Thursday, May 03, 2012

Nombor Misteri

Bismillah.

Alhamdulillah.

Hehehe...
Hari ni jalan-jalan sampai ke Kuala Kangsar gitu.
Pekena ikan bakar..peerrgghh.. nikmat!
Nak-nak pula ikan keli yang besar tu.
Alhamdulillah.

Ok, bukan perihal ikan bakar nak diketengahkan.
Terima kasih kepada nombor misteri ini.
Kerna mu, blog ku ter-update

# KES 1 # 
Beberapa hari yang lepas, selama 3 hari, ada satu nombor misteri 
menegurku dengan menghantar SMS ringkas.

Hari berikutnya aku diganggu lagi.
Ada dua waktu sahaja yang dia akan hantar mesej pada ku,
yang itu biarlah rahsia.

Lepas 3 hari, aku tekad untuk membalas mesejnya.
Dan agaknya, kata-kata aku tu kasar gamaknya,
sampai ke la ni..alhamdulillah, senyap.
hohoho..
Pada empunya diri, maaf la ye.
Memang berniat pun nak hantar mesej macam tu.

# KES 2 #
Tahun lepas, aku pernah diganggu dengan satu nombor misteri ni.
Peliknya, dia akan miscall tiap kali waktu maghrib dan awal pagi dalam jam 8 gitu.
Aku pernah angkat sekali je, sebab aku pelik siapa gerangannya.
Tak jawab pula.
Diam je.. so aku pun diam je la jugak.
Tapi nombor sampai sekarang aku ingat-ingat sikit.

Lepas beberapa bulan, (dalam sebulan dua),
nombor tu muncul balik.
Aku biar je la.
Ingatkan salah nombor ke.
Tapi lepas kali kedua dia miscall pada hari berlainan,
aku hantar mesej tanya gerangan.
Jawapan dia buat aku rasa macam... =.='

"Sorry tertekan"

Sorry tertekan??
Kita ni kenal ke?
Macam mana pula boleh cakap tertekan?
Nombor aku tu kau simpan ke?
Siapa ye?

Itulah soalan yang menerpa benak fikiran aku.
Aku pun save la nombor tu, wat rujukan la katakan.

Hari ni..
nombor yang sama menelefon aku semula.
Dan gayanya bukan miscall,
tapi seperti biasa, aku tak akan jawab.
Siap tinggalkan voice mail lagi..
hurm...

Pelik..
Bila aku dengar voice mail tu..
hurrrmmm..
Macam mula-mula aku angkat call dia tahun lepas.
*********************************************************

Ok, 
kita kenal ke?
Kau kawan aku ke?
Kenapa tak jujur?

Kekadang aku pelik.
Kalau betul nak tahu siapa aku, 
tolonglah jujur.
Tak perlu belok sana, belok sini.

Buat masa sekarang,
aku nuetral.
tidak berada di pihak mana-mana.
Tidak juga mempunyai sebarang ikatan dengan sesiapa.

Tapi.. kalau hal begini terus terjadi..
Nampaknya aku kena nikah awal ni..
hahahhaa..

p/s : ini bukan cerita drama Melayu yep. so, tolong hormat diri aku juga.mekasih~~~

2 comments:

CikMai said...

mai tak suke org macam tu , huhu . ce jujur je....

Cik Mira said...

kan...
entahlah..kekadang tak faham pemikiran orang sekarang ni..

bila kita tanya tak jawab pula.. =.='

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law