Wednesday, September 19, 2012

Cemas 19 september 2012

Bismillah.

19 SEPTEMBER 2012.

sumber - pak cik Google
Apa perasaan korang, kalau korang tengah drive tetiba kereta korang terberhenti di tengah jalan?
Apa yang korang rasa ek?
hohoho..

Hari ni, merupakan hari mencabar dan tercabar sebenarnya.
Hurm...

Dengan kegigihan yang ada, aku dan Mek Nadiah sewa kereta pak cik yang biasa kitaorang sewa ni. Minyak kereta tu memang cukup-cukup. Bagi aku memang dah cukup, mungkin sebab pasang aircond..
sooooooo.. tetiba jadi tak cukup plak =.='

Dekat traffic light Bunga Raya tu, kereta aku depan sekali, dah ke depan sikit, tetiba mati enjin.
Dahhhhh.. aku cuak dahhhhh..
Rasanya tekan clash bagai.. pastu start balik enjin...
tak mahu jugakk..
Kereta belakang dah start HON-HON. 
Apa yang boleh aku buat??

"Nadiah, minyak habis!"
Itu je yang boleh aku cakap.

Dengan pantas, aku tekan lampu lip-lap lip-lap tu..
Pastu aku dan Mek Nadiah keluar kereta.
Apa aku nak buat? Kereta dah berada di tengah jalan ni.
Malu tu jangan cakap ar!

Ada mamat Cina naik moto ni pandang aku.

"Boleh minta tolong tak?Tolong saya tolak kereta ke belakang sikit?"
Spontan tuuuuu aku minta dia tolong akuu...
Aku fikir gak.. camna nak tolak ke belakang, bukit ni.
Kudrat aku tak cukup..Aiseeehhh..

ALHAMDULILLAH!
Allah hadirkan PERTOLONGAN-NYA untuk kami.
Tetiba ada kereta POLIS kat belakang kitaorang. hoho..

"Kenapa?"
 ~sambil nyalakan lampu polis tuuuu.. cam kitaorang wat salah je~

"Tolong! Kereta ni saya sewa, MINYAK HABIS!"

"HAAAAA?! Minyak habis?!"
~Polis A muka dia terkejut dan nak gelak!~

"Ah'ah. Saya tak sempat nak isi minyak. Saya nak pergi la ni. Tapi TAK SEMPAT,"

Polis A dan Mamat Cina tu tolong tolak ke belakang dan ke tepi.
Polis A tu masuk kereta, tolong start-kan kereta.
Memang betul dah habis minyak!

"Ada bekas tak?"
~Polis A tanya~

"Mana ada..."

"Telefon kawan, kami tak dapat nak tolong dah. Jadikan ini PENGAJARAN,"

"Yeeee... saya jadikan ni PENGAJARAN!"
~Nak nasihat plak =.='~

Pastu aku pun suruh Nadiah telefon Kak Aini..
Cerita macam2 kat Kak Aini.
=.='

Alhamdulillah, Kak Aini dan Kak Atin yang tolong.
Yang tak boleh blah..
ada sorang budak tu lalu...

"Kenapa kak? Kereta rosak?"
Kami angguk, "Ah'ah, rosak,"
Budak tu dengan selambanya geleng kepala. =.='
Tak boleh blah adik tu!!!!

Dan nak dijadikan cerpen terus..
Allah bagi PAK CIK KERETA tu lalu situ..

"Ni kenapa ni?"

"Minyak habis lah"

"Kenapa tak isi tadi?"

"Tak sempat nak isi lah pak cik. On da way dah mati terus,"
=.='

Aiggoooo..
Kenapa pak cik tu lalu?

Itulah dia..kisah MALU aku hari ni.
Malu wei!
Aku ingat lagi muka POLIS tu.
Dialog aku dengan dia.
Memang tahap selamba dah aku jujur.

Dan..alhamdulillah.....
Allah betul2 hadirkan pertolongan.
Alhamdulillah.
PENGAJARAN TAU! PENGAJARAN TAU!

p/s : hantar kereta balik..pak cik tu gelak dengan suka hatinya... amboiii pak cik.. happy nampak dengan kes kami? =.='

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law