Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Wednesday, August 29, 2012

Call & Pick up service KFC

Bismillah.

A : Saya nak order..
B : Order ape?
A : Combo 1 ayam 2 ketul 2 set
B : Snack plate eh?
A : Ah'ah...
B : Kalau macam tu, bolehlah datang ambil order.

Muke aku blur tengok Nadiah.

B : Akak kat mane ni?
A :Kat rumahlah...
B : Bolehlah akak datang amik.
A : Tak de delivery ke?
B : Mana ada delivery kak. Mcd dengan Pizza adalah delivery...
A : Kalau macam tu, cancel lah.

hurm....
Malu giler.
Aku ingatkan ada delivery.
Semuanya ini gara-gara HOUSEMATES BUNGA RAYA AKU.

Perhatikan betul-betul...


CALL & PICK UP SERVICE.
Bukan...
CALL & DELIVERY SERVICE....

Aku rasa budak tu mesti dah tweet kat Twitter die sal customer buat lawak malam-malam.
Itu pun kalau dia ada Twitter la..
Nak-nak, kawan-kawan dia RETWEET sampailah TWEET tu
aku dapat baca kann..

Pepun... hati-hati yep...
Berwaspada bile dengar cerita dan baca information..

p/s : =.='

Sunday, August 26, 2012

Kisah Syawal aku

Bismillah.


Salam E'idulfitri.

Mahu tak mahu kena update juga blog ni, nampak molek sikit, ye dak?
heh~~~
Maaf, memang dah makin malas tak tahu nak cakap camna tiap kali
nak update blog ni. 
hahaha...

Lagipun sekarang dah tak main focus kat sini dah sebenarnya, 
dah malas nak taip kat sini, 
tapi cuba sebaiknya untuk update juga sikit,
inshaAllah, akan cuba.

Macam mana Syawal kita?
Cuti best?
Alhamdulillah, hingga kini, aku masih cuti.
hahahaha.
Kawan-kawan yang lain sudah pun balik ke Melaka.

Syawal aku kali ni, alhamdulillah terbaik.
Lagi lengkap kalau ateh ada sekali.
Surprise kami menjadi tuk birthday ibu dan abah.
Alhamdulillah.

Tapi yang tak boleh blah nye.. si Pia....
Aku, Ilah, ibu dan abah balik je dari solat raya, 
Pia menerpa ke pintu...

"Nani, Tok Wan! betul ke hari ni hari raya dengan hari jadi?"

Aku yang duk buka pintu tengok je Pia.... alahai anak saudaraku, jujurnye kamu..
Dua kali plak tu dia tanya benda yang sama.
So, aku pun ambil alih tugas aku.
Disebabkan aku terkenal dengan penyakit BLUR aku,
aku berjaya tukar topik dengan saja-saja buat aku ni sangat BLUR,
sampaikan ibu abah fokus kat aku,
at least, dapat bawa Pia lari ke dapur dan tutup mulut dia.. hehehehe

Hadiah yang kak lang & abang lang carikan memang marbelus aku cakap.
Ibu terharu sampaikan dia menangis.
Aku yang duk tangkap gambar pun menangis.
Sorry ar.. 
aku tak boleh tengok orang menangis, nanti aku menangis sama,
even kalau aku tengok TV cite sedih-sedih,
air mata aku mudah mengalir =.='

Malu.. tapi nak buat camna.. dah naluri aku gitu.
adik-beradik aku dah faham aku camna, 
cuma abang-abang ipar aku je pelik tengok tetibe nangis.
Hailllaaaa.... :)

Alhamdulillah untuk surprise tu.
First time ever kitaorang wat tuk ibu dan abah.
Kad birthday pun aku dan adik sempat siapkan.
Abah laminate kot, siap belek sampai raya ketiga depan kitaorang,
terharu kejap :').
Yang Pia plak...

"Kad tu, bapak Pia yang buatkan..."

Bila masa Pia? Bila masa?? =.='
Anak saudara punya pasal, kitaorang iya kan je.
Nanti lagi meleret plak bebel die. hahahaha.

Itu Syawal aku dan keluarga.
Hari first dah berikan satu kelainan pada kami.
Tahun depan ada ahli baru.
Kak Long yang pregnant akan bersalin tak lama lagi.
Anak perempuan tuuu...
Pia seronok giler ada kawan sampai kan dia selalu tanya ibu dia..

"Bila baby nak kuar?"


Alahai Pia.
Allah berikan aku satu nikmat yang terbaik dalam hidup ini.
Allah! Semoga rasa dan ikatan ini kekal hingga ke syurga.

*******************************************************

19 Ogos 2012.

Genaplah 4 tahun arwah mak pergi meninggalkan kami.

Semalam, aku dan adik borak-borak sambil kemas rumah.
Cerita tentang arwah mak.
Saat-saat terakhir dia dengan kami.

"Ilah pernah cakap kat mak tentang hari jadi ilah. Banyak kali ilah cakap. 
Sampaikan mak tanya "Ilah nak hadiah ke?"
Ilah sedih mak cakap macam tu. Pastu Ilah diam.

Lepas dari tu, mak sihat sangat. Mak pergi pasar, beli daging,
masak kari daging banyak sangat.
"Mak, kenapa masak banyak, nanti tak habis"
"Tak pe lah, nanti orang datang, ada benda nak makan"
Rupanya mak masak sebab nak sambut birthday ilah.
Lepas pada tu, mak cakap mak penat sangat, mak nak baring.
Sampai ke akhir, mak tak bangun, baring je"

Kisah adik aku.
Mak dapat rasa dia nak pergi dah.
Lepas kenduri arwah, kitaorang makan kari daging yang mak buatkan tu.
Banyak.

"Abah beli jus yang mak suka makan dalam kuantiti yang sama tiap kali abah beli.
Mak tegur, kenapa banyak sangat beli? Nanti tak habis"
Abah diam je.

Rupanya betul, sampai arwah dah tak de, air jus tu tak habis-habis.
Sepupu aku yang habiskan.

Kisah aku pula.
"Mak selalu ngaji, dan aku yang tengok bacaannya. 
Surah terakhir mak baca adalah surah Yaasin.
Lepas pada tu, mak dah tak boleh bangun dan baca apa-apa.

Hari sebelum mak dihantar ke hospital by ambulance,
aku tidur dengan mak petang tu. Malam tu pun aku tidur dengan dia,
sampaikan kak lang datang kejutkan aku suruh bangun sebab ambulance datang nak bawa
mak ke hospital. Tenat.
Rupanya itulah kali terakhir aku tidur dengan dia. Hikmah Allah!

One day before mak di-transfer ke wad akhir,
aku sendirian dengan mak.
Mak buka mata tengok aku.
Pandang aku seperti nak cakap sesuatu, tapi tak boleh nak cakap.
Aku just cakap, 
mak, rehatlah, tidur.
Mak ikut cakap aku dan itulah kali terakhir mak dapat tengok.
Lepas pada tu, mak asyik pandang atas je."

Banyak lagi cerita,
cerita setiap kami adik beradik ada tentang arwah.
Kalaulah arwah ada lagi.. entahlah.
Aku rindu giler kat mak.

Dulu waktu nak pergi sekolah,
akan masuk dalam bilik mak, salam, sapu kepala mak,
dan cium tangan dia, cium dahi dia.
Tapi sekarang tak de dah.

Kami je anak-anak perempuan mak yang tak sempat nak tengok mak diletakkan ke liang lahad.
Ada kisah berlaku dan kami tak sempat nak tengok.
Mungkin ada hikmahnya. 
Kita tak tahu, Allah je yang tahu.
:).

Al-fatihah untuk mak.
Kami sayang mak.
Sayang sangat-sangat.
*sambilkesatairmata*

************************************************************************

****************************************************************

Kisah awal Syawal aku.
Moga Allah sentiasa pelihara kami.

Sampai sini saja,
~ (^_^) ~

Thursday, August 09, 2012

10K

Bismillah

Hohoho.. 

Saja je nak menggedik gituuu..

You all nak tahu tak..?
hoho..

Semalam, secara rasminya I punya tweets dah cecah 10,000.
10K tu!!

Punyalah tak sangka kan.
Hahaha, bukan nak poyo ke apa,
tapi teruja la sesangat.

Cuma harapan aku, 
tweet-tweet aku yang lepas-lepas ni sedikit sebanyak membawa kebaikan tuk aku dan 
juga mereka sekeliling aku.
Dan paling penting boleh jadikan saham tuk aku di sana nanti.

Ni tweet yang je 9,999

Yang ni ke 10k. Ingatkan nak save tuk tweet yang gempak-gempak.. tapi.. =.='
 Actually benda ni tak ada apa pun,
saja je aku nak post kasi ada kenangan gitu..hohoho..

Maap la ye terpaksa baca entry yang tak ada makna ni..
huhuh..

p/s : sudah melangkah ke dalam 10 hari terakhir Ramadhan..ayuh kita kejar dan rebut apa yang ada di bulan mulia ni!!!!

Monday, August 06, 2012

Belum terlambat kan?

Bismillah.

Alhamdulillah.

Malam ni, aku saja nak update blog ni agar tak berhabuk gitu :).

Actually, aku pun tak tahu nak tulis apa, tapi apa kata, aku kongsikan video yang baru aku tengok tadi.
Even dah pertengahan Ramadhan, tapi masih belum terlambat kan?

So, jom kita tengok video-video ni, mana tahu bermanfaat ke kan..











Aku tetap rasa cermin mata aku dengan aiman azlan ni serupa :)


p/s : semoga bermanfaat. tak terlambat lagi kan?

Thursday, August 02, 2012

Fasa Kedua

Bismillah.

Alhamdulillah.

Baru balik dari meeting gitu.
Syukur.. even baru permulaan, entah mengapa,
kali ni aku benar tenang dalam melaksanakan tugas.
Ambil iktibar dari yang lepas, kutip pengalaman dari yang hebat,
tiba masanya pula aku melatih diri supaya 'cool' je setiap masa.

Dan, alhamdulillah, buat permulaan,
mereka banyak membantu dan ceria.
Hohoho..
Best bersama mereka, dan best lagi andai kawan2 ada di sisi.
:')

Pepun, ni stage untuk aku.
InshaAllah, semoga Allah sentiasa pimpin jalanku ini.

************************************************************

Fasa kedua.

Fasa kedua.

Fasa kedua.

Sedar atau tidak, kamu sudah berada di fasa yang kedua.
Kamu!
Yup!
Kamu!

Dah lama aku perhatikan kamu, dan jujurnya, sama seperti yang lain.
Mendekati aku dengan 3 fasa.

Fasa pertama >> rapat..rapat..rapat.
Fasa kedua >> menjauh tanpa sebab.
Fasa ketiga >> kembali rapat..rapat..rapat.

hurmm..

Dan sekarang kamu sudah berada di fasa kedua.
Tertanya juga, kenapa ye?
hahahaha..
cam poyo lak.

Bila dikenang balik, rasa terhiris pun ada.
Dan bila dan setiap kali dah masuk fasa kedua,
hati aku dah makin tawar dan keras.
Mungkin susah nak berunding.
Boleh terima, tapi susah nak memahami.

Selama 22 tahun diberi nafas,
inilah yang selalu terjadi.
Dan lepas ni, tiada lagi pengharapan yang aku letakkan.

Kamu sudah berada di fasa kedua.
Tiba masanya aku tutup semua buku tentang kita.

"What you give, you will get back"

And I'm giving it back to you!
Even cam childish.. entah mengapa, aku terasa!
Heh~~ aku juga punyai perasaan ok!
Bila mahu bertanya, mahu berikan pendapat,
mind your own words.
Don't treat me as I'm really heartless.

Kamu!
Terima kasih kerna sudah sampai ke fasa kedua!
Syabas!
Kepercayaan aku pada kamu makin pudar.
Dan dengan itu hanya petunjukNya yang aku harapkan.
Sudah penat fikir.
Dan sudah penat memendam.
Terluah pada yang berhak mendengar.
Terima kasih :).

p/s : betul cakap ibu. and i'm firm with it. Ibu, mira akan ikut cakap ibu.
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design