Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Wednesday, September 05, 2012

Girls Talk?

Bismillah.

Alhamdulillah.

Girls Talk?
hurm.. Apa yang ada dalam kepala ni bila tajuk kat atas dibaca?
Hurm.. Apa ye yang orang-orang perempuan ni sembang-sembang ye?

sumber pak cik Google

Well, lain tak bukan adalah soal MASA DEPAN (FUTURE).
Dan bila melibatkan FUTURE ni, of course lah kisah RUMAHTANGGA.
Tak gitu? o.O

KAHWIN ye...?
hurm..
Apa yang bakal aku luahkan ni, jujur dari hati ni, 
jujur dari apa yang dibincangkan,
jujur juga dari apa yang diperhatikan,
dan juga dari apa yang telah difikirkan.

KAHWIN ye...?

Izinkan ye.
Hari ni, kerja aku untuk projek FYP memang tak gerak setelah dapat mesej dari group-mate.
Allah. Oleh yang demikian, mood aku terus jatuh dan aku alihkan neuron-neuron yang ada ni untuk berfikir benda yang lain.
tup-tup... keluarlah soal kahwin ni.

Susah tak nak kahwin?
Well, tak susah mana pun. Dah cukup syarat bagai, kahwin je la. Simple jek.

Aku tengok zaman sekarang adalah zaman kahwin awal.
Even saudara aku yang berusia 16 tahun pun dah nikah.
Ni kan aku yang dah 22 tahun ni?
hurm..
Kekadang aku terfikir.. senang ke kahwin ni?
Once again, tak susah, senang je!

TAPI!!!!!!
Yang buatkan aku fikir ia susah adalah 'PROSES' NAK KAHWIN"!
Kat sini, aku boleh kongsikan apa yang membelenggu pemikiran ni.
hurm..

1. AGAMA
Ni bagi aku sangat penting! Tak kisahlah orang tu macam mana sekali pun, basic agama perlu ada!
Solat fardu tu tak tinggal! Nak imamkan anak orang, kenalah ada basic. Ni pun peringatan buat aku juga.
Betapa pentingnya agama ni sebenarnya. Sangat penting.
Kamu jaga agama kamu, iman kamu, inshaAllah, Allah akan jaga kita,
sebab bila kita jaga iman kita, kita juga sebenarnya jaga Allah.
Agama tu penting!

2. DUIT
Hahahaa. 
Ni second point kot. Bukan soal ready nak kahwin atau tidak, tapi soal DUIT.
Dan bukan nak menilai yang kami orang perempuan ni MATA DUITAN. Tidak. Aku tak habis cerita lagi.
Nak kahwin kot! Nak bela anak orang. Of course perlukan duit.

Before majlis
Hello... penting ni. Kena fikirkan :

A. Untuk kenduri. 
Tak perlulah yang besar-besar, grand-grand. Bagi aku, dari pihak aku, simple sudah. Pelamin bagai tak perlu pun ok ape. Satu kepala dah berapa untuk kenduri. Catering sekarang bukan macam dulu dah, lainlah kalau dapat sponsor tuk catering kan >.<.
Simple bagi aku, biar tak cukup besar, tapi meriah. Tak banyak belanja tuk pelamin ke, makanan tu tak perlulah terlalu banyak, sebab nanti MEMBAZIR. kan tu tak elok..

Tapi tu lah, bila simple sangat, nanti orang lain mengata pula.
Hurm.. nak jaga hati orang, nak jaga mulut orang,
nak jaga air muka keluarga dan diri sendiri.
Susah kan? hurm....

B. Hantaran.
Untuk hantaran ni...Ada yang letak tinggi-tinggi. Kalau tak melepasi standard nanti kang ada yang mengata. Again..nak jaga hati orang bagai. Dulang hantaran kalau tak penuh ruang tamu tu rasanya tak cukup bagus. Kalau harga barang tu tak cecah berpuluh ribu pun rasanya tak menarik.
Fuuhhh! DUIT TU!
Kalau nak juga dulang hantaran penuh ruang tamu, biarlah dulang tu kosong... #EH!

Dalam bab ni, pasangan dan kedua belah keluarga kena ada persefahaman yang baik.
Yang nak kahwin anaknya..dan ye, memang kahwin tu sekali (inshaAllah) dan perlu lakukan yang hebat-hebat, tapi alangkah baiknya kalau bersederhana.
Ikut keperluan pasangan. Mana yang termampu.
Bukankah MAHAR yang penting? AKAD yang jadi keutamaan?
hurm....

C.Aksesori bagai
Bab ni termasuklah goodies tuk tetamu, baju nikah, baju tunang (kalau nak buat), baju sanding, mak andam, dsb. Mak ai!! banyaknya! hahaha..

Baju ek?
Cukuplah satu baju je. Baju nikah tu pakailah untuk sanding terus. 
Baju tunang? Kalau boleh cut-cost, tak perlu buat majlis tunang.
If nak buat juga, buat hari nak kahwin tu. 
Tunang pagi, tengah hari nikah, terus sanding.

Bukankah dalam Islam, andai sesama pasangan dah setuju nak jadi pasangan hidup, dah kira mereka bertunang? Yalah, mungkin nak buat juga untuk official gitu.
Buatlah, tapi berjimatlah.
Senyap-senyap dan jimat.
Tu yang penting.

Mak andam. Hurm.. kalau tak make-up boleh?
Sebabnya aku ni bukan jenis suka make-up.
Kalau nak make-up juga, tak boleh ke saudara2 yang make-upkan.
Diri sendiri ke? Pakai simple-simple sudah.
Sebab apa yang aku tengok, sekarang ni, kalau make-up,
mesti kena cukur kening la, lukis-lukis kening la.
Nauzubillah, aku tak nak benda tu terjadi dalam keluarga dan sahabat2 aku, juga pada aku.
Indah dah ciptaan Allah ni.
Aku dah cukup comel dah.. hehehe :)

Goodies tu memang tak dapat elak lah.
Macam-macam sekarang ni.
Aku bagi choki-choki je boleh?
hahaha..
gurau-gurau ;P

Hurm...
Ada lagi tak? Ni je yang terlintas.

3. RUMAH
Benda ni kena ada.
Even bukan rumah sendiri, I mean.. bukan rumah yang dibeli sendiri. Bukan rumah mentua, atau rumah mak bapak sendiri. Kalau dah kahwin tu, cuba-cuba lah duduk rumah sendiri.
Sebab waktu dah kahwin ni lah, kita nak independent. Tidak bergantung dengan mak bapak dah.
So,rumah sendiri kena ada. MUST!
Kalau dapat rumah sewa dulu pun ok dah.
Asalkan TAK SEBUMBUNG dengan mentua atau mak bapak sendiri. Adik-beradik apatah lagi.

4.KERETA
Ok. Bukan nak demand BMW. Tapi kalau dapat ok jugak..hahah.
Asalkan ada kenderaan yang kita boleh bergerak.
dan PENTING jugak!
Suami dan isteri perlu tahu dan ada LESEN MEMANDU.
MUST!
Bukan apa, kalau salah seorang je, andai berlaku kecemasan, kan susah?
Suami je yang tahu, if suami tak boleh drive.. macam mana isteri?
Dan juga sebaliknya.
Penting ni!
Mula-mula tu, tak apalah kereta buatan Malaysia pun, asalkan ada kenderaan.
Asalkan ada. :)

5.CALON
Hahaha.. Boleh tak, aku letak benda ni nombor 5?
Calon pun penting tau. Sangat!
Tapi aku letak bawah-bawah.
Yang penting atas-atas tu kena check dulu. hurm.

Calon ni pun susah juga nak cari.
Ingat senang ke nak cari calon untuk kita hidup bersama dengannya for the rest of our life?
Orang selalu tanya..

"Bila nak ada?"
"Eh.. carilah. Tak kan tak ada lagi kot?"
"Lambatnya..."

Fuuhhhh..
Bukan senang.
Bagi pihak aku, aku prefer aku kenal dulu orang tu even parents yang carikan.
Kena kenal family dia. FAMILY tau.
Bukan setakat kenal PASANGAN je.
ADIK-BERADIK dia. PARENTS dia.. semua kena kenal.

Kita bukan kahwin dengan dia je, tapi actually dengan seluruh KELUARGA dia.
So, kena take note, macam mana nak ambil hati IBU dia, AYAH dia, dsb nya.
Cam susah je.

Macam mana ye.. rasa jumpa PARENTS dia for the first time?
Macam mana ye nak ambil hati mereka?
Macam mana ye?
hohoho..
takut tuuu...
Maklumlah tak ada pengalaman lagi.
Rasa takut tu ada, sebab aku ni bukanlah jenis banyak cakap.
Banyak dengar adalah. hohoho

Cari calon ek...hurm.........

************************************************************

Complicated tak pemikiran kitaorang ni?
Bagi aku, inilah yang aku fikirkan setiap kali soal kahwin dibincangkan.
Sebab tu aku kurang rasa nak kahwin even seronok tengok orang kahwin.
Orang cakap, rezeki orang kahwin ni lain sikit. 
Datangnya tak disangka-sangka.
Memang betul, tapi kita juga perlu ada persiapan kan?
Nak jaga anak orang tu.

Bila aku tengok junior-junior kahwin awal,
terfikir juga.. 
cepat seru mereka sampai. Macam mana ye?
Macam mana apa?
Entahlah.. tak susah ke? hurmmmm...

Mungkin sebab Allah tahu tahap kematangan mereka berdepan dengan isu rumahtangga ni, Allah percepatkan untuk mereka. Dan Allah tahu, tahap aku di mana, so, DIA reserve sikit tuk bagi masa kat aku.
Kita kan tak tahu apa rancanganNya tuk kita kan.

Dan aku terpanggil juga nak kongsi something dari sahabat aku ni..
Minta izin sahabat.

Waktu bersemangat nikah, hanya fikir nak selesaikan masalah rindu sayang. Masalah tidak mahu terlibat zina besar dan zina kecil. Masalah kesepian dan kebosanan. Tak tahan pertanyaan dan sindiran orang sekeliling...tp hakikatnya mungkin diri masih: 

Tak bersedia untuk menghadapi siri-siri konflik dengan suami.

Tak bersedia menyesuaikan diri dengan kehidupan bersama mertua ipar duai.
Tidak belajar proaktif membangun ekonomi rumahtangga.



Tidak belajar mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Tak belajar betapa besarnya hak-hak pasangan.

Tak belajar habit-habit yang sihat dan penting dalam sebuah perkahwinan.

Tak sangka hubungan intim akan bermasalah.

Tak belajar psikologi dan perbezaan cara hidup dan cara fikir pasangan.

Tak menyiapkan bekal taqwa yang menjadi asas kebahagian hakiki hidup berpasangan.

Lalu... apakah kesannya pada cinta dan harapan yang ada tika 'aku terima nikahnya'?

pesanan buat *********



Soal kahwin bukan boleh dibuat main.
Aku tak kisah rupa paras, kedudukan bakal suami aku nanti,
aku pentingkan agamanya dan tanggungjawabnya terlebih dahulu.
Hurmm..

So, buat masa sekarang, benda ni aku tolak jauh dahulu.
Belum sampai masanya lagi.

Hurm...
Banyaknya hurm aku kan..
Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza.
Aku dan kawan-kawan begini pendapatnya.
Mungkin ada orang yang pendapat lebih menarik boleh kongsikan.
Sharing is caring.
Nak share pengalaman pun boleh ape.

Alhamdulillah, aku terasa beban aku fikir ni dah ilang separuh.
Separuh kot!!! hehehehe..
Dan mikirkan benda ni even berat lagi best daripada mikirkan FYP aku.
Disebabkan frust tak sudah dengan FYP, aku fikirkan terus masa depan aku..
cewaaaahhhhhh!!

Dan aku gembira pada kawan2 yang sudah selamat mendirikan rumahtangga.
InshaAllah, andai ada rezeki, adalah tu untuk aku.

Ke nak join BaitulMuslim?
hehe...
Apa tu BaitulMuslim?
haaaa..
tu kita cerita lain waktu :P

p/s : kahwin..kahwin... :) semoga Allah permudahkan segala urusan.

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design