Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Tuesday, July 31, 2012

Ini aku

Bismillah

Alhamdulillah.

Sudah melepasi 10 peringkat awal di bulan Ramadhan.
Bagaimana prestasi dalam bulan mulia ni?

*********************************************************


Perubahan demi perubahan aku cuba lakukan.
Satu demi satu cuba aku praktikkan.

Untuk persediaan aku menghadapi hari itu.
Hari di mana tiada sesiapa yang mampu untuk menolongku.
Hari di mana aku sibuk dalam memikirkan diriku sendiri.
Hari di mana tiada keraguan padanya.


Dalam mengejar kesempurnaan, aku sering melakukan kesalahan.
Dalam membina kekuatan, aku sering tersasar jatuh terduduk.
Dan, dalam aku mengharapkan kebaikan, aku juga sering memekakkan telinga

Aku tetap tidak sempurna,
tapi aku diciptakanNya dengan sebaik-baik kejadian.
Aku mempunyai kekurangan,
tapi dalam kekurangan itu, terselit kelebihan.

Entah kuat atau berpura..
DIA lebih tahu yang selebihnya.

Entah percaya atau tidak..
langkah seterusnya harus diorak.

************************************************************

p/s : bukan mudah untuk melakarkan kata.. dan kekadang, mendengar itu sudah cukup memberikan kata bahawa..... aku masih di sini...

pp/s : what you give, you will get it back. salah diri juga kerna percaya. dan kini, ku lepaskan dengan rasa terbuka.

Sunday, July 29, 2012

Entahlah

Bismillah.

http://1.bp.blogspot.com/_pcZMKxGvxrM/SsXGB-FG1aI/AAAAAAAAAeY/YDoWgfikllU/s400/zipped.JPG

Mulut terkunci.
Fikiran buntu.
Hati serba salah.

Inilah yang aku rasakan sekarang.
Ya Allah.

Alhamdulillah, even aku balik awal ke Melaka.
Tapi aku rasa tenang.. jujur, aku tenang :)
Tiada perlu jaga hati sesiapa.

Tapi bila cuti mid-term dah habis ni.. aku rasa serba salah.
Fikiran aku ligat cari idea untuk menyelesaikan masalah..
memikirkan idea untuk menjaga hati orang.

Inilah dugaan buat aku di sini.
Entah mengapa, aku kalau boleh tak nak balik ke sana. 
Jujur.
Aku selesa dan mahu duduk di sini.

Tapi, aku ada tanggungjawab juga di sana.
Allah...

Kekadang aku fikir, kenapa ye jadi macam ni?
Tapi kalau ikutkan ada baiknya juga.
Kalau aku balik awal, at least, ibu abah yakin yang aku duduk 
di tempat yang depa rasa aku selamat.

Tapi memikirkan yang satu lagi tuu....
hurmmm...

Entahlah..

Aku hanya boleh minta maaf dan maaf.
Aku bukan kakak yang baik kan?

Maaf...

Kalaulah aku boleh bahagikan hati aku dan bagi semua rasa...
hurmmmm...

Entahlah..
masing-masing ada ujian sendiri.
Semoga Allah kuatkan aku.

p/s : Aku tak tahu camne nak terangkan apa sebenarnye aku nak cakap... entahlah... aku terasa berat

Wednesday, July 25, 2012

5 Hari sudah berlalu

Bismillah


Alhamdulillah.

Sudah masuk 6 Ramadhan. 
Macam mana puasa kita? ok? terbaik? puas hati?
Bersyukurlah walau apa pun state puasa kita, 
inshaAllah, masih puyai waktu lagi untuk perbaiki.
Yok! Sama-sama kita!


Lately, memang tak nak / tak ada niat nak update apa-apa kat blog ni,
Tapi entah mengapa, tetiba je nak upload gambr kat atas tu.
hehehe..

Disebabkan pulang awal ke Melaka,
ibu abah sedaya upaya sediakan sesuatu untuk anak perempuan dia yang sorang ni.

Alhamdulillah,
dibekalkan sambal ikan bilis, tempe, kacang dan kentang goreng.
Ibu arahkan, aku goreng semua.. sangat sukar tau nak masak.
duk berdiri lama menggoreng bahan-bahan tu.
Besarnya pengorbanan seorang ibu kan?
Mekasih ibu kerna ajarkan mira sesuatu....
Mira tahu sebab apa ibu suruh mira buat semua tu..
:)
Rahsia kita anak beranak... :)

Kemudian, dibekalkan juga kordial dalam bekas air kecil berplastik tu..
hehhee.. laici dan kiwi. Juga kurma yang dibeli oleh ibu abah dan abang lang+kak lang.
Sedap owh kurma tu :)

Abah pula bekalkan aku dengan air zam-zam.
Kebiasaan kami, bila buka puasa, makan kurma dan selepas tu minum air zam-zam.
Syukur, masih dipraktikkan tahun ni.

Hehhee.. ni la bekalan aku menghadapi hari-hari aku di Melaka ni.
hohoho...
at least sahur masak nasi sendiri dan makan sambal tu je.. sudah memadai :)

Terima kasih ibu abah...
Maaf terpaksa balik awal...
Dan maaf kerna sentiasa menyusahkan kalian..
Maaf sangat-sangat...

Doakan anakmu di sini sentiasa berada dalam jagaanNya..
dan semoga kalian berdua juga sentiasa berada dalam jagaanNya dan rahmatNya.

*********************************************

Sunan Musafir..

Maaf, masih tidak dapat nak buat review.
Atau mungkin tak akan buat.
Sebab apa?

Sebab terkilan dengan beberapa perkara.
Heh~~
Macam budak-budak..
Budak-budak pun, aku punyai perasaan apa.. ;)

So.. mungkin aku tak akan buat apa-apa review tentang buku yang aku baca.
Certain la aku tak akan buat.

First sekali adalah SUNAN MUSAFIR.
Ada satu buku ni aku tengah baca, juga aku tak akan buat apa2.
Dan juga aku tengah membelek dan menganalisis isi dalam majalah JOM.
Ilah yang suggest kat aku,
dan aku tak akan buat review jugak..

Tengoklah..
bila-bila aku nak buat. 
Bukan ada orang kisah pun kan...
hahahaha...

p/s : 4  buah buku aku hold tak nak review sbb terkilan nye pasal, dahsyat! =.=' kalau nak tau sekali pun, hantar email je kat aku tanya..hahaha...

Wednesday, July 18, 2012

Aku merinduimu Ramadhan

Bismillah

Alhamdulillah.

Semalam, di MMU Melaka, ada talk daripada
Imam Muda Hassan judulnya

"AKU MERINDUIMU RAMADHAN"

Hebat!
Talk yang disampaikan oleh Imam Muda sangat menarik.
Lawak tu jangan cakap la kan.
Lebih membanggakan, Imam Muda Hassan ni orang PERAK.

Kekadang tu terkeluar jugalah loghat Perak nye tu.
Suke-suke!!!

ambil dari page Imam Muda Hassan (FB)

Juga ambil dari page Imam Muda Hassan (FB)
Imam Muda menanyi ni... daebak!!!

Kali ni, aku snap je gambar dari note yang aku tulis.
Part yang menarik bagi aku adalah part Taqwa kat gambar atas tu (yang point bawah tu)

Checklist untuk tengok tahap Taqwa dalam diri kita :

1) Takut dengan Allah.

Takut dengan Allah. Takut dengan Allah. Takut dengan Allah.
Apa yang kita lakukan, kita tahu dan kita sedar yang Allah itu perhatikan kita. Hinggakan kita rasa hadirnya Allah dalam diri kita. Nak buat benda yang tak baik pun kita terhindar, sebab kita tahu, Allah itu ada dan sedang perhatikan kita. Parahlah iman kita andai kita dengan bangga berbuat kemungkaran dan berkata dengan bongkaknya, Allah itu tiada. Nauzubillah.

2) Beramal dengan Al-Quran

Tidak menolak ajaran dalam al-Quran dan mengamalkannya. Iman boleh terbatal andai kita menafikan kewujudan Al-Quran ini dan menentang segala isi yang ada di dalamnya. Setiap perkara yang Allah catitkan dalam Al-Quran semuanya bersebab dan memang berguna untuk diri kita ni.

3) Redha dengan sedikit

Allah bagi rezeki sikit, kita redha. Allah bagi kita rezeki banyak,pun kita redha. Indah bukan?
Lepas ni, mari sama2 kita kurangkan mengeluh dengan apa yang kita dapat.
Sesungguhnya, Allah dah tetapkan rezeki masing2, so, tak perlu nak mengeluh dan tak perlu nak berebut-rebut. Yakin pada dia dan sentiasalah bersyukur, jangan KUFUR.
Ingatlah... andai kita sentiasa rasa cukup dengan rezeki pemberianNya.. itulah tanda adanya keberkatan dariNya.
Jom check diri kita sama2.. :)

4) Siap sedia hadapi akhirat

Ini memang sudah tersedia maklum. Kita hidup untuk beramal. Kita hidup untuk beribadah padaNya.
Apa yang kita lakukan di bumi yang sementara ni adalah untuk mengumpul harta amalan yang akan kita jadikan bekalan di akhirat nanti. Dunia sementara ini adalah tempat semaian, untuk kita rasa hasilnya nanti bila tiba di dunia yang kekal abadi



p/s : Mukmin itu adalah muslim, tapi muslim itu belum tentu dia adalah mukmin. 

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Wordless Wednesday #6

Bismillah.

Hari Rabu kan rini? ;)

Mekasih belanja ;)
 ******

Door-gift F-Secure
 ******

Sama-sama dik
 ******

Mekasih mak Ecah :)))
******

p/s : >.<

Update Kejap

Bismillah.

Alhamdulillah.

Tibalah masanya untuk tidur dan rehatkan badan ni.

Minggu depan dah mula puasa dah.
Semoga Allah sampaikan ke Ramadhan nanti.

Tak tahulah nak update apa, 
just nak mengisi kekosongan blog ni.

Semakin 'kerajinan' nak meng-update tika ni.
Nantilah ek, 
isi nak update dah ada, cuma tunggu masa yang sesuai je untuk ceritakan.

Buat masa sekarang ni,
nak promote blog baru teman.

Dah lama dah blog ni sebenarnya,
tapi tergendala.
Baru terlintas nak hidupkan semula.

Semua yang aku karang, aku post-kan kat blog tu,
termasuklah yang aku akan hantar untuk pertandingan nanti.

Yang mana?
haaaaa... itu rahsia.

Menang atau tak, itu lain kiralah, 
yang penting, aku cuba.

Nak bandingkan aku dengan yang sedia meletup, 
memang jauh sekali lah..
mereka hebat-hebat.
Aku apalah sangat.

Cuma sekarang, aku tak tahu tema apa  yang aku mahu terapkan lagi.
Sejujurnya, apa yang aku alami, aku lihat, aku dengar, aku perhatikan,
itu yang akan aku jadikan bahan untuk menulis.

Cubalah tekan gambar PORORO yang cute kat bawah tu.
Aku ambil gambar tu dari FAN PAGE RUNNING MAN :)


Komen la ek kat situ.
Banyak kelemahan aku yang perlu aku perbaiki.
Harapnya, satu hari nanti aku mampu hasilkan karya yang berguna
untuk ummah!

p/s : jemputlah singgah dan baca yep ;)

Sunday, July 08, 2012

Ulang tahun kelahiran pertama Danial

Bismillah

Alhamdulillah

Hari ni merupakan ulang tahun kelahiran Ahmad Danial yang pertama!! 
wwwweeeeeeee
*dum..dum.. bang..bang..boom..boom*
*sound effect*

Alhamdulillah, Allah sampaikan hajat aku nak ber-video call dengan mereka..
Walaupun tak seberapa, tapi aku suka sangat.
Terima kasih webcam laptopku dan FB..
hehehe..

Letak gambar je la ye..

Comel tak saya? Comel kan gigi bawah saya tu....
Saya dengan Tok Wan dan Nani... :). Saya suka sangat!

Saya dengan Pak Jang saya... hensem tak dia?

Saya dengan ibu saya.. cantik tak dia? 

Ramai yang mistaken antara aku dengan ibu Danial ni a.k.a Kak Lang.
Selalu masuk kedai mana2, mesti ada yang cakap
"Kembar ke?"

Sampaikan after kak lang dah kahwin, 
still ada yang cakap,
"Mana suami?"

Aku yang blur-blur ni pun tengok je..
hahaha..

Saya nak KFC! Saya nak makan KFC!!!

Adik Fawwaz ni tido pula. Jom la sambut besday sama2 ngn abang Danial

Fawwaz ni anak Kak Ikin aku.
Ntah berapa bulan ntah dia ni..
lupa lak...
:)

Saya dengan adik Fawwaz dan Mak Jang... wweeee~~~

One happy family :).  Acik pun ada tu.. ber-webcam ngan kami.. dari Melaka. Comel tak kami?
Hehehe..
Semangat tak aku?
even dari Melaka, dapat juga bergambar dengan mereka.
Tapi aku terkurung kat dalam laptop tu..haha..

Aku nangis owh!
Sedih tak dapat bersama mereka..
Sedih dengan apa yang melanda aku sekarang..
Sedih dengan apa yang telah berlaku pada kawan2 aku..
Semua menjadi satu..

p/s : Danial nak hadiah ape? tunggu acik keje yek.. baru acik belikan.. hehehe

Holllaaaa

Bismillah

Alhamdulillah

Syukur masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus melangkah dan melangkah.
Lama aku tak menaip kat sini.
Kemalasan barangkali yang sering menghalang untuk terus dan terus menulis.

Semakin hampir detiknya kita akan bertemu dengan Ramadhan.
Rindunya dengan bulan barakah tu.
Allah!

Macam mana persiapan kita untuk bertemu kekasih hati ni?
Semoga Allah sampaikan kita ke bulan barakah itu,
dan semoga ia akan menjadi satu bulan yang jauh lebih baik daripada yang lepas.

Pejam celik pejam celik,
tak sedar masa berlalu dengan begitu pantas sekali.
Bila tersedar terngadah memikirkan apa yang kita dah lakukan tadi.
:)

Entahlah, tak tahu apa main point aku untuk entry kali ni.
Ingatkan nak review novel Sunan,
tapi belum ada kesempatan lagi.

Ok la...

Kepada dak kecik yang comel ni...

...: Ahmad Danial :..


Selamat ulang tahun kelahiran yang 1 tahun!
hahaha..

Sedih tidak dapat bersama dengan mereka meraikan dak kecik ni.
Acik doakan Ahmad sentiasa menjadi penyejuk mata dan hati ayah dan ibu.
:)

Nak 3g dengan family pun tak dapat..hohoh..
Rindu juga pada Fawwaz.
Alaaaaa...
T_T

Semoga Allah sentiasa kuatkan bonding kita sekeluarga.

***********************************************************

Dan ni sesaja je..

Terima kasih bebanyak.
Dari aku dan semestinya bebudak rumah.

Mesti bosan kan dengar aku asyik minta je kan?
hahaha..
pepun mekasih.

Kahwin nanti jangan lupa ajak kami-kami ni ek..


Di-blur-kan secara sengaja...

Jangan marah ek..
:)

p.s : Adios~~~
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design