Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, June 30, 2012

RM

Bismillah.

Alhamdulillah


Aku edit gambar ni..
Gambar asal..


Teringat kat Family Outing
Tengok gambar Running Man..
wat kan aku tersenyum..
hohoho..

comel je depa ni :)


Syiookk~~~

p/s : ^__^

Friday, June 29, 2012

Dua dalam satu

Bismillah.

Alhamdulillah.

Allah....

Aku tak berapa stress dengan kerja aku. tapi aku terlalu stress dengan orang di sekeliling aku. semoga ini dapat mendidik aku sesuatu.. cumanya, jangan cabar aku sampai baran dan belang aku terselak semuanya. aku dah cukup sabar dengan apa yang aku lalui hingga ke hari ini. ada tahapnya..sabar aku ini akan teruji.


Andai tahap itu sampai kemuncaknya.. jangan salahkan aku bertindak di luar norma.
Setiap orang ada limit masing-masing...
Aku juga begitu.


Dan cubalah rasai apa yang orang lain rasai.
Kamu hebat.
Kamu terpelajar.
Bukalah hati kamu.


p/s : semoga Allah sentiasa bersama dengan kita. 
dan kami sayangkan kamu.

Sunday, June 24, 2012

Pengalaman

Bismillah

Alhamdulillah

Hari ni hari Ahad, esok dah hari Isnin.
yeay!
=.='

Ambil masa sikit update blog lagi sebelum sambung buat kerja.

~~~Workplace cik mira~~~
Aku ni dahulu nya sedikit malas nak guna meja yang disediakan dalam bilik tu.
Apa je yang aku buat, aku duduk atas katil, dan laptop aku letakkan atas kerusi.
aigooo..

Tapi sekarang, tabiat tu kena ubah, sebabnya,
probability untuk mata jadi kecil di atas katil sangat tinggi berbanding di atas meja.

Dan syukur, aku jumpa buku yang aku cari.
Depend kat internet bagi kes aku tak banyak membantu.
Pak cik Wikipedia pun dah tak selalu keluar time aku search.
=.='

Nak-nak buku yang aku cari pagi tadi, buku tu baru sampai.
So.. happy kejap, sebab buku baru.. hahahha..

Semoga Allah sentiasa permudahkan segala urusan aku dan rakan-rakan
seperjuangan.

**********************************************

SEMINAR 1453
UIA GOMBAK
17 JUN 2012

~ One Heart Creative Solution FB ~
Tengah sibuk menyiapkan task yang due date nya makin dekat,
aku lupa tul program ni telah ditunda, dan tarikh yang baru adalah hujung minggu tu.
Punyalah serba salah kan.

Dulu, waktu depa call,
aku dah setuju untuk terima jadi volunteer program ni.

Tapi...
bila aku diuji antara FYP dan Program,
aku serba salah betul.
Nak tolak, rasa kasihan.

Akhirnya, aku ikut je flow dan tawakal moga Allah bantu aku.
Andai kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita.

So, bermulalah pengembaraan ke UIA bersama dua sahabat yang aku sayang ni..
NADIAH & ECAH.

Macam biasalah, kami akan bermusafir tanpa tahu kat mana lokasi sebenar.
Allah permudahkan segalanya. 
Alhamdulillah.

Sebelum bertolak, kak fateha tolong aku survey harga tiket LRT dan bas shuttle.
Adik aku tolong bagi arahan mana nak turun dan sebagainya.

Pada hari kejadian,
Sabtu 16 Jun 2012,
kami ada rehearsal dan perlu gather di UIA jam 11 pagi.

Allah punya kuasa, DIA temukan kami dengan sorang budak UM ni.
Muka dia sangat familiar bagi aku.
Dan alhamdulillah, dia pun merupakan volunteer program tu jugak.
So, alhamdulillah.

Dalam perjalanan ke sana, sembang-sembang dengan dia,
baru aku tahu, dia pun orang Ipoh,
dan dia pun agak familiar dengan muka aku ni.
Rupenye.. die tu kawan kepada kawan teman.
Padanlah familiar bebenor.
Kami pernah jumpa waktu pertandingan majlis tilawah al-quran 
time sekolah menengah dahulu.
aku masuk hafazan, die dan kawan aku masuk pidato.
No wonder  la familiar.

******************************

Sampai je, kami duduk kejap,
dan diberi briefing tentang event.
Apa task kami semualah.

After Zohor tu, barulah rasmi kami rehearsal dan tolong depa sikit2.
Lepas Asar, kami dah boleh balik rehat.

Seriously, apa yang aku rasakan hari tu,
aku rasa takut.
Takut kalau aku tak dapat nak buat yang terbaik.
Thanks kat Ecah yang layan karenah aku ni kan..haha

Dan thanks juga pada Abang + kak ipar Ecah yang sudi 
berikan tempat tidur+rehat pada kami semua :)

***************************************************

Ahad - 17 Jun 2012

Mula-mula sampai kat tempat tu,
aku nampak Hilal Asyraf!
Hilal tu!
hahaha

Hari tu, memang berpeluang lah dengar talk
dan berjumpa dengan orang yang hebat-hebat.


Ustaz Syaari yang sangat sempoi.
Ustaz Hasrizal yang lawak.
Imam Muda Hassan sedap mengalunkan kalimah Allah.
Adik Zaid yang comel.
3 panel yang banyak pengalaman yang dikongsi ngan kitaorang.
Dan semestinya..
warga One Heart sendiri yang layan kami macam keluarga.

Warga One Heart Creative Solution
FB Page ~


Mereka yang dalam One Heart sangat rapat.
Suka tengok ukhwah antara mereka.



Alhamdulillah,
pengalaman jadi volunteer dan bekerja dengan mereka yang
jauh berpengalaman best sebenarnya.

Kalau kita handle program,
dapat tengok muka cuak sorang-sorang.
Tapi dalam One Heart, mereka steady je.
Siap gelak-gelak.. rilek-rilek je.
Even dia nye CEO pun steady je.
Aku ingatkan orang biasa-biasa je, so aku wat tak layan lah.
Sampailah Nadiah bagitahu yang dia tu CEO,
aku terlopong kejap.
Memang terkejut.

Kena banyak belajar nak organise sesuatu dari mereka2 ni nanti :).



************************************************
Entahlah...
aku tak tahu nak story apa lagi dah.

Cukup lah kot.
Alhamdulillah,
Allah bagi aku rasa dua benda sekali gus

Pertama >> tak jadi tolak jadi volunteer
Kedua >> projek

Yang bab projek tu sengsara sikit..
tapi pepun.. dua-dua aku dapat rasai.
Terima kasih ya Allah kerna mempermudahkan segala urusan kami bertiga 
:)

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.


 


p/s : best jugak jalan-jalan mengembara ni~~~

Friday, June 22, 2012

Kamu kawan aku

Bismillah

Alhamdulillah

Sayyidul Ayyam
^_^

Mari kita banyakkan berselawat hari ni.
dan juga banyakkan berdoa, kerna sesungguhnya,
hari Jumaat merupakan antara hari yang makbul doanya :)

***************************************

Bismillah.

Dah lama aku nak update tentang satu benda ni, tapi aku hold sampailah aku rasa 
aku nak tulis. ;)


Benar orang cakap, kita boleh kehilangan seorang kawan dalam sekelip mata sahaja.
Walau lama mana pun dah kenal, tapi kita boleh kehilangannya tanpa ada sebab yang kukuh.

Izinkan aku..

Aku terasa hati. Wah!
Terasa hati sampai ke sini?
Aku manusia biasa. Tipulah kalau aku tak ada sekelumit perasaan terasa itu.
Tapi aku cuba pendam setelah sekian lama.

Kawan...

Aku dah tersalah cakap kah pada kamu?
Aku ada buat apa-apa yang menyakitkan hati kamu?
Maaf kawan, ini sahaja medium untuk aku sampaikan pada kamu kerna,
aku cuba medium lain, tapi tidak berhasil pada kamu.

Nak masuk 5 tahun aku mengenali kamu kawan.
5 tahun, tapi nampaknya aku belum kenal kamu sebenarnya,
dan kamu juga tidak mengenali aku sebenarnya.

Apa yang aku rasakan, kamu mulai dingin dengan aku.
Kerna apa ya?
Apa sebabnya kamu begini?
Atau salah nya pada aku kah?
Aku dapat rasakan kamu dingin dalam melayan karenahku,
tidak seperti dulu-dulu.

*************************************************
Biarlah aku straight-forward..

Setelah beberapa status di pencicit aku,
kamu mula berubah.
Adakah sangkaan aku benar?

Kamu kawan aku.
Sampai bila-bila pun kamu kawan aku.
Dan ingin aku ceritakan pada bakal generasiku,
kamu kawan aku.
Itulah yang selalu aku katakan saban waktu.

Andai kamu kawan aku,
kamu pasti akan faham aku ni macam mana.
Dan aku sedih kerna setelah beberapa tahun mengenali kamu,
it turns out to be like this.


Kita kawan,
kawan macam mana sekali pun, tetap akan jadi kawan.
Andai ada masalah, pasti berdiskusi menyelesaikannya.
Bukankah itu makna berkawan?

************************************

Kawan...

Aku kasihi mu hanya sebagai kawan aku
dan jutaan terima kasih aku tuturkan
atas segala jasa kamu padaku selama kita berkawan.
Hanya Allah yang bisa membalasnya.

Andai salahnya pada aku,
maafkan aku.
Dan semoga kamu sentiasa bahagia dengan apa yang kamu
kecapi hingga ke hari ini.
Sentiasa yakin pada diri kamu,
kerna aku tahu kamu berkebolehan. 
:)

********************************************

Menyimpan rasa ni buatkan aku sakit beberapa kali.
Mungkin salahnya pada aku.
Kerna itu, aku punyai pencicit pendua.

Dan kali ini,
aku benar harap dan berdoa,
Allah akan bantu aku rahsiakan satu perkara lagi.
Perkara apa?
Itu rahsia.

Aku tak nak apa yang terjadi pada kawan aku,
akan terjadi untuk kali yang kedua.

Oleh itu, benarkan aku untuk bergerak sendiri untuk 
perkara ini. 

Terima kasih.

*********************************************

Aku tahu kamu akan baca ini.
Terima kasih kawan.
Maafkan aku.

Dan aku rindukan kamu yang dulu.


p/s : done

Thursday, June 21, 2012

Lahirnya mira blur~~

Bismillah.

Alhamdulillah.

Dah lama tak update kan?
fuhhhh...
Macam biasa lah, nak sangat update tapi masa dan idea membataskan semua tu.
* sedangkan gambar semua dah siap nak di-upload. Malas sangat ni cik mira~~ *

Update ringkas je la.
Baru lepas kelas Computer Virus.
Alhamdulillah.
Semester ni aku ada satu subjek dan satu projek.

Projek aku, so far ok la..
Alhamdulillah SV dan senior banyak membantu.
Pak cik Google dan VLIB juga banyak membantu.

Malam ni ada lagi appointment untuk Chapter 2 aku.
Semalam dah diringkaskan apa yang aku kena buat untuk Chapter 3.
Rupanya, senang je nak baca research papers ni.
Kami-kami ni punyalah susah payah nak fahamkan sampailah dah habis baca pun still tak faham lagi.
Haaaiiihhh laa..=.='

****************************************

Sejak kebelakangan ni, aku sering dan selalu dilanda satu penyakit ni.
Iaitu penyakit *BLUR* dan *CUAK*

Entah mengapa, sekarang, aku susah nak cover riak muka aku
bila aku tak faham sesuatu
bila aku takut akan sesuatu
bila aku blur sesangat
bila aku tak tahu apa next step aku perlu buat
dan bila aku rasa serba salah.

Kalau dulu, aku pandai cover.
Hanya orang tertentu je leh tangkap riak muka aku ni dulu
Tapi, sekarang ni.. makin menjadi-jadi penyakit aku ni.

Scene 1
Benda ni terjadi time aku jumpa SV kali pertama.
Aku memang tak faham apa yang dia cakap sal Neural Network.
Aku duk tengok je muka dia.
Alih-alih dia bersuara, tanya kenapa aku takut semacam?

Scene 2
Yang ni terjadi time aku jadi volunteer Seminar 1453 kat UIA tempoh hari.
Cepat sangat aku gelabah dan takut.
Takut nak buat ini,
takut nak buat itu
Sampaikan Ecah tegur...
'Ko kenapa ni Mira??'

Scene 3
Kelmarin, aku punyalah semangat nak pergi lab hinggakan aku mesej Hajar tanya lab ada ke tak.
Aku dah fikirkan nak pakai baju apa pagi tu.
Aku dah siap plan bila aku nak sneak out untuk jumpa SV personally time lab.
Semuanya aku dah fikirkan...sampailah Hajar bagitahu..
'Mira..lab tu bukan 11 Julai ke?'

Lepas mesej tu.. aku rasa macam blur kejap..
semua plan aku hilang macam tu je..
alih-alih aku tidur terus pagi tu.

Scene 4
Pagi tadi..
aku semangat gosok baju semua.
Siap tanya member, baju ni ok tak dengan kasut ni.
Dan sempat lagi aku tengok Running Man sambil gosok baju.

Tepat pukul 10 pagi.. aku pun dah siap dah, lengkap..tinggal nak sarung kasut je..
...tetiba..
aku berdiri sebelah katil.. aku berdiri je..
Then aku toleh ke jadual aku..
LAB 11 PAGI

Then aku blur kejap. 
Aku senyum sendiri..
Kenapa awal sangat aku siap ni?
Dalam kepala otak aku..aku dah siap fikirkan lab kat mana,
soalan tutorial semua.
Alih-alih.. aku duduk dalam 10 minit, layan running man.

Scene 5
Ni time sembang2 ngan Hajar, Kak Fateha, Mohana, Kak Netya
sebelum lab tadi. Sembang punya sembang,
banyak kali aku tersalah cakap dan sasaran aku nak pukul nyamuk kat tangan Kak Fateha 
pun tersasar.
Sampai kak fateha tegur
"Mira..awak ni kenapa?"

Dan..banyak lagi sebenarnya..
lebih-lebih lagi time aku balik Ipoh dulu.


Entahlah, aku pun tak tahu kenapa..hahaha
***********************************

Kekadang aku fikir gak..
kenapa ek aku ni?
hahahaha..
aku bukan Mira yang dulu.
heh~~

Tapi interesting jugak jadi macam ni.
Kalau ini menyusahkan sesiapa,
maaf.. 
apa yang aku buat/lakukan, aku tak sedar pun.


p/s : haaiihh laaa Mira @_@

Wednesday, June 13, 2012

Anak & Ibu

Bismillah.

Tempat : Melaka Sentral
Jam : 3 petang

Anak : Nak bela kura-kura lah. Boleh mak?
Mak : Boleh je. Tapi nanti mak lah yang kena bersihkan selalu.

Beberapa minit berlalu..

Anak : Nak kura-kura. Kalau bela arnab, nanti ayah tak suka.
Mak : bela je la. Buat itu ini.. ********

**********

Tanpa sedar, air mata aku menitis.
Teringat... aku sudah siapkan plan taman tema untuk Jeddak dan Jedduk.

Hanya tunggu duit je, taman tema mereka aku akan usahakan buat sendiri.
Mendengar perbualan ibu dan anak petang tadi.. buatkan aku terkedu seketika.
Sesungguhnya Allah itu lebih Maha Mengetahui

p/s : dihambat sayu seketika. kesat air mata dan cuba tersenyum. Sudah besar kalian di bawah jagaanNya..

Sunday, June 10, 2012

Namaku..

Bismillah.

Alhamdulillah.

Hari ni kak Farahin Lee aktif tweet.

Nak-nak pula dia tweet translation name into Korean.

So saya pun join se-tweet-nya
*bahasa yang digunakan sangat salah yee..*

*Dan maaf, susunan tweet bawah ni tersalah plak*
mianhe...


Bila di-google translate cam lawak pula,
tapi suka dengan nama NURISH, apabila di-translate jadi..
NURISEU

p/s : suka-suka!!!!~~ >.<

Saturday, June 09, 2012

Hello..hello

Bismillah.

Alhamdulillah.


Wah! 
Kalendar tu!

Heh!~~

Aku ni bukannya jenis rajin nak beli.
Last beli pun time Gamma?
Ke Beta?

(*Beta = First year Degree)
(*Gamma = Second year Degree)

Tetiba, terdetik dan terkeluar RM1 untuk membeli kalendar MMU ni.
Apa salahnya kan menyerikan bilik aku yang suram aje ni ;)

Lagipun, senang nak tengok bila cuti,
bila boleh balik Ipoh,
bila mid-term break,
dan bila habis sem.

hahaha.. semuanya tentang cuti >.<

*************************************************************

Kepada semua warga MMU,
selamat memulakan tahun yang baru dan semester yang baru.

Mari kita berjuang bersama-sama semester dan tahun baru ni!
Susah macam mana pun, kita bersama yep!~~
hehehe..

Well, 2012/2013.
I'm having my FYP this sem.
Doakan moga segalanya berjalan lancar, aminn.

Disebabkan aku menghabiskan banyak masa di Ipoh,
tanpa boleh mengulangkaji dan membaca,
atas faktor-faktor tertentu,

aku mula rasa rugi gila! 
Sebab apa?
Sebab ni....


hehe..
board yang setahun tak dihiasi apa-apa.
Kali ni baru nak letak benda.

Ada dua DATELINE yang aku perlu hadapi lagi dua minggu ni.

Semalam SV dah emailkan pada semua students dia untuk hantar Chapter 2.
Kemudian, proceed Chapter 3.

Research papers yang dia emailkan kat aku masih belum aku sentuh.
Setiap satu kena buat summary.
Semua research papers yang dia emailkan ada 13!
13 tu!

Tu pun dia suruh cari lagi dalam beberapa research papers
dan compile-kan sekali.
=.='

Well, inilah dia susahnya ambil Reseach-based project.
Kena banyak membaca. sangat!
Alhamdulillah, SV banyak bantu.
Kawan-kawan lama pun banyak bantu.
Banyak beri kata semangat dan guideline apa aku perlu buat dan apa yang tak perlu buat.

Yang tinggal sekarang adalah diri aku sendiri.
Satu benda yang perlu aku buang dalam diri ini adalah..
MALAS

Ok..
Cukup dulu.
Nanti kita story lagi.

Pada kawan-kawan saya yang sekali berjuang untuk FYP kali ni.
Kita buat yang terbaik!

Aku tahu susah, tapi aku rasa tenang sedikit, sebabnya,
kawan-kawan aku ada di sisi aku, berjuang bersama-sama dengan aku ;)

p/s : sayang korang! #eh?

Tuesday, June 05, 2012

R.E.S.C - L.A

Bismillah.

Alhamdulillah.

L.A.!!

Los Angeles!!
haha..
memang tak la kan.

Seminggu lebih yang lepas, aku pergi ke ENT Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Tu pun atas arahan ibu aku yang suruh pergi.

Dah lama dah aku ada benjol kat telinga ni.
Dulu-dulu doktor cakap itu common, dia bagi ubat antibiotik dan ubat sapu.
Alhamdulillah, Allah sembuhkan.

Lepas tu ada balik, kali ni, lagi besar.
Aku buat tak tahu je la. Hari-hari duk usik benjol rasa sakit pula.
Dekat dua minggu jugalah aku duk diam je.
Alih-alih aku ambil keputusan untuk bagi tahu ibu.
Ibu pun bising sebab aku simpan lama...haha..

Mula-mula, aku pergi klinik biasa, doktor tu tak leh nak buangkan,
so hantar aku ke GH untuk jumpa pakar.

Allah temukan aku dengan doktor Zabrina yang baik.
Dia ambil inisiatif bagi aku ubat antibiotik dan ubat tahan sakit.
Ada dua jenis ubat Antibiotik yang dia bagi.
Katanya, tunggu seminggu lagi dan tengok kalau dia mahu susut.


~ Kena paksa makan ubat T_T ~

Ada je yang aku skip sebab lupa dan malas nak makan. haha..
Makin aku makan, makin sakit dan mula merah.
Ingatkan nak le susut sikit ke kan..

Sampai lah hari yang ditunggu, tak susut-susut.
Doktor Zabrina duk telek-telek dan usik-usik.
Sakit tau tak~~ heh~~
>.<

Akhirnya, doktor suruh aku operate dan buang benda tu.
Aku tanyalah apa benda tu.
Kalau nak tau tekan je la benda kat atas tu.
Benda ni asalnya biasa je, tapi once dah kene jangkitan,
dia boleh jadi luar biasa.
Dengan sikap aku yang suka menangguh dan tak ambil kisah,
akhirnya ke dewan bedah!

********************************

Isnin, 4 Jun 2012


Ini lah antara hari yang akan aku ingat sampai bila-bila.
Datang awal jam 8 pagi.
Masuk dewan bedah jam 10 pagi.
Terbaik tak?

Aku disuruh tukar baju dan pakai baju hospital warna hijau dan putih tu.
Sayangnya aku tak dapat nak snap gambar.haha.
Yang paling memalukan aku,
tudung, semua pakaian kene tanggalkan.
Hanya pakai kain hijau dan putih hospital bagi tu.
Aku nak bedah kat telinga je, tapi prosedur hospital suruh tanggal semuanya.

Kalau tengok aku berkemban tu.. entahlah.. rasa macam apa je.
Malu dia jangan cakap lah!

Ok.. tolak tepi yang itu.

Masuk je kat dalam, aku kena tunggu lagi.
Yang bertugas kat situ, tak henti-henti tanya nama aku, IC aku, kat mana nak dibedah.
Macam soal seolah-olah aku ni hilang ingatan.
Aku pula yang cuak.

10.15 pagi.

Aku masuk dan nurse tu suruh aku baring.
Dalam bilik tu aku nampak laki je. Nurse perempuan aku tak nampak pun~~~

Nak dijadikan cerita, naik atas katil tu aku tercekik sekejap, sebab leher baju hospital tu ketat sikit.
Yang bertugas kat situ tengok aku dan tolong longgarkan sedikit baju belakang aku.
Dia suruh aku baring.
Segan! sebab yang bertugas semuanya lelaki.

Tapi aku dengan selamba je suruh dia selimutkan aku tebal-tebal sebab sejuk sangat dan supaya dapat cover badan aku ni sikit.
@.@!

Doktor datang tengok aku, muka dia risau.
Banyak soalan dia tanya aku sal benjol ni.
Satu je jawapan yang buat aku lega..
"Should be alright"

Then..
mulalah sesi pembuangan benjolan ini.

"Have you seen this kind of case?"
soal doktor A.

"No, this is my first time"
kata doktor B.

"Good. You can help me with this"
kata balik doktor A.

Yang aku duk dengar ni dah cuak.
Biar betul doktor.. first time???

Seluruh badan aku ditutup dengan kain hijau,
tinggal mata dengan hidung aku je dibuka.
Dan aku memang sedar time tu.

Doktor cucuk telinga aku.
Sakit die~~ BEST!

Aku tak tahu dia buang benda tu macam mana,
tapi sangat sakit.

Nafas aku turun naik, tangan aku menggigil sakit.
Kaki aku jangan cakap ar, entah apa depa letak kat kaki aku tu..
kekadang aku angkat kaki sikit sebab nak tahan sakit.

Tangan aku berpeluh aku genggam.
Fikiran aku... aku cuba bawa lari dari fikirkan sal telinga aku ni.

Orang cakap, kalau kita terlalu fokus benda tu, nanti lagi takut.
So aku cuba fikir benda lain. 
Aku fikir itu, ini.. tapi tak menjadi..
sampailah aku menangis. Aku tak sedar aku menangis.
Dalam hati.. cepatlah habis!
Cepatlah habis!

Adalah dekat setengah jam aku di-operate.
Dan dalam setengah jam tu juga aku mengucap panjang.

Last sekali, aku dapat rasa 4 renjatan elektrik kat telinga aku.
Mungkin laser nak jahit kot.
Lepas tu aku dapat rasa jarum dan juga benang yang ditarik oleh doktor tu.

Sakit beb!
Aku rela dipengsankan dari dibedah hidup-hidup.

Itulah namanya L.A.

Dibius hanya pada tempat yang mahu dibedah.
Tapi entah mengapa aku tak rasa pun ubat bius tu.
aiggooo..

Bila dah settle, aku disuruh duduk.
Pening kepala aku kejap.
Dalam pening tu aku gagahkan diri untuk bangun dan berjalan.
Akhirnya aku ditahan oleh pegawai bertugas..
rupanya dia tolong ketatkan baju aku balik.
segan lagi~~~

****************************************************

Keluar je dari dewan bedah, semua mata pada aku.
Cepat-cepat salin baju dan tunggu untuk ambil ubat.
Semua tu ibu aku yang buat.
Aku rasa cam lost.

Tengah-tengah duk ibu abah cakap kat aku apa yang perlu aku buat once aku dah 
balik Melaka, aku nangis lagi.

Kat depan orang ramai aku menangis.
Satu benda yang aku cakap kat ibu abah.
"Sakit...."

Then ibu abah bawa aku balik.
Bawa aku untuk pergi rehat kat rumah :')

Hari tu..
aku tak boleh nak cakap sangat, nak makan pun tak boleh kunyah laju.
Tidur tak boleh nak mengiring ke kanan.


Tangan aku selalu menggigil.
Pegang barang ke apa ke mesti menggigil..
Sampai tahap gitu aku cuba tahan.

Time aku sujud dan bagi salam ke arah kanan kena slow giler..
sengal-sengal sakit tu masih terasa.

Last sekali aku tidur je hari tu.
Mungkin tenaga aku banyak aku habiskan untuk tahan sakit kot.
=.='


~ Doktor pesan, dah sihat sekalipun ubat antibiotik ni kena habiskan ~



Dan ini kapas luka aku. Seharian aku tak buka. Pagi tadi baru buka.
Disebabkan aku di-operate kat bahagian telinga,
so aku tak boleh nak letak kat blog. SENSITIF~~


Dan ini kad appointment aku dengan Dr Zabrina.
Minggu depan kena buka jahitan pula.
Aigoo... sakit tak rasanya?

Tapi kalau sakit, insyaAllah boleh.
Sebab bagi aku, antara sakit yang pernah aku rasa selama aku hidup ni
adalah sakit kena operate tu.

Sempat juga aku bayang time dalam bilik bedah..
macam mana agaknya orang bersalin ye?
Itulah sebabnya Allah kurniakan syahid kecil pada mereka..
hurmm...

***********************************************************

Well..
itulah dia kisah cuti aku.

Sekarang ni aku di-kuarantin selama 2 minggu tak boleh kerja.
Dan aku perlu jaga pemakanan untuk jaga luka jahitan aku ni.
Lepas seminggu ni, lepas dah buka jahitan, 
baru leh makan seperti biasa.

Pada kawan-kawan..
tolong jaga diri baik-baik ye..

Jangan simpan lama-lama andai ada benda yang unusual pada diri tu.
Segera jumpa doktor, supaya pencegahan awal boleh diambil.

p/s : inilah pengalaman yang aku tak kan lupakan... Allah itu Maha Mengetahui segala-galaNya..

Aku mimpi buruk hari tu. Sebab mengalami sakit sangat, aku tidur memang tak lena, kejap-kejap bangun terkejut terbayangkan semua tu.. Allah.. ini juga ujian.. kifarah dosa bagiku..
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design