Friday, June 22, 2012

Kamu kawan aku

Bismillah

Alhamdulillah

Sayyidul Ayyam
^_^

Mari kita banyakkan berselawat hari ni.
dan juga banyakkan berdoa, kerna sesungguhnya,
hari Jumaat merupakan antara hari yang makbul doanya :)

***************************************

Bismillah.

Dah lama aku nak update tentang satu benda ni, tapi aku hold sampailah aku rasa 
aku nak tulis. ;)


Benar orang cakap, kita boleh kehilangan seorang kawan dalam sekelip mata sahaja.
Walau lama mana pun dah kenal, tapi kita boleh kehilangannya tanpa ada sebab yang kukuh.

Izinkan aku..

Aku terasa hati. Wah!
Terasa hati sampai ke sini?
Aku manusia biasa. Tipulah kalau aku tak ada sekelumit perasaan terasa itu.
Tapi aku cuba pendam setelah sekian lama.

Kawan...

Aku dah tersalah cakap kah pada kamu?
Aku ada buat apa-apa yang menyakitkan hati kamu?
Maaf kawan, ini sahaja medium untuk aku sampaikan pada kamu kerna,
aku cuba medium lain, tapi tidak berhasil pada kamu.

Nak masuk 5 tahun aku mengenali kamu kawan.
5 tahun, tapi nampaknya aku belum kenal kamu sebenarnya,
dan kamu juga tidak mengenali aku sebenarnya.

Apa yang aku rasakan, kamu mulai dingin dengan aku.
Kerna apa ya?
Apa sebabnya kamu begini?
Atau salah nya pada aku kah?
Aku dapat rasakan kamu dingin dalam melayan karenahku,
tidak seperti dulu-dulu.

*************************************************
Biarlah aku straight-forward..

Setelah beberapa status di pencicit aku,
kamu mula berubah.
Adakah sangkaan aku benar?

Kamu kawan aku.
Sampai bila-bila pun kamu kawan aku.
Dan ingin aku ceritakan pada bakal generasiku,
kamu kawan aku.
Itulah yang selalu aku katakan saban waktu.

Andai kamu kawan aku,
kamu pasti akan faham aku ni macam mana.
Dan aku sedih kerna setelah beberapa tahun mengenali kamu,
it turns out to be like this.


Kita kawan,
kawan macam mana sekali pun, tetap akan jadi kawan.
Andai ada masalah, pasti berdiskusi menyelesaikannya.
Bukankah itu makna berkawan?

************************************

Kawan...

Aku kasihi mu hanya sebagai kawan aku
dan jutaan terima kasih aku tuturkan
atas segala jasa kamu padaku selama kita berkawan.
Hanya Allah yang bisa membalasnya.

Andai salahnya pada aku,
maafkan aku.
Dan semoga kamu sentiasa bahagia dengan apa yang kamu
kecapi hingga ke hari ini.
Sentiasa yakin pada diri kamu,
kerna aku tahu kamu berkebolehan. 
:)

********************************************

Menyimpan rasa ni buatkan aku sakit beberapa kali.
Mungkin salahnya pada aku.
Kerna itu, aku punyai pencicit pendua.

Dan kali ini,
aku benar harap dan berdoa,
Allah akan bantu aku rahsiakan satu perkara lagi.
Perkara apa?
Itu rahsia.

Aku tak nak apa yang terjadi pada kawan aku,
akan terjadi untuk kali yang kedua.

Oleh itu, benarkan aku untuk bergerak sendiri untuk 
perkara ini. 

Terima kasih.

*********************************************

Aku tahu kamu akan baca ini.
Terima kasih kawan.
Maafkan aku.

Dan aku rindukan kamu yang dulu.


p/s : done

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law