Thursday, September 13, 2012

FYP Phase 1 aku

Bismillah.

Alhamdulillah.

:).

I've done my FYP Phase 1 presentation.
Alhamdulillah.

Syukur,Allah mudahkannya untuk aku.
Syukur, Allah berikan kekuatan untuk aku melaluinya.

Cakap sal projek ni, jujurnya, 
aku suka dengan projek yang aku buat.
Memang aku dah target nak buat something related to biometrics, cumanya aku tak tahu apa tajuk yang betul-betul menarik jiwa aku ni. So, aku just grab any biometrics tajuk yang ada.
Alhamdulillah.

Apa sebenarnya kaitannya tajuk aku tu?
Entahlah.
Mula aku dapat tajuk tu, aku memang blur tahap gaban laaa. Aku memang tak faham satu apa pun dia cakap. Nak-nak dia sentuh sal Nueral Network (NN), lagi lah aku blur.
Maklumlah, aku ni Bio tak lah bagus mana, so bila term Bio disebut-sebut, aku ligat fikir, apalah yang dia nak sampaikan ni.

Ada yang cakap, SV aku tu lembut hati.
Memang, tapi yang ada di bawah dia je tahu macam mana rasanya berurusan dengan SV aku tu.
hahaha..
Dia lagi bersikap scary nak last-last tu. hurmm..

Izinkan aku kongsi pengalaman aku.

Disebabkan hingga tarikh nak submit Prototype, aku masih tak faham apa yang aku nak kena buat, aku tangguhkan semua kerja aku. Aku alihkan perhatian aku ke arah yang lain.

Bukan tak faham mana.. Yelah, asal tajuk aku, disuruh tuk guna distance base dan tak ada kaitan langsung dengan NN, just libatkan Evolutionary Algorithm.
Pastu, aku di-update katanya aku tak guna ECJ, aku guna GEATbx dan MRAN.
Lagi kepala aku pening. Sebab dulunya, kitaorang semua di-intro tentang ECJ.
ECJ tu ada kaitan dengan Evo. Algo.
So, kepala aku pusing-pusing nak faham.
Then bila kata aku kena guna MRAN, lagi tertonggeng!
MRAN tu ada kaitan dengan NN.
Aku pelik, tu bukan bidang aku, kenapa aku perlu buat juga?
Aku memang tak sentuh langsung coding MRAN tu.

Sampailah hari nak hantar prototype, aku terang kat SV yang aku punya macam ni, macam ni.
Dia just cakap, depan panel nanti bagitahu clear-clear.
Aku ok je la.

Dua hari before presentation, aku dah cuak giler.
Aku prepare slides dan nota kecil.
Aku cuak juga dengan member aku sorang ni.
Sebab prototype aku sama dengan dia.
Kitaorang pun tak faham apa yang kitaorang kena buat, padahal dia fokus pada NN.
hahaha..

**************************************

Sehari sebelum presentation tu, maksudnya semalamlah,

Disebabkan aku dihantui ketakutan yang agak melampau, sebab tension tau! Member2 terdekat aku semua dah lepas, aku je belum. Aku sangat takut hinggakan aku menangis kot.
Aku siap telefon ibu abah, minta mereka doakan untuk aku. 
Suara serak-serak basah dengar suara mereka :').
Thanks ibu abah!
Abah mesej aku dan aku rasa sangat tenang dengan baca mesej dia yang panjang berjela-jela tu :')

Malamnya...
aku tengok balik slides dan cuba berlatih sorang-sorang.
Ni style aku.
Aku akan berlatih cakap sorang2. Mujur jugalah rumet aku tak ada kat rumah, so senang aku nak berlatih. Aku tengok balik prototype aku, dan aku cuba faham sikit-sikit apa sebenarnya yang aku perlu buat.
Alhamdulillah, Allah beri aku kefahaman.

Akhirnya aku dapat tahu juga.
Aku tahu kenapa SV aku cakap, kalau aku perlukan Gabor filter tuk enhancement, bagitahu dia.
Aku tahu juga apa yang .mat file tu tunjuk..kenapa semua kosong dan kenapa ada yang ada nombor.

Prototype aku tu guna adaptive thresholding, one of the way to make a image looks better in enhancement stage. So, kalau nak tukar, boleh guna filter yang lain seperti Median Filtering, tak pun Gabor Filtering.
Fuuhhh.Settle yang tu. Ada jawapan kalau panel shoot nanti.

Second, .mat file tu tunjuk result pixel of the crop save image.
Ni aku teringat sebabnya pernah belajar DIGITAL WATERMARKING.
Setiap pixel dalam gambar ada value sendiri.
Syukur jugalah sebab aku memang kena shoot kat situ.
So ada jawapan. Alhamdulillah. :)



The day of presentation.

Aku orang yang kelima kot present.
Scary!
Dr Kalai, aku punya panel memang seorang yang EXPERT dalam RESEARCH BASED dan NEURAL NETWORK. Seriously, dia memang EXPERT.
Kawan-kawan aku semuanya kena SHOOT kot.
Dia tanya se-detail yang boleh.

Aku 'zikir' takut banyak kali kat Hock.
Sian dia, kena dengar bebel aku ni.
Yelah, Edzen Ooi yang pro tu pun kena shoot banyak.
Selawat dan tawakal dalam hati je.
Semoga Allah permudahkan.

Sampai je turn aku,
Aku present sama seperti apa yang aku berlatih.
Selalunya time presentation assignment, aku akan cakap laju gila, tapi kali ni aku slowkan cara aku cakap dan aku cakap dengan lantang sikit. Batuk dua tiga kali kat depan sampai aku kena minta maaf sebab terasa kurang sopan plak.

Aku terang prototype aku, steps aku dan semua bagailah.
Syukur gila sebab sampai time nak present ni, aku mula faham apa yang aku nak buat.
Dia shoot aku beberapa soalan.

1) Verification. Apa aku nak guna nanti?
Syukur, jawapan tu aku ingat sebab SV aku pernah terangkan dulu plus waktu aku berlatih semalam, aku tengok balik report aku. So, alhamdulillah.

2) Problem statement aku salah.
hahahahahahaha.. yang ni aku memang gelak je depan dia. Aku dengan selamba letak problem yang aku hadapi, bukannya problem statement projek. hahahahaha.. dia suruh aku ubah.

3) Apa bezanya kerja aku dengan member aku sorang lagi tu?
Kan aku cakap, kitaorang nye hampir sama. Tapi dia just fokus on Verification. Aku mana2 stage boleh. Ni pun aku dah terangkan kat dia time aku present, mungkin dia tak dengar kot.  :)

4) .mat file
Panel tanya .mat file tu apa? hahaha.. jujur, aku memang tak tahu. tapi aku keluarkan fakta DIGITAL WATERMARKING aku. Keluarlah ayat-ayat pixel aku. Syukur juga aku test dua database dalam FVC tu. Padahal, jawapan simple nya.. 0 indicate black region and if got value is the white region. hahaha... =.='

Tu je lah.
Alhamdulillah, komen dia sangat positif. Buatkan aku sangat lega. Dan buatkan aku rasa aku perlu tunjukkan sesuatu yang tak mengecewakan dia untuk phase 2 nanti!

Itulah kali pertama aku confident present.
Terima kasih ya Allah.

Bila SV bacakan evaluation form tu, alhamdulillah, komen tuk aku memang tak ada. 
Dan kami pun duduk-duduk sembang dengan SV. 
Dia terangkan dengan detail lagi projek kami.
Barulah kami ni angguk2 faham.
Barulah aku betul2 faham.

Kenapa aku juga kena guna MRAN padahal tu bukan fokus aku.
Kenapa ECJ kitaorang kena tengok juga walaupun kitaorang tak guna langsung.
Semuanya tu makin buat aku lebih clear.
Syukur!

Tu dia...
Aku harap untuk phase 2 aku, akan lebih baik dari phase 1 ni.
Dr. Kalai bukan calang-calang orang tau! :)

"I really happy that Dr. Kalai shoot all of you"
~ ni komen SV aku..~

Aku akan ingat komen ni sampai bila-bila. Inilah pembakar semangat aku. Terima kasih ya Allah.

Ni tak ada kaitan tau~~~~

:)

Setiap orang ada kisah mereka masing-masing.
Ada sesuatu yang Allah nak berikan pada kita.
Cara pemberianNya berbeza pada setiap hambaNya.
Tapi satu je, DIA memang tak pernah lupa akan kita, dan janganlah kita lupakanNya.
Yakin denganNya. InshaAllah, DIA memang Maha Mendengar.

Ya Allah...
tanpaMu, aku memang NOTHING!

p/s : fokus exam plak!!! tetiba aku rasa nak sambung Master plak :P

1 comment:

Anonymous said...

Salam.... nak tnya leh x, bt pasal ape eh untuk fyp ni.. tngh cari tajuk untuk fyp, bru nak ambik sem nie. :)
mintak tolong leh x? ayu_901121@yahoo.com

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law