memang macam rumah sendirilah kami buat rumah MCM semalam. Even, tetamu nak balik pun, kami hantar sampai ke pintu, ibarat tuan rumah la gitu. hohoh

Dah dekat pukul 12 tengah malam, kami ditahan lagi.
Sembang-sembang dengan MCM.
Macam-macam amanat yang dia turunkan.

Tak semua orang memandang kita dengan pandangan yang sama.
Sebagai contoh, pada orang Lee Jun Ki tu biasa je. Tapi pada mata aku, Lee Jun Ki tu ibarat putera raja yang bakal bertakhta di hati aku.
Haaaa...gitu. Ni contoh je tau.

MCM kata lagi.
Kita miliki kecantikan yang orang lain tidak miliki.
Contohnya, Tae Yeon tu cantik rupa paras, ramai orang gilakannya.
Aku ni apalah yang ada. Tapi, Tae Yeon tu mungkin tak reti masak cucur sosej sesedap aku masak. Haaa... itulah bezanya.
Jangan sekali kita rendahkan diri kita. Jangan sekali! Kita tak sama dengan orang lain!
Bersyukurlah!

MCM teruskan lagi..
Yakin dan bersangka baik dengan Allah.
Positifkan diri dalam apa jua yang kita lakukan.
InshaAllah semuanya akan baik.
InshaAllah.

Kami yang dengar ni terasa semangat.
Aku yang touching lebih ni hampir nak menangis.
Aku rasa macam nak lepaskan beban yang aku fikir seminggu ni.
Beban yang aku simpan sampai sekarang.
Tapi aku tahan dulu.
Allah lah sebaik-baik tempat mengadu!

:).
Allah mahu sampaikan kepadaku melalui perantaraan hamba-hambaNya.

*****************************************************



Macam biasalah.. kami kan!

Adik-adik yang comel!
Tapi gambar yang aku rasa BEST PICTURE OF THE DAY....



Hahahahaa!

CREDIT TO AISHAH a.k.a MEK ECOH

p/s : terima kasih.

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law