Wednesday, July 25, 2012

5 Hari sudah berlalu

Bismillah


Alhamdulillah.

Sudah masuk 6 Ramadhan. 
Macam mana puasa kita? ok? terbaik? puas hati?
Bersyukurlah walau apa pun state puasa kita, 
inshaAllah, masih puyai waktu lagi untuk perbaiki.
Yok! Sama-sama kita!


Lately, memang tak nak / tak ada niat nak update apa-apa kat blog ni,
Tapi entah mengapa, tetiba je nak upload gambr kat atas tu.
hehehe..

Disebabkan pulang awal ke Melaka,
ibu abah sedaya upaya sediakan sesuatu untuk anak perempuan dia yang sorang ni.

Alhamdulillah,
dibekalkan sambal ikan bilis, tempe, kacang dan kentang goreng.
Ibu arahkan, aku goreng semua.. sangat sukar tau nak masak.
duk berdiri lama menggoreng bahan-bahan tu.
Besarnya pengorbanan seorang ibu kan?
Mekasih ibu kerna ajarkan mira sesuatu....
Mira tahu sebab apa ibu suruh mira buat semua tu..
:)
Rahsia kita anak beranak... :)

Kemudian, dibekalkan juga kordial dalam bekas air kecil berplastik tu..
hehhee.. laici dan kiwi. Juga kurma yang dibeli oleh ibu abah dan abang lang+kak lang.
Sedap owh kurma tu :)

Abah pula bekalkan aku dengan air zam-zam.
Kebiasaan kami, bila buka puasa, makan kurma dan selepas tu minum air zam-zam.
Syukur, masih dipraktikkan tahun ni.

Hehhee.. ni la bekalan aku menghadapi hari-hari aku di Melaka ni.
hohoho...
at least sahur masak nasi sendiri dan makan sambal tu je.. sudah memadai :)

Terima kasih ibu abah...
Maaf terpaksa balik awal...
Dan maaf kerna sentiasa menyusahkan kalian..
Maaf sangat-sangat...

Doakan anakmu di sini sentiasa berada dalam jagaanNya..
dan semoga kalian berdua juga sentiasa berada dalam jagaanNya dan rahmatNya.

*********************************************

Sunan Musafir..

Maaf, masih tidak dapat nak buat review.
Atau mungkin tak akan buat.
Sebab apa?

Sebab terkilan dengan beberapa perkara.
Heh~~
Macam budak-budak..
Budak-budak pun, aku punyai perasaan apa.. ;)

So.. mungkin aku tak akan buat apa-apa review tentang buku yang aku baca.
Certain la aku tak akan buat.

First sekali adalah SUNAN MUSAFIR.
Ada satu buku ni aku tengah baca, juga aku tak akan buat apa2.
Dan juga aku tengah membelek dan menganalisis isi dalam majalah JOM.
Ilah yang suggest kat aku,
dan aku tak akan buat review jugak..

Tengoklah..
bila-bila aku nak buat. 
Bukan ada orang kisah pun kan...
hahahaha...

p/s : 4  buah buku aku hold tak nak review sbb terkilan nye pasal, dahsyat! =.=' kalau nak tau sekali pun, hantar email je kat aku tanya..hahaha...

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law