Sunday, August 26, 2012

Kisah Syawal aku

Bismillah.


Salam E'idulfitri.

Mahu tak mahu kena update juga blog ni, nampak molek sikit, ye dak?
heh~~~
Maaf, memang dah makin malas tak tahu nak cakap camna tiap kali
nak update blog ni. 
hahaha...

Lagipun sekarang dah tak main focus kat sini dah sebenarnya, 
dah malas nak taip kat sini, 
tapi cuba sebaiknya untuk update juga sikit,
inshaAllah, akan cuba.

Macam mana Syawal kita?
Cuti best?
Alhamdulillah, hingga kini, aku masih cuti.
hahahaha.
Kawan-kawan yang lain sudah pun balik ke Melaka.

Syawal aku kali ni, alhamdulillah terbaik.
Lagi lengkap kalau ateh ada sekali.
Surprise kami menjadi tuk birthday ibu dan abah.
Alhamdulillah.

Tapi yang tak boleh blah nye.. si Pia....
Aku, Ilah, ibu dan abah balik je dari solat raya, 
Pia menerpa ke pintu...

"Nani, Tok Wan! betul ke hari ni hari raya dengan hari jadi?"

Aku yang duk buka pintu tengok je Pia.... alahai anak saudaraku, jujurnye kamu..
Dua kali plak tu dia tanya benda yang sama.
So, aku pun ambil alih tugas aku.
Disebabkan aku terkenal dengan penyakit BLUR aku,
aku berjaya tukar topik dengan saja-saja buat aku ni sangat BLUR,
sampaikan ibu abah fokus kat aku,
at least, dapat bawa Pia lari ke dapur dan tutup mulut dia.. hehehehe

Hadiah yang kak lang & abang lang carikan memang marbelus aku cakap.
Ibu terharu sampaikan dia menangis.
Aku yang duk tangkap gambar pun menangis.
Sorry ar.. 
aku tak boleh tengok orang menangis, nanti aku menangis sama,
even kalau aku tengok TV cite sedih-sedih,
air mata aku mudah mengalir =.='

Malu.. tapi nak buat camna.. dah naluri aku gitu.
adik-beradik aku dah faham aku camna, 
cuma abang-abang ipar aku je pelik tengok tetibe nangis.
Hailllaaaa.... :)

Alhamdulillah untuk surprise tu.
First time ever kitaorang wat tuk ibu dan abah.
Kad birthday pun aku dan adik sempat siapkan.
Abah laminate kot, siap belek sampai raya ketiga depan kitaorang,
terharu kejap :').
Yang Pia plak...

"Kad tu, bapak Pia yang buatkan..."

Bila masa Pia? Bila masa?? =.='
Anak saudara punya pasal, kitaorang iya kan je.
Nanti lagi meleret plak bebel die. hahahaha.

Itu Syawal aku dan keluarga.
Hari first dah berikan satu kelainan pada kami.
Tahun depan ada ahli baru.
Kak Long yang pregnant akan bersalin tak lama lagi.
Anak perempuan tuuu...
Pia seronok giler ada kawan sampai kan dia selalu tanya ibu dia..

"Bila baby nak kuar?"


Alahai Pia.
Allah berikan aku satu nikmat yang terbaik dalam hidup ini.
Allah! Semoga rasa dan ikatan ini kekal hingga ke syurga.

*******************************************************

19 Ogos 2012.

Genaplah 4 tahun arwah mak pergi meninggalkan kami.

Semalam, aku dan adik borak-borak sambil kemas rumah.
Cerita tentang arwah mak.
Saat-saat terakhir dia dengan kami.

"Ilah pernah cakap kat mak tentang hari jadi ilah. Banyak kali ilah cakap. 
Sampaikan mak tanya "Ilah nak hadiah ke?"
Ilah sedih mak cakap macam tu. Pastu Ilah diam.

Lepas dari tu, mak sihat sangat. Mak pergi pasar, beli daging,
masak kari daging banyak sangat.
"Mak, kenapa masak banyak, nanti tak habis"
"Tak pe lah, nanti orang datang, ada benda nak makan"
Rupanya mak masak sebab nak sambut birthday ilah.
Lepas pada tu, mak cakap mak penat sangat, mak nak baring.
Sampai ke akhir, mak tak bangun, baring je"

Kisah adik aku.
Mak dapat rasa dia nak pergi dah.
Lepas kenduri arwah, kitaorang makan kari daging yang mak buatkan tu.
Banyak.

"Abah beli jus yang mak suka makan dalam kuantiti yang sama tiap kali abah beli.
Mak tegur, kenapa banyak sangat beli? Nanti tak habis"
Abah diam je.

Rupanya betul, sampai arwah dah tak de, air jus tu tak habis-habis.
Sepupu aku yang habiskan.

Kisah aku pula.
"Mak selalu ngaji, dan aku yang tengok bacaannya. 
Surah terakhir mak baca adalah surah Yaasin.
Lepas pada tu, mak dah tak boleh bangun dan baca apa-apa.

Hari sebelum mak dihantar ke hospital by ambulance,
aku tidur dengan mak petang tu. Malam tu pun aku tidur dengan dia,
sampaikan kak lang datang kejutkan aku suruh bangun sebab ambulance datang nak bawa
mak ke hospital. Tenat.
Rupanya itulah kali terakhir aku tidur dengan dia. Hikmah Allah!

One day before mak di-transfer ke wad akhir,
aku sendirian dengan mak.
Mak buka mata tengok aku.
Pandang aku seperti nak cakap sesuatu, tapi tak boleh nak cakap.
Aku just cakap, 
mak, rehatlah, tidur.
Mak ikut cakap aku dan itulah kali terakhir mak dapat tengok.
Lepas pada tu, mak asyik pandang atas je."

Banyak lagi cerita,
cerita setiap kami adik beradik ada tentang arwah.
Kalaulah arwah ada lagi.. entahlah.
Aku rindu giler kat mak.

Dulu waktu nak pergi sekolah,
akan masuk dalam bilik mak, salam, sapu kepala mak,
dan cium tangan dia, cium dahi dia.
Tapi sekarang tak de dah.

Kami je anak-anak perempuan mak yang tak sempat nak tengok mak diletakkan ke liang lahad.
Ada kisah berlaku dan kami tak sempat nak tengok.
Mungkin ada hikmahnya. 
Kita tak tahu, Allah je yang tahu.
:).

Al-fatihah untuk mak.
Kami sayang mak.
Sayang sangat-sangat.
*sambilkesatairmata*

************************************************************************

****************************************************************

Kisah awal Syawal aku.
Moga Allah sentiasa pelihara kami.

Sampai sini saja,
~ (^_^) ~

2 comments:

Nurul Afiqah said...

sebaknye kisah arwah tu. smoga dia ditempatkan dikalangan org2 beriman. tabahkan hati ye mira. :')

Cik Mira said...

aminn..
thx piqa. inshaAllah, semoga kita semua diberikan kekuatan olehNya :)

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law