Saturday, May 12, 2012

What am I doing here?

Bismillah.

Alhamdulillah :)

I'm still in Melaka.
Sekarang musim final exam buat pelajar MMU.
And yes, I don't have any final exam this sem,
but I'm still here.

Hurm...

"Kenapa tak balik?"
"FYP ek.."

Aku hanya mengangguk.
Meng-iya-kan walaupun tidak seratus peratus benar.
Bukan menipu, tapi cuma tidak berterus-terang.

Semua perkara dipermudahkan olehNya.
Terletak pada diri untuk membuat pilihan.

Terima kasih pada Abang Din.
Dan terima kasih pada En Hadi, kerna beri peluang pada diri untuk 
membuat keputusan dan menghormati keputusan aku.

InshaAllah,
esok aku akan mula bekerja di salah sebuah kedai buku 
di sekitar Melaka.
Rancangan mahu start lewat dan menghabiskan cuti bersama keluarga
terpaksa aku kuburkan.
Mungkin ini namanya pengorbanan, moga Allah redha.

Inilah sebab utama kenapa aku masih ada di bumi bersejarah ini.
Bukan semata-mata kerna FYP aku.
Tapi kerna aku ada tanggungjawab dengan majikan aku.

Aku cuma berharap, aku dapat naik bas balik malam tu,
supaya aku ni tidak membebankan majikan sendiri.
Kenapalah aku merasakan aku ni asyik menyusahkan orang lain?
heh~~
Semoga Allah memberkati dan memurahkan rezeki majikanku
yang willing nak hantar aku balik.

Dan, aku masih mencari kerja yang dekat-dekat dengan tempat aku tinggal ni.
Jalan kaki je lagi baik.
Dan aim aku nak kerja dekat Taska@Tadika..
Andai aku punyai kereta, dah lama aku hantar application kat KUMON,
sebab mereka nak recruit orang.
hurm...

Andai waktu event yang lepas aku mampu laluinya,
saat ini aku boleh juga laluinya!
InshaAllah.
Nak kata aku sendiri, aku punyai DIA.
Dan apa yang terjadi pada aku hingga kini..
semua ini pengajaran dariNya.
Melatih diri aku supaya sentiasa bergantung harap hanya padaNya.
Melatih diri ini agar sentiasa yakin padaNya.

hurm...
Kena tidur awal malam ni.
Esok pagi kena tunggu bas pula.
heh~
Jeddak dan Jedduk sedang dilatih untuk makan sangat lewat.
Aku mula latih mereka sejak semalam.
Hati kena kuat time tengok mereka minta makanan.
Kena kuat! 

Sabar ye Jeddak dan Jedduk~~

p/s : abah ibu turun KL esok. sedih.. tak dapat jumpa. moga doa mereka sentiasa berada dengan ku. dan moga redha mereka sentiasa dengan aku. kerna redha Allah letaknya pada redha mereka.

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law