Sunday, July 29, 2012

Entahlah

Bismillah.

http://1.bp.blogspot.com/_pcZMKxGvxrM/SsXGB-FG1aI/AAAAAAAAAeY/YDoWgfikllU/s400/zipped.JPG

Mulut terkunci.
Fikiran buntu.
Hati serba salah.

Inilah yang aku rasakan sekarang.
Ya Allah.

Alhamdulillah, even aku balik awal ke Melaka.
Tapi aku rasa tenang.. jujur, aku tenang :)
Tiada perlu jaga hati sesiapa.

Tapi bila cuti mid-term dah habis ni.. aku rasa serba salah.
Fikiran aku ligat cari idea untuk menyelesaikan masalah..
memikirkan idea untuk menjaga hati orang.

Inilah dugaan buat aku di sini.
Entah mengapa, aku kalau boleh tak nak balik ke sana. 
Jujur.
Aku selesa dan mahu duduk di sini.

Tapi, aku ada tanggungjawab juga di sana.
Allah...

Kekadang aku fikir, kenapa ye jadi macam ni?
Tapi kalau ikutkan ada baiknya juga.
Kalau aku balik awal, at least, ibu abah yakin yang aku duduk 
di tempat yang depa rasa aku selamat.

Tapi memikirkan yang satu lagi tuu....
hurmmm...

Entahlah..

Aku hanya boleh minta maaf dan maaf.
Aku bukan kakak yang baik kan?

Maaf...

Kalaulah aku boleh bahagikan hati aku dan bagi semua rasa...
hurmmmm...

Entahlah..
masing-masing ada ujian sendiri.
Semoga Allah kuatkan aku.

p/s : Aku tak tahu camne nak terangkan apa sebenarnye aku nak cakap... entahlah... aku terasa berat

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law