Monday, May 14, 2012

Baru 2 hari

Bismillah.

Alhamdulillah

Yeay! Esok cuti!
:)

Syukur, hingga saat ni, kerja semuanya ok.
Baru dua hari.
Tapi letih juga lah.

Hari first tu rasa susah sikit.
Maklumlah tunggu bas bagai berjam-jam.
Alih-alih aku naik teksi dengan dua budak cina lain.
terpaksa!

Tapi sesampainya aku kat sana, kedai tak buka lagi,
aku cari port, duduk dan aku tidur kejap.
hoho..

Syukur, kak Ila tu baik orangnya.
Sangat baik. 
Tak kekok aku rasa even aku buat salah banyak kali.
Siap naikkan harga barang sesuka hati je.
heh~~ >.<

Tapi penat sikit lah sebab hari Ahad orang ramai.
Baliknya pula agak lewat.
Risau tak ada bas, tapi syukur, ada.
Kalau boleh tak nak susahkan bos.
Rumah dia jauh dari MMU even dia dah willing nak hantar.
Lagipun, bos ada keluarga, kasihan pula aku tengok dia.

Hari kedua ni..
alhamdulillah, bas datang awal pula.
So, aku sampai MC agak awal.
Adalah dekat 45 minit aku kena tunggu.
So, aku pun cari port yang sama cam semalam,
dan aku tidur tersengguk-sengguk.

Seriously..memang aku mengantuk sesangat pagi ni.
So, ada peluang tidur, biar orang nak cakap apa,
aku tidur je! hehe

Sedar je, aku jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang pekerja.
Tapi hari ni aku dengan orang lain, Balkis, namanya.

Kiranya, memang part-time la kan,
bila staff permanent cuti, aku kea datang gantikan.

Hari ni tak ramai sangat orang, 
so ringan sikit kerja,
tapi cam biasa ar, aku memang suka buat salah banyak.

Semalam lagi best,
aku siapkan promote barang lagi kat customer.
Yelah, kita dah pernah guna barang tu,
pada waktu yang sama dia sedang mencari,
tak salah aku nak bagi pendapat.
Kak Ila tengok je aku.
Satu je masalah aku ni,
setiap kali aku promote barang sambil bagi pendapat,
barang tu memang agak mahal =.='

Memang tak leh nak diubah sikap ini.

Balik je kerja, lepas bagi makan kat dua buah hati ni,
aku pergi tapau makanan kat kedai kuning.
Memang terasa forever alone la.
uhuk..

Pepun,
aku bersyukur esok cuti~~
hehehehe..
dan bersyukur, Allah sentiasa lapangkan jalan untukku.
Selagi hati kuat berpegang teguh padaNya,
inshaAllah, DIA akan salurkan satu rasa dalam diri kita yang buatkan 
kita sentiasa rasa..
"InshaAllah ada.. InshaAllah boleh..dan InshaAllah semua ok"

Terima kasih ya Allah.

*********************************************************

#### DIALOG 'KEREK' BAGI AKU ####

Adik-comel : Ayah! Ini nak tak?
Ayah-nya : Tak nak.
Adik-comel : Tak nak sudah~~
** Aku merasakan persamaan antara aku dengan adik tu kuat plak..haha **

Mira-comel : Ada duit kecil?
Customer : Tak cukuplah
Mira-comel : Tak pe.. baki RM2.50
Customer : Eh.. duit 50 sen baru ek?
Mira-comel : Ah'ah. Kenapa, tak nak ke?
Customer : Eh.. tak de la..
** Aku memang rasa serba salah, tapi spontan tu. dan sejuk mata aku mandang customer tu **

Pak-cik-bas-baik : Asal balik lambat nak?
Mira-comel : Saya ada keje pak cik.
Pak-cik-bas-baik : Yela, kalau lambat, bas pak cik ni bas akhir, boleh tunggu bas pak cik
Mira-comel : Oh..ok.. terima kasih pak cik
** Aku terharu sekejap. Esok saya cuti pak cik. pepun..thank you pak cik :) **

*******************************************************************

Sebenarnya, bila kita banyak berdepan dengan orang,
 ribuan perilaku yang kita akan lihat.

Bermacam ragam manusia kita akan jumpa.
Bila tengok mereka, aku tengok semula diri aku.
Adakah aku akan jadi seperti mereka?
Apa pula nasib aku nanti?


Paling tersentuh bila lihat pak cik dan mak cik seorang diri berjalan,
tanpa teman,
bila ditanya, jawabnya ke sana ke mari demi anak.
Sedangkan anak-anak yang lain tidak mahu membantu.
Adakah aku nanti begitu?
hurm...

p/s : semoga aku cepat dapat jodoh..hahah

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law