Tuesday, June 05, 2012

R.E.S.C - L.A

Bismillah.

Alhamdulillah.

L.A.!!

Los Angeles!!
haha..
memang tak la kan.

Seminggu lebih yang lepas, aku pergi ke ENT Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Tu pun atas arahan ibu aku yang suruh pergi.

Dah lama dah aku ada benjol kat telinga ni.
Dulu-dulu doktor cakap itu common, dia bagi ubat antibiotik dan ubat sapu.
Alhamdulillah, Allah sembuhkan.

Lepas tu ada balik, kali ni, lagi besar.
Aku buat tak tahu je la. Hari-hari duk usik benjol rasa sakit pula.
Dekat dua minggu jugalah aku duk diam je.
Alih-alih aku ambil keputusan untuk bagi tahu ibu.
Ibu pun bising sebab aku simpan lama...haha..

Mula-mula, aku pergi klinik biasa, doktor tu tak leh nak buangkan,
so hantar aku ke GH untuk jumpa pakar.

Allah temukan aku dengan doktor Zabrina yang baik.
Dia ambil inisiatif bagi aku ubat antibiotik dan ubat tahan sakit.
Ada dua jenis ubat Antibiotik yang dia bagi.
Katanya, tunggu seminggu lagi dan tengok kalau dia mahu susut.


~ Kena paksa makan ubat T_T ~

Ada je yang aku skip sebab lupa dan malas nak makan. haha..
Makin aku makan, makin sakit dan mula merah.
Ingatkan nak le susut sikit ke kan..

Sampai lah hari yang ditunggu, tak susut-susut.
Doktor Zabrina duk telek-telek dan usik-usik.
Sakit tau tak~~ heh~~
>.<

Akhirnya, doktor suruh aku operate dan buang benda tu.
Aku tanyalah apa benda tu.
Kalau nak tau tekan je la benda kat atas tu.
Benda ni asalnya biasa je, tapi once dah kene jangkitan,
dia boleh jadi luar biasa.
Dengan sikap aku yang suka menangguh dan tak ambil kisah,
akhirnya ke dewan bedah!

********************************

Isnin, 4 Jun 2012


Ini lah antara hari yang akan aku ingat sampai bila-bila.
Datang awal jam 8 pagi.
Masuk dewan bedah jam 10 pagi.
Terbaik tak?

Aku disuruh tukar baju dan pakai baju hospital warna hijau dan putih tu.
Sayangnya aku tak dapat nak snap gambar.haha.
Yang paling memalukan aku,
tudung, semua pakaian kene tanggalkan.
Hanya pakai kain hijau dan putih hospital bagi tu.
Aku nak bedah kat telinga je, tapi prosedur hospital suruh tanggal semuanya.

Kalau tengok aku berkemban tu.. entahlah.. rasa macam apa je.
Malu dia jangan cakap lah!

Ok.. tolak tepi yang itu.

Masuk je kat dalam, aku kena tunggu lagi.
Yang bertugas kat situ, tak henti-henti tanya nama aku, IC aku, kat mana nak dibedah.
Macam soal seolah-olah aku ni hilang ingatan.
Aku pula yang cuak.

10.15 pagi.

Aku masuk dan nurse tu suruh aku baring.
Dalam bilik tu aku nampak laki je. Nurse perempuan aku tak nampak pun~~~

Nak dijadikan cerita, naik atas katil tu aku tercekik sekejap, sebab leher baju hospital tu ketat sikit.
Yang bertugas kat situ tengok aku dan tolong longgarkan sedikit baju belakang aku.
Dia suruh aku baring.
Segan! sebab yang bertugas semuanya lelaki.

Tapi aku dengan selamba je suruh dia selimutkan aku tebal-tebal sebab sejuk sangat dan supaya dapat cover badan aku ni sikit.
@.@!

Doktor datang tengok aku, muka dia risau.
Banyak soalan dia tanya aku sal benjol ni.
Satu je jawapan yang buat aku lega..
"Should be alright"

Then..
mulalah sesi pembuangan benjolan ini.

"Have you seen this kind of case?"
soal doktor A.

"No, this is my first time"
kata doktor B.

"Good. You can help me with this"
kata balik doktor A.

Yang aku duk dengar ni dah cuak.
Biar betul doktor.. first time???

Seluruh badan aku ditutup dengan kain hijau,
tinggal mata dengan hidung aku je dibuka.
Dan aku memang sedar time tu.

Doktor cucuk telinga aku.
Sakit die~~ BEST!

Aku tak tahu dia buang benda tu macam mana,
tapi sangat sakit.

Nafas aku turun naik, tangan aku menggigil sakit.
Kaki aku jangan cakap ar, entah apa depa letak kat kaki aku tu..
kekadang aku angkat kaki sikit sebab nak tahan sakit.

Tangan aku berpeluh aku genggam.
Fikiran aku... aku cuba bawa lari dari fikirkan sal telinga aku ni.

Orang cakap, kalau kita terlalu fokus benda tu, nanti lagi takut.
So aku cuba fikir benda lain. 
Aku fikir itu, ini.. tapi tak menjadi..
sampailah aku menangis. Aku tak sedar aku menangis.
Dalam hati.. cepatlah habis!
Cepatlah habis!

Adalah dekat setengah jam aku di-operate.
Dan dalam setengah jam tu juga aku mengucap panjang.

Last sekali, aku dapat rasa 4 renjatan elektrik kat telinga aku.
Mungkin laser nak jahit kot.
Lepas tu aku dapat rasa jarum dan juga benang yang ditarik oleh doktor tu.

Sakit beb!
Aku rela dipengsankan dari dibedah hidup-hidup.

Itulah namanya L.A.

Dibius hanya pada tempat yang mahu dibedah.
Tapi entah mengapa aku tak rasa pun ubat bius tu.
aiggooo..

Bila dah settle, aku disuruh duduk.
Pening kepala aku kejap.
Dalam pening tu aku gagahkan diri untuk bangun dan berjalan.
Akhirnya aku ditahan oleh pegawai bertugas..
rupanya dia tolong ketatkan baju aku balik.
segan lagi~~~

****************************************************

Keluar je dari dewan bedah, semua mata pada aku.
Cepat-cepat salin baju dan tunggu untuk ambil ubat.
Semua tu ibu aku yang buat.
Aku rasa cam lost.

Tengah-tengah duk ibu abah cakap kat aku apa yang perlu aku buat once aku dah 
balik Melaka, aku nangis lagi.

Kat depan orang ramai aku menangis.
Satu benda yang aku cakap kat ibu abah.
"Sakit...."

Then ibu abah bawa aku balik.
Bawa aku untuk pergi rehat kat rumah :')

Hari tu..
aku tak boleh nak cakap sangat, nak makan pun tak boleh kunyah laju.
Tidur tak boleh nak mengiring ke kanan.


Tangan aku selalu menggigil.
Pegang barang ke apa ke mesti menggigil..
Sampai tahap gitu aku cuba tahan.

Time aku sujud dan bagi salam ke arah kanan kena slow giler..
sengal-sengal sakit tu masih terasa.

Last sekali aku tidur je hari tu.
Mungkin tenaga aku banyak aku habiskan untuk tahan sakit kot.
=.='


~ Doktor pesan, dah sihat sekalipun ubat antibiotik ni kena habiskan ~



Dan ini kapas luka aku. Seharian aku tak buka. Pagi tadi baru buka.
Disebabkan aku di-operate kat bahagian telinga,
so aku tak boleh nak letak kat blog. SENSITIF~~


Dan ini kad appointment aku dengan Dr Zabrina.
Minggu depan kena buka jahitan pula.
Aigoo... sakit tak rasanya?

Tapi kalau sakit, insyaAllah boleh.
Sebab bagi aku, antara sakit yang pernah aku rasa selama aku hidup ni
adalah sakit kena operate tu.

Sempat juga aku bayang time dalam bilik bedah..
macam mana agaknya orang bersalin ye?
Itulah sebabnya Allah kurniakan syahid kecil pada mereka..
hurmm...

***********************************************************

Well..
itulah dia kisah cuti aku.

Sekarang ni aku di-kuarantin selama 2 minggu tak boleh kerja.
Dan aku perlu jaga pemakanan untuk jaga luka jahitan aku ni.
Lepas seminggu ni, lepas dah buka jahitan, 
baru leh makan seperti biasa.

Pada kawan-kawan..
tolong jaga diri baik-baik ye..

Jangan simpan lama-lama andai ada benda yang unusual pada diri tu.
Segera jumpa doktor, supaya pencegahan awal boleh diambil.

p/s : inilah pengalaman yang aku tak kan lupakan... Allah itu Maha Mengetahui segala-galaNya..

Aku mimpi buruk hari tu. Sebab mengalami sakit sangat, aku tidur memang tak lena, kejap-kejap bangun terkejut terbayangkan semua tu.. Allah.. ini juga ujian.. kifarah dosa bagiku..

2 comments:

Nurul Afiqah said...

wah,, just read this post.. procedure operate wlaupun minor operation mmg kene pakai bju putih tu je utk sterile surrounding. so that xde kuman masuk kt tmpt operate tu. patutnya mira ckp kt doctor tu, sakit.. nti die tmbah dose LA. bila mira citer cmni bru kte fhm perasaan patient. i pulak yg cuak.. tq 4 sharing. smoga cpt sembuh mira... ^^

Cik Mira said...

=.='

ada doktor cakap.. "kalau sakit bgtau"

tp mira cakap yg mira tak leh nafas pun depa cam tak dengar je..
sebab tu mira diamkan.. kalau tahu doktor leh tmbh dos.. dah lama mira menjerit dalam tu!

hahaha..

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law