Sunday, June 24, 2012

Pengalaman

Bismillah

Alhamdulillah

Hari ni hari Ahad, esok dah hari Isnin.
yeay!
=.='

Ambil masa sikit update blog lagi sebelum sambung buat kerja.

~~~Workplace cik mira~~~
Aku ni dahulu nya sedikit malas nak guna meja yang disediakan dalam bilik tu.
Apa je yang aku buat, aku duduk atas katil, dan laptop aku letakkan atas kerusi.
aigooo..

Tapi sekarang, tabiat tu kena ubah, sebabnya,
probability untuk mata jadi kecil di atas katil sangat tinggi berbanding di atas meja.

Dan syukur, aku jumpa buku yang aku cari.
Depend kat internet bagi kes aku tak banyak membantu.
Pak cik Wikipedia pun dah tak selalu keluar time aku search.
=.='

Nak-nak buku yang aku cari pagi tadi, buku tu baru sampai.
So.. happy kejap, sebab buku baru.. hahahha..

Semoga Allah sentiasa permudahkan segala urusan aku dan rakan-rakan
seperjuangan.

**********************************************

SEMINAR 1453
UIA GOMBAK
17 JUN 2012

~ One Heart Creative Solution FB ~
Tengah sibuk menyiapkan task yang due date nya makin dekat,
aku lupa tul program ni telah ditunda, dan tarikh yang baru adalah hujung minggu tu.
Punyalah serba salah kan.

Dulu, waktu depa call,
aku dah setuju untuk terima jadi volunteer program ni.

Tapi...
bila aku diuji antara FYP dan Program,
aku serba salah betul.
Nak tolak, rasa kasihan.

Akhirnya, aku ikut je flow dan tawakal moga Allah bantu aku.
Andai kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita.

So, bermulalah pengembaraan ke UIA bersama dua sahabat yang aku sayang ni..
NADIAH & ECAH.

Macam biasalah, kami akan bermusafir tanpa tahu kat mana lokasi sebenar.
Allah permudahkan segalanya. 
Alhamdulillah.

Sebelum bertolak, kak fateha tolong aku survey harga tiket LRT dan bas shuttle.
Adik aku tolong bagi arahan mana nak turun dan sebagainya.

Pada hari kejadian,
Sabtu 16 Jun 2012,
kami ada rehearsal dan perlu gather di UIA jam 11 pagi.

Allah punya kuasa, DIA temukan kami dengan sorang budak UM ni.
Muka dia sangat familiar bagi aku.
Dan alhamdulillah, dia pun merupakan volunteer program tu jugak.
So, alhamdulillah.

Dalam perjalanan ke sana, sembang-sembang dengan dia,
baru aku tahu, dia pun orang Ipoh,
dan dia pun agak familiar dengan muka aku ni.
Rupenye.. die tu kawan kepada kawan teman.
Padanlah familiar bebenor.
Kami pernah jumpa waktu pertandingan majlis tilawah al-quran 
time sekolah menengah dahulu.
aku masuk hafazan, die dan kawan aku masuk pidato.
No wonder  la familiar.

******************************

Sampai je, kami duduk kejap,
dan diberi briefing tentang event.
Apa task kami semualah.

After Zohor tu, barulah rasmi kami rehearsal dan tolong depa sikit2.
Lepas Asar, kami dah boleh balik rehat.

Seriously, apa yang aku rasakan hari tu,
aku rasa takut.
Takut kalau aku tak dapat nak buat yang terbaik.
Thanks kat Ecah yang layan karenah aku ni kan..haha

Dan thanks juga pada Abang + kak ipar Ecah yang sudi 
berikan tempat tidur+rehat pada kami semua :)

***************************************************

Ahad - 17 Jun 2012

Mula-mula sampai kat tempat tu,
aku nampak Hilal Asyraf!
Hilal tu!
hahaha

Hari tu, memang berpeluang lah dengar talk
dan berjumpa dengan orang yang hebat-hebat.


Ustaz Syaari yang sangat sempoi.
Ustaz Hasrizal yang lawak.
Imam Muda Hassan sedap mengalunkan kalimah Allah.
Adik Zaid yang comel.
3 panel yang banyak pengalaman yang dikongsi ngan kitaorang.
Dan semestinya..
warga One Heart sendiri yang layan kami macam keluarga.

Warga One Heart Creative Solution
FB Page ~


Mereka yang dalam One Heart sangat rapat.
Suka tengok ukhwah antara mereka.



Alhamdulillah,
pengalaman jadi volunteer dan bekerja dengan mereka yang
jauh berpengalaman best sebenarnya.

Kalau kita handle program,
dapat tengok muka cuak sorang-sorang.
Tapi dalam One Heart, mereka steady je.
Siap gelak-gelak.. rilek-rilek je.
Even dia nye CEO pun steady je.
Aku ingatkan orang biasa-biasa je, so aku wat tak layan lah.
Sampailah Nadiah bagitahu yang dia tu CEO,
aku terlopong kejap.
Memang terkejut.

Kena banyak belajar nak organise sesuatu dari mereka2 ni nanti :).



************************************************
Entahlah...
aku tak tahu nak story apa lagi dah.

Cukup lah kot.
Alhamdulillah,
Allah bagi aku rasa dua benda sekali gus

Pertama >> tak jadi tolak jadi volunteer
Kedua >> projek

Yang bab projek tu sengsara sikit..
tapi pepun.. dua-dua aku dapat rasai.
Terima kasih ya Allah kerna mempermudahkan segala urusan kami bertiga 
:)

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.


 


p/s : best jugak jalan-jalan mengembara ni~~~

2 comments:

CikMai said...

kemas meja awak yea.hehe

Cik Mira said...

haha...
kena sentiasa kemaskan..
klu x.. ngan kepala2 sekali serabut~~ ><

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law