Followers

My Wattpad

30 Sep 2012

Cuti beb~~

Bismillah.

Alhamdulillah.

I dah ada kat Ipoh youuuuuu..
huhuhu..

Tak sangka bila bas ekspres melepasi Tol Simpang Pulai semalam.
Rasa cam...
Ipohhh, aku dah balik!!!!
hahaha..

Gonna plan for the best for my holiday this time.
Holiday and my FYP
:D
Awesome kan? :).


Alhamdulillah.
Satu perkara sudah settle.
Lepas ni, tak perlu risau nak fikir sal pinggan mangkuk ni.
Risau fikir sal rumah je.haha.

***********************************************************

Next week, kalau lah aku ada bersama mereka, 
boleh aku jadikan hadiah birthday untuk aku sekali.

Setiap kali aku fikir, aku cuba alihkan rasa hati aku ni ke arah lain.
Sepatutnya, sekarang adalah masa untuk aku bantu mereka pula,
tapi mereka masih memikirkan diri aku lagi.
Aku dah terlalu banyak menyusahkan mereka.

Bersyukurlah Mira.
Allah rancang yang terbaik untuk kamu.
Yakin yang itu.
Lain orang lain kisah hidup mereka.
Lagipun, kamu dah ada plan kamu sendiri.
Patut bersyukur kan untuk plan itu? :)
Bersyukurlah, dan laksanakan plan itu dengan baiknya.
Masanya telah tiba Mira.

All out for your FYP!!
Itu tanggungjawab utama kamu :)
InshaAllah, 
bak kata Wan Apih..
"InshaAllah dipermudahkan"

Well..
cereka kita semua berbeza, 
tapi DIA sentiasa janjikan yang terbaik beb!
>.<

p/s : yakin pada DIA, seperti yang kamu selalu buat.

28 Sep 2012

Segmen : Saya Nak Ramai Kawans Blog

Bismillah


Sesaja nak mengisi mood yang tak berapa nak baik hari ni :'(.
Dan juga, dah lama tak join benda-benda camni.. :').

Jumplah followers sekarang adalah 29 orang. 

p/s : simple je syarat-syarat dia~~ :)

27 Sep 2012

nurish0310

Bismillah.

Okayyyyyy..

Comel tak?
Lepas ni cari perempuan muslimah plak :).

Malam ni nak menaip tentang cerpen-cerpen milik-ku. 
Keyi ma? :)

Start menulis sewaktu sekolah menengah.
Cerita pertama yang dikarang adalah ZIRA.
Kalau sesiapa baca, memang akan nampak kebudak-budakkan di situ.
Lepas dari ZIRA lah baru mula nak jinak-jinak hasilkan yang lain.

Genre?

Masih belum dikenal pasti. Setakat ni, apa yang ditulis adalah berdasarkan apa yang dilihat, dilalui, dan bakal dilalui. hurm? Macam mana tu? Entahlah, sebab tu susah sangat nak dapat idea menulis. Nak penuhi taste pembaca pun bukan mudah, lebih-lebih lagi penulisan ku masih sangat newbie.

So, in this entry, I just want to highlight some of the stories I created.
Hurm..
Yang saya highlight kan ni sebenarnya merupakan cerita-cerita potensi saya, yang mana, membolehkan saya untuk lakukan perubahan demi perubahan. Which mean, from ok to better, from better to GREAT!

Shall I proceed?
*****************************************************************
*untuk entry penuh, boleh klik cover cerpen yang ada*


Tajuk asal cerita ni adalah RUHIS.
Diubah kepada MR.GUARD sebabnya...nak masuk bertanding, so nama dan jalan cerita diubah sikit je.
Sikit je ubah.


SOON.
Bukan SOON yang omputih tu, apa tu.. AKAN DATANG.
Bukan..bukan..
SOON ni nama orang.
Nak buat kelainan, tapi rasa cam tak berapa pun ada. hurm.. 

Next....


Cerita ni agak panjang.
Terdetik, mereka juga punyai hati dan perasaan kan?
hurmmm.....
:)


BUKAN UNTUKKU ni dicerekakan disebabkan terlintas di fikiran,
kalaulah diberi pilihan antara jawatan dan juga kasih sayang, mana yang dipilih?
Ada plot dalam cerita ni merupakan kisah benar.
hurm...


DETIK ITU.
Isi dalam cerita ni adalah kisah benar.
Jujur.
Ia kisah benar. Kisah siapa, itu merupakan rahsia.
Dari kisah merekalah, saya olah jadikan cerita saya.
Watak dan plot adalah sama.
Terima kasih pada yang menyumbang idea.
Tanpa kalian, cerita ini tidak terhasil.


MAI BO!
Cerpen MAI BO ni adalah salah satu kelainan yang cuba saya hasilkan sebenarnya.
Tak tahulah menjadi ke tak kelainan ni.
Inilah cerpen kedua yang paling panjang selepas MR.SOPAN.
Mungkin cerita ni ada yang mengalaminya, kita yang tidak tahu.
Cuma rasanya, dari segi penceritaan kat akhir tu, saya patut panjangkan lagi.
Haiihhh..
=.='
*****************************************************************

Sebenarnya ada banyak lagi.
Yang atas tu antara yang saya mahu highlight-kan.
Pada yang rasa bila dah baca satu tu bosan, bacalah yang lain.
Berikan komen anda.

Komen anda sangat membantu saya sebenarnya.
Sebab dari situ, saya dapat tahu kelemahan yang saya miliki.

Cerpen ke arah Islamik, masih belum dapat dihasilkan.
Dan itu merupakan azam saya.
InshaAllah.

Maaf juga andai cerita yang dihasilkan membosankan pembaca.
Dannnn.........
Abaikan spelling errors yang kerap saya buat..hahahh

Alhamdulillah!
Akhirnya berjaya siapkan entry ni!
Boleh tidur dah!!!~~~

p/s : terima kasih daun keladi~~~ :) semoga penulisan ini sedikit sebanyak menjadi saham di sana nanti.

24 Sep 2012

Aiman

Bismillah.

Dua lagu Aiman yang sempat di-Google. heh~~
slow-slow dulu.. hoho...
Ni semuanya adik lah ni =.=
'

Adik cakap...
"Aku juga menanti yang soleh"

Tapi diri ni masih cuba untuk memahami makna lirik lagu ni.
Review cakap meaningful lyric,
tapi tu la, masih nak cuba memahami dengan mendalam lagi..eewaaahhh.

Ni satu lagi... :)



Sedap!
Comel!

p/s : ok...

Review : Ketemu CintaNya

Bismillah.


Siapa yang tak kenal dengan Dr. Farhan Hadi ni kan?
Suami kepada Ustazah Fatimah Syarha 
dan penulis novel DENYUT KASIH MEDIK

Novel Dr Farhan kali ni memang menarik dan relevan pada masa kini.
Wah? Apa ni cik Mira?

Ok la..

Novel ni actually kisahnya sal sorang lelaki namanya Farid.
Dia ni, mempunyai penyakit misteri la gitu, sebab nya bila jumpa doktor, tak dapat nak kesan apa penyakit yang dia hadapi. Selalu sakit belakang, sengal-sengal gitu.
Hinggakan ada di antara kenalannya bagitahu dia terkena sihir.

So, bermulalah proses menyembuhkan diri sendiri dengan bantuan pelbagai jenis bomoh.
Last bomoh yang dia jumpa tak silap saya, suruh cari air kolah dari beberapa buah masjid, lepas tu air basuhan jenazah, dan bermacam lagi.
=.='

Pelik, pelik kan?
Dah terpesong ni!

Farid mulai sedar selepas kes dengn bomoh akhir tu.
Bomoh tu hampir-hampir nak rogol seorang pesakit nya.
Nak-nak waktu tu Farid datang untuk berubat, dan tak silap,
bomoh tu hampir-hampir nak mati dikerjakan oleh Farid.

Mulai saat itulah dia kembali pada Allah.
Lepas tu...
hahahhaa..
tak ingatlah, sebab dah lama dah baca buku ni.
Dia sembuh akhirnya.
Dan berkahwin dengan pilihan mak dia.

Overall cerita ni boleh diterima dan memang relevan sebabnya antara kita pun masih mempercayai bomoh-bomoh  ni. Even ada yang guna AYAT AL-QURAN pun tapi masih pelik-pelik yang dia buat.

Ingatlah,
Allah itu Maha Penyembuh.

Kita memang kena berusaha tapi biarlah usaha kita tu tak terpesong daripada syariatNya.
Novel ni memang awesome!

p/s : aisehh.. camna leh lupa ni? o.O

Quotes from S.A.M

Bismillah.

S.A.M
(Saya Amat Mencintaimu)

Ada certain kata-kata dalam filem ni saya suka :)

*disebabkan admin minat Sailormoon, so..hehe*

Any spelling errors abaikan.. |-.-'|

Kahwin kat sini adalah AKAD NIKAH yeeee...


Suweeet kan MOMORU & USAGI-CHAN? >.<
Yang sebelah tu ibarat HAIQAL.. 

Part Sam cakap benda ni, nampak ke-cuak-kan di situ

p/s : done!

Movie : S.A.M & 8 JAM

Bismillah.

Rasanya dah lama tak buat review-review ni.
Kali  ni kita buat review tentang MOVIE MELAYU boleh?
Admin blog ni amat suka tengok cerita-cerita Melayu, tapi tak semuanya, yang selected BEST ja.

Ok, kita start dengan cerita 

S.A.M (Saya Amat Mencintaimu)

SUMBER : PAK CIK GOOGLE

Cerita ni BEST!
Ibarat baca novel En RAMLEE 'FIKSYEN 302'

Siapalah yang tak suka lelaki cam SAM ni, sangat sayangkan girlfriend dia,
#eh silap! Bakal isteri. ;P

Suweeettt gitu tengok cerita ni, at the beginning je la.
Dah masuk tengah nak akhir tu, scary cuak-cuak cemas dirasakan.
Banyak kali jerit sambil tutup mata, padahal bukan tengok cerita hantu pun!

Ada dua personaliti la gitu.
Kasihan tengok.
Dalam berjuta yang ada, pasti ada yang dikategorikan dalam kes begini. Hurm,
Pepun, cerita ni menarik bagi aku.

Konflik dan watak Haiqal yang bantu untuk kelirukan sama ada itu Haiqal atau Sam, sangat menjadi. At least pengarah berjaya tipukan diri ni hah yang percaya semuanya punca Haiqal!
hahahaha..

Dan jujur, kesian kat Sam, dia terlalu dan sangat sayangkan Lisa.
Tapi yalah, sayang tak bermakna akan bersama hingga ke akhirnya.
hurm..

Tahniah Syafiq Yusof!
Anda masih MUDA kot!!
Hopefully masa-masa akan datang boleh hasilkan filem yang lebih berkualiti yep!
*thumbs up*

*******************************************************************

8 JAM

"KALAU AKU TAK LAYAK UNTUK KAU, TIADA SIAPA YANG LAYAK..."

SUMBER : PAK CIK GOOGLE

Lakonan Shahiezy Sam lagi =.='

Ok...
Ni tak bermakna memang minat dia ok...
My sista is a big fan of him. Even she married also, still a big fan of Sam.
As her sista ni, terasa responsible tolong downloadkan cerita-cerita lakonan Shahiezy Sam ni hah.
Bayangkanlah, asyik tanya, cerita ni ok? Ada tak?
Boleh pulak tu telefon tanya cerita Sam yang ***** best tak, sebab nak langgan kat Astro First.
Derrrr...... =.='

Dalam kebosanan, download lah cerita ni.
Overall, mula-mula tu mengantuk sikit,
tapi lama-lama terasa menarik benar cerita ni.

Kisah Sam yang sayangkan sangat Yana ni.
Dan sanggup buat apa saja untuk perempuan yang dia sayang.

Perkara yang aku belajar dari cerita 8 JAM ni,

hargai seseorang tu sebaiknya.
Seriously, bukan mudah nak dapat orang yang sayang kat kita.

Terima seseorang tu dengan seadanya.
Kedudukan dia, diri dia, terimalah seadanya!

Pegang pada janji.
Manusia dinilai dari janjinya.
Jangan kerna janji kita, kita dipandang hina.
Bagaimana Sam pagang janji Yana, begitulah sepatutnya Yana pegang pada janji juga,
ni tak.... :'(

Berubahlah kepada yang lebih baik.
Silap Sam kat sini, dia masih bergelumang dengan hidup lama dia.
Tak salah dengan pekerjaan dia, tapi penglibatan dia dengan dunia tu yang silapnya.
Macam Yana cakap, sampai bila nak jadi begini?
So, kita ni, kalau ada peluang untuk berubah, grab that chance and do it!
Peluang tak datang banyak kali!

Best jugak cerita ni!
~~ weeeeeee ~~

*******************************************************************

Shahiezy Sam ni seorang pelakon yang berbakat sebenarnya!
Dia sangat berbakat.
Bagi je la watak apa pun kat dia, boleh bawa dengan baik tau! :)
Watak gila-gila, watak serius, watak orang gila, dan bermacam lagilah!!!!

Tapi kat hati ni, still Muniff Isa!
hahahaha...

Ok lah..
Cukup sudah sesi review ni~~~

Layan ni sekali nak? :p

22 Sep 2012

no more "aku"?

Bismillah.

No more 'aku?'
heh~~~~

SUMBER PAK CIK GOOGLE

Terima kasih menegur.
Tapi salah ek?
o.O

Ada yang prihatin memberitahu it is better if I can use "saya" instead of "aku".
Well... dulu..dulu..
memang gune "saya" pun, tapi baru..baru...
terasa cam nak guna "aku" plak.

Ke ada yang boleh bagi cadangan, kot le nak suruh letak "CIK COMEL" ke,
"CIK PERASAN" ke.. etc..etc..etc..
hurm..

Baiklah, segala teguran diambil dan diproses dengan baik.
Walaupun nampak cam tak ada motif je karangan entry ni, jujur dari
hati ni memang berterima kasih atas keprihatinan tu.
Inilah yang dimahukan, andai ada yang kurang senang di mata orang,
jumpa face-to-face, kalau malu gituuuuuu..
email-kan atau FB je pun boleh. Tak de hal.
Lepas tu, kata putus nak terima teguran atau tak baru lah difikirkan, tak gitu?
o.O'

Siapa yang menegur, rahsia dipegang. 
Baiklah...

Kembalilah kita ke zaman ber"saya".
Mungkin nampak lagi sopan la kan.
Biarlah orang nak kata cam lalang je admin ni,
tapi teguran yang baik dirasakan, harus disebatikan dalam diri :).

Terima kasih daun keladi!

SUMBER PAK CIK GOOGLE

p/s : nama saya ..........

21 Sep 2012

Wish-list

Bismillah.

Ok.. malam ni saja nak hupdate benda-benda cenggini.
Rasanya tahun lepas pun dah buat dah..
hahahha..
Selagi aku rasa aku ni muda, selagi tu la aku nak buat..hehe..

BIRTHDAY WISH-LIST.

Tiap-tiap tahun buat mesti selalu tak dapat semua. hahaha..
Rezeki belum ada gituuu..
:D
**************************************************************************

PERTAMA.
KAKTUS.

SUMBER PAK CIK GOOGLE

Entah mengapa, aku baru sedar, minat aku pada bunga-bunga adalah lebih kepada KAKTUS.
Aku adalah seorang yang kurang suka pada bunga, tapi kalau KAKTUS, aku memang suka.
Kalau dapat KAKTUS yang cam dalam gambar kat atas tu... memang lagi aku suka!
Nak jadikan teman TARO la katakan :)
**************************************************************************

KEDUA.
HEADPHONE CUTE.

SUMBER PAK CIK GOOGLE
Yeee... aku tahu baby tu yang cute, bukan headphone. 
Double meaning kat sini, headphone cute bila aku pakai, aku akan nampak cute cam baby dalam gambar ni. Auuuuuwwww~~~~
Memang seriously nak headphone, tapi memang tak nak ada bajet untuk itu..hohoho
**************************************************************************

KETIGA.
TUDUNG.


SUMBER FB HIJABFORMUSLIMAH
Dah lama rasanya tak shopping tudung ni.
Nak juga merasa ada orang bagi..heheheh :)
**************************************************************************

Ye... tau, memang muka ni suka minta pelik-pelik.
Tapi apa salahnya..
Tu belum lagi nak senaraikan LIST tuk kawan2 bagi time kahwin nanti..
hohohohoh..

p/s : tak sangka dah makin dewasa aku nie..

19 Sep 2012

Cemas 19 september 2012

Bismillah.

19 SEPTEMBER 2012.

sumber - pak cik Google
Apa perasaan korang, kalau korang tengah drive tetiba kereta korang terberhenti di tengah jalan?
Apa yang korang rasa ek?
hohoho..

Hari ni, merupakan hari mencabar dan tercabar sebenarnya.
Hurm...

Dengan kegigihan yang ada, aku dan Mek Nadiah sewa kereta pak cik yang biasa kitaorang sewa ni. Minyak kereta tu memang cukup-cukup. Bagi aku memang dah cukup, mungkin sebab pasang aircond..
sooooooo.. tetiba jadi tak cukup plak =.='

Dekat traffic light Bunga Raya tu, kereta aku depan sekali, dah ke depan sikit, tetiba mati enjin.
Dahhhhh.. aku cuak dahhhhh..
Rasanya tekan clash bagai.. pastu start balik enjin...
tak mahu jugakk..
Kereta belakang dah start HON-HON. 
Apa yang boleh aku buat??

"Nadiah, minyak habis!"
Itu je yang boleh aku cakap.

Dengan pantas, aku tekan lampu lip-lap lip-lap tu..
Pastu aku dan Mek Nadiah keluar kereta.
Apa aku nak buat? Kereta dah berada di tengah jalan ni.
Malu tu jangan cakap ar!

Ada mamat Cina naik moto ni pandang aku.

"Boleh minta tolong tak?Tolong saya tolak kereta ke belakang sikit?"
Spontan tuuuuu aku minta dia tolong akuu...
Aku fikir gak.. camna nak tolak ke belakang, bukit ni.
Kudrat aku tak cukup..Aiseeehhh..

ALHAMDULILLAH!
Allah hadirkan PERTOLONGAN-NYA untuk kami.
Tetiba ada kereta POLIS kat belakang kitaorang. hoho..

"Kenapa?"
 ~sambil nyalakan lampu polis tuuuu.. cam kitaorang wat salah je~

"Tolong! Kereta ni saya sewa, MINYAK HABIS!"

"HAAAAA?! Minyak habis?!"
~Polis A muka dia terkejut dan nak gelak!~

"Ah'ah. Saya tak sempat nak isi minyak. Saya nak pergi la ni. Tapi TAK SEMPAT,"

Polis A dan Mamat Cina tu tolong tolak ke belakang dan ke tepi.
Polis A tu masuk kereta, tolong start-kan kereta.
Memang betul dah habis minyak!

"Ada bekas tak?"
~Polis A tanya~

"Mana ada..."

"Telefon kawan, kami tak dapat nak tolong dah. Jadikan ini PENGAJARAN,"

"Yeeee... saya jadikan ni PENGAJARAN!"
~Nak nasihat plak =.='~

Pastu aku pun suruh Nadiah telefon Kak Aini..
Cerita macam2 kat Kak Aini.
=.='

Alhamdulillah, Kak Aini dan Kak Atin yang tolong.
Yang tak boleh blah..
ada sorang budak tu lalu...

"Kenapa kak? Kereta rosak?"
Kami angguk, "Ah'ah, rosak,"
Budak tu dengan selambanya geleng kepala. =.='
Tak boleh blah adik tu!!!!

Dan nak dijadikan cerpen terus..
Allah bagi PAK CIK KERETA tu lalu situ..

"Ni kenapa ni?"

"Minyak habis lah"

"Kenapa tak isi tadi?"

"Tak sempat nak isi lah pak cik. On da way dah mati terus,"
=.='

Aiggoooo..
Kenapa pak cik tu lalu?

Itulah dia..kisah MALU aku hari ni.
Malu wei!
Aku ingat lagi muka POLIS tu.
Dialog aku dengan dia.
Memang tahap selamba dah aku jujur.

Dan..alhamdulillah.....
Allah betul2 hadirkan pertolongan.
Alhamdulillah.
PENGAJARAN TAU! PENGAJARAN TAU!

p/s : hantar kereta balik..pak cik tu gelak dengan suka hatinya... amboiii pak cik.. happy nampak dengan kes kami? =.='

13 Sep 2012

FYP Phase 1 aku

Bismillah.

Alhamdulillah.

:).

I've done my FYP Phase 1 presentation.
Alhamdulillah.

Syukur,Allah mudahkannya untuk aku.
Syukur, Allah berikan kekuatan untuk aku melaluinya.

Cakap sal projek ni, jujurnya, 
aku suka dengan projek yang aku buat.
Memang aku dah target nak buat something related to biometrics, cumanya aku tak tahu apa tajuk yang betul-betul menarik jiwa aku ni. So, aku just grab any biometrics tajuk yang ada.
Alhamdulillah.

Apa sebenarnya kaitannya tajuk aku tu?
Entahlah.
Mula aku dapat tajuk tu, aku memang blur tahap gaban laaa. Aku memang tak faham satu apa pun dia cakap. Nak-nak dia sentuh sal Nueral Network (NN), lagi lah aku blur.
Maklumlah, aku ni Bio tak lah bagus mana, so bila term Bio disebut-sebut, aku ligat fikir, apalah yang dia nak sampaikan ni.

Ada yang cakap, SV aku tu lembut hati.
Memang, tapi yang ada di bawah dia je tahu macam mana rasanya berurusan dengan SV aku tu.
hahaha..
Dia lagi bersikap scary nak last-last tu. hurmm..

Izinkan aku kongsi pengalaman aku.

Disebabkan hingga tarikh nak submit Prototype, aku masih tak faham apa yang aku nak kena buat, aku tangguhkan semua kerja aku. Aku alihkan perhatian aku ke arah yang lain.

Bukan tak faham mana.. Yelah, asal tajuk aku, disuruh tuk guna distance base dan tak ada kaitan langsung dengan NN, just libatkan Evolutionary Algorithm.
Pastu, aku di-update katanya aku tak guna ECJ, aku guna GEATbx dan MRAN.
Lagi kepala aku pening. Sebab dulunya, kitaorang semua di-intro tentang ECJ.
ECJ tu ada kaitan dengan Evo. Algo.
So, kepala aku pusing-pusing nak faham.
Then bila kata aku kena guna MRAN, lagi tertonggeng!
MRAN tu ada kaitan dengan NN.
Aku pelik, tu bukan bidang aku, kenapa aku perlu buat juga?
Aku memang tak sentuh langsung coding MRAN tu.

Sampailah hari nak hantar prototype, aku terang kat SV yang aku punya macam ni, macam ni.
Dia just cakap, depan panel nanti bagitahu clear-clear.
Aku ok je la.

Dua hari before presentation, aku dah cuak giler.
Aku prepare slides dan nota kecil.
Aku cuak juga dengan member aku sorang ni.
Sebab prototype aku sama dengan dia.
Kitaorang pun tak faham apa yang kitaorang kena buat, padahal dia fokus pada NN.
hahaha..

**************************************

Sehari sebelum presentation tu, maksudnya semalamlah,

Disebabkan aku dihantui ketakutan yang agak melampau, sebab tension tau! Member2 terdekat aku semua dah lepas, aku je belum. Aku sangat takut hinggakan aku menangis kot.
Aku siap telefon ibu abah, minta mereka doakan untuk aku. 
Suara serak-serak basah dengar suara mereka :').
Thanks ibu abah!
Abah mesej aku dan aku rasa sangat tenang dengan baca mesej dia yang panjang berjela-jela tu :')

Malamnya...
aku tengok balik slides dan cuba berlatih sorang-sorang.
Ni style aku.
Aku akan berlatih cakap sorang2. Mujur jugalah rumet aku tak ada kat rumah, so senang aku nak berlatih. Aku tengok balik prototype aku, dan aku cuba faham sikit-sikit apa sebenarnya yang aku perlu buat.
Alhamdulillah, Allah beri aku kefahaman.

Akhirnya aku dapat tahu juga.
Aku tahu kenapa SV aku cakap, kalau aku perlukan Gabor filter tuk enhancement, bagitahu dia.
Aku tahu juga apa yang .mat file tu tunjuk..kenapa semua kosong dan kenapa ada yang ada nombor.

Prototype aku tu guna adaptive thresholding, one of the way to make a image looks better in enhancement stage. So, kalau nak tukar, boleh guna filter yang lain seperti Median Filtering, tak pun Gabor Filtering.
Fuuhhh.Settle yang tu. Ada jawapan kalau panel shoot nanti.

Second, .mat file tu tunjuk result pixel of the crop save image.
Ni aku teringat sebabnya pernah belajar DIGITAL WATERMARKING.
Setiap pixel dalam gambar ada value sendiri.
Syukur jugalah sebab aku memang kena shoot kat situ.
So ada jawapan. Alhamdulillah. :)



The day of presentation.

Aku orang yang kelima kot present.
Scary!
Dr Kalai, aku punya panel memang seorang yang EXPERT dalam RESEARCH BASED dan NEURAL NETWORK. Seriously, dia memang EXPERT.
Kawan-kawan aku semuanya kena SHOOT kot.
Dia tanya se-detail yang boleh.

Aku 'zikir' takut banyak kali kat Hock.
Sian dia, kena dengar bebel aku ni.
Yelah, Edzen Ooi yang pro tu pun kena shoot banyak.
Selawat dan tawakal dalam hati je.
Semoga Allah permudahkan.

Sampai je turn aku,
Aku present sama seperti apa yang aku berlatih.
Selalunya time presentation assignment, aku akan cakap laju gila, tapi kali ni aku slowkan cara aku cakap dan aku cakap dengan lantang sikit. Batuk dua tiga kali kat depan sampai aku kena minta maaf sebab terasa kurang sopan plak.

Aku terang prototype aku, steps aku dan semua bagailah.
Syukur gila sebab sampai time nak present ni, aku mula faham apa yang aku nak buat.
Dia shoot aku beberapa soalan.

1) Verification. Apa aku nak guna nanti?
Syukur, jawapan tu aku ingat sebab SV aku pernah terangkan dulu plus waktu aku berlatih semalam, aku tengok balik report aku. So, alhamdulillah.

2) Problem statement aku salah.
hahahahahahaha.. yang ni aku memang gelak je depan dia. Aku dengan selamba letak problem yang aku hadapi, bukannya problem statement projek. hahahahaha.. dia suruh aku ubah.

3) Apa bezanya kerja aku dengan member aku sorang lagi tu?
Kan aku cakap, kitaorang nye hampir sama. Tapi dia just fokus on Verification. Aku mana2 stage boleh. Ni pun aku dah terangkan kat dia time aku present, mungkin dia tak dengar kot.  :)

4) .mat file
Panel tanya .mat file tu apa? hahaha.. jujur, aku memang tak tahu. tapi aku keluarkan fakta DIGITAL WATERMARKING aku. Keluarlah ayat-ayat pixel aku. Syukur juga aku test dua database dalam FVC tu. Padahal, jawapan simple nya.. 0 indicate black region and if got value is the white region. hahaha... =.='

Tu je lah.
Alhamdulillah, komen dia sangat positif. Buatkan aku sangat lega. Dan buatkan aku rasa aku perlu tunjukkan sesuatu yang tak mengecewakan dia untuk phase 2 nanti!

Itulah kali pertama aku confident present.
Terima kasih ya Allah.

Bila SV bacakan evaluation form tu, alhamdulillah, komen tuk aku memang tak ada. 
Dan kami pun duduk-duduk sembang dengan SV. 
Dia terangkan dengan detail lagi projek kami.
Barulah kami ni angguk2 faham.
Barulah aku betul2 faham.

Kenapa aku juga kena guna MRAN padahal tu bukan fokus aku.
Kenapa ECJ kitaorang kena tengok juga walaupun kitaorang tak guna langsung.
Semuanya tu makin buat aku lebih clear.
Syukur!

Tu dia...
Aku harap untuk phase 2 aku, akan lebih baik dari phase 1 ni.
Dr. Kalai bukan calang-calang orang tau! :)

"I really happy that Dr. Kalai shoot all of you"
~ ni komen SV aku..~

Aku akan ingat komen ni sampai bila-bila. Inilah pembakar semangat aku. Terima kasih ya Allah.

Ni tak ada kaitan tau~~~~

:)

Setiap orang ada kisah mereka masing-masing.
Ada sesuatu yang Allah nak berikan pada kita.
Cara pemberianNya berbeza pada setiap hambaNya.
Tapi satu je, DIA memang tak pernah lupa akan kita, dan janganlah kita lupakanNya.
Yakin denganNya. InshaAllah, DIA memang Maha Mendengar.

Ya Allah...
tanpaMu, aku memang NOTHING!

p/s : fokus exam plak!!! tetiba aku rasa nak sambung Master plak :P

11 Sep 2012

Ya Sudahlah!

Bismillah.

Aku ni memang jenis yang tak suka lagu-lagu dan cerita-cerita Endon.
Tapi ada satu lagu ni yang aku suka.



Lagu ni cukup menggambarkan keadaan aku kini.
Ya Allah...
KAU selalu ada untukku
:')

p/s : aku serba salah pada kamu.

8 Sep 2012

Yiruma & Kiss the rain

Bismillah.

Haaaaa....
Saja nak post :).

Dulunya aku suka benar dengan piano yang dimainkan oleh Pianist Korea ni, lagu dia YIRUMA.



Tapi tak sangka, Heo Yeong Saeng main lagu KISS THE RAIN, originally by the same pianist.



:).

p/s : aku juga nak main piano

MCM

Bismillah.

Hari ni dah 8 aribulan dah cik Mira oi!
"Ya! Saya tahu!"

Tiap saat ada reminder untuk diri ni hah, esok dah kena submit prototype FYP aku.
Hurm, aku masih dalam progress. Adoii..
Jujur aku cakap, dalam banyak-banyak part yang diberi pada aku,
aku boleh siapkan satu part je, tu pun result dia bolehlah..
part yang lain aku masih terkial-kial. jujur!

Oleh itu, aku ambil kesempatan dalam kesempitan menyiapkan algorithm dengan menghadiri rumah terbuka Mak Cik Minah (MCM) semalam.hohohoo..

Lepas Maghrib tu, kami (aku,Ecah,Wani) dah serbu rumah MCM.
Kami tolonglah apa yang patut.

Sampailah Mak Cik Misah sekeluarga datang, kami pun lepak makan sama dengan mereka.
Memang kalau makan kat rumah MCM, kami akan makan dengan banyak.
Actually kena paksa gitu. Tak kisahlah,rezeki kan ;)
Alhamdulillah.

Dalam duk sembang, jiran-jiran rapat dengan MCM datang, kawan rapat pun datang sekali.
Kami ni kekadang ke dapur, dalam rumah. Memang macam rumah sendirilah kami buat rumah MCM semalam. Even, tetamu nak balik pun, kami hantar sampai ke pintu, ibarat tuan rumah la gitu. hohoh

Dah dekat pukul 12 tengah malam, kami ditahan lagi.
Sembang-sembang dengan MCM.
Macam-macam amanat yang dia turunkan.

Tak semua orang memandang kita dengan pandangan yang sama.
Sebagai contoh, pada orang Lee Jun Ki tu biasa je. Tapi pada mata aku, Lee Jun Ki tu ibarat putera raja yang bakal bertakhta di hati aku.
Haaaa...gitu. Ni contoh je tau.

MCM kata lagi.
Kita miliki kecantikan yang orang lain tidak miliki.
Contohnya, Tae Yeon tu cantik rupa paras, ramai orang gilakannya.
Aku ni apalah yang ada. Tapi, Tae Yeon tu mungkin tak reti masak cucur sosej sesedap aku masak. Haaa... itulah bezanya.
Jangan sekali kita rendahkan diri kita. Jangan sekali! Kita tak sama dengan orang lain!
Bersyukurlah!

MCM teruskan lagi..
Yakin dan bersangka baik dengan Allah.
Positifkan diri dalam apa jua yang kita lakukan.
InshaAllah semuanya akan baik.
InshaAllah.

Kami yang dengar ni terasa semangat.
Aku yang touching lebih ni hampir nak menangis.
Aku rasa macam nak lepaskan beban yang aku fikir seminggu ni.
Beban yang aku simpan sampai sekarang.
Tapi aku tahan dulu.
Allah lah sebaik-baik tempat mengadu!

:).
Allah mahu sampaikan kepadaku melalui perantaraan hamba-hambaNya.

*****************************************************



Macam biasalah.. kami kan!

Adik-adik yang comel!
Tapi gambar yang aku rasa BEST PICTURE OF THE DAY....



Hahahahaa!

CREDIT TO AISHAH a.k.a MEK ECOH

p/s : terima kasih.
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design