Sunday, September 02, 2012

Guru?

Bismillah.


Menjadi seorang pendidik ni bukan mudah bagi pandangan aku.

Aku bukan nak hentam siapa-siapa, cuma ini pendapat peribadi aku.
Dari apa yang aku telah baca, aku mahu lontarkan pendapat sedikit.

Siapalah kita andai guru itu tiada.
Tingginya martabat guru itu, hinggakan orang yang mengajar kita,
regardless dia tu ada latar belakang pendidikan atau tidak, sepatah dia ajar,
dia juga merupakan seorang guru.

Bukan mudah untuk menjadi seorang guru.
Mungkin pada dasarnya, kita lihat, guru-guru ni tak banyak kerja.
Mungkin ada yang rasa depa goyang kaki je.
Tapi pernahkah kita terfikir, besarnya TANGGUNGJAWAB seorang guru tersebut.

Tugasnya bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik.
Besar tanggungjawab tu.
Kalau nak kaitkan dengan gaji semata-mata, aku tak rasa memadai.
Kalaulah dibandingkan wang ringgit dengan tanggungjawab yang 
PASTI dan AKAN ditanya oleh ALLAH nanti kat sana,
memang tak memadai.

Begitu juga dengan kita, 
kerja apa pun..
TANGGUNGJAWAB itu penting.

Kalau anak kita salah, 
guru juga disalahkan.
Kalau anak kita biadap,
guru juga ditundingkan jari.

Lainlah kalau memang guru tu tak menjalankan tanggungjawab dengan baiknya.
Nak menjadi seorang pendidik bukan mudah.
Kerna TANGGUNGJAWAB nya sungguh BERAT.

Aku teringat kata-kata abah tentang pekerjaan arwah mak,
" Kita jadi guru mahupun pendidik, inshaAllah, ALLAH akan balas pada anak-anak kita nanti. Cemerlangnya anak didik, inshaAllah, cemerlang juga anak-anak kita nanti,"

Allah...

Maaf. Ini pendapat aku je.
Sebab arwah mak aku pun seorang guru.
Bukan nak back-up siapa-siapa,
tapi berkat ilmu yang guru ajarkan tu..
merupakan salah satu cahaya untuk ke syurga.

Lagi terharu bila aku tengok Ustaz Don yang amat pemalu dan sopannya dia dengan guru dia.
Even 4 Imam (Imam Syafie, Imam Hanbali, Imam Maliki, Imam Ahmad) pun sangat
hormati dan respect pada guru mereka.
Nak buka buku pun kalau boleh tak nak bising time selak tu, takut ganggu guru.
Dengan post-post yang macam ni juga, ada kalanya boleh buatkan guru-guru 
terkecil hati tanpa kita sedar.
Allah...

Maaf sekali lagi.
Ini pendapat aku je.
Tiada niat apa-apa hanya sekadar untuk berkongsi :)

p/s : Allah itu maha mengetahui.

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law