Tuesday, July 31, 2012

Ini aku

Bismillah

Alhamdulillah.

Sudah melepasi 10 peringkat awal di bulan Ramadhan.
Bagaimana prestasi dalam bulan mulia ni?

*********************************************************


Perubahan demi perubahan aku cuba lakukan.
Satu demi satu cuba aku praktikkan.

Untuk persediaan aku menghadapi hari itu.
Hari di mana tiada sesiapa yang mampu untuk menolongku.
Hari di mana aku sibuk dalam memikirkan diriku sendiri.
Hari di mana tiada keraguan padanya.


Dalam mengejar kesempurnaan, aku sering melakukan kesalahan.
Dalam membina kekuatan, aku sering tersasar jatuh terduduk.
Dan, dalam aku mengharapkan kebaikan, aku juga sering memekakkan telinga

Aku tetap tidak sempurna,
tapi aku diciptakanNya dengan sebaik-baik kejadian.
Aku mempunyai kekurangan,
tapi dalam kekurangan itu, terselit kelebihan.

Entah kuat atau berpura..
DIA lebih tahu yang selebihnya.

Entah percaya atau tidak..
langkah seterusnya harus diorak.

************************************************************

p/s : bukan mudah untuk melakarkan kata.. dan kekadang, mendengar itu sudah cukup memberikan kata bahawa..... aku masih di sini...

pp/s : what you give, you will get it back. salah diri juga kerna percaya. dan kini, ku lepaskan dengan rasa terbuka.

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law