Friday, May 18, 2012

2 things today

Bismillah

Sayyidul Ayyam.

Alhamdulillah.

Huaaarrrgghhh!!
Hari ni tambah kemalasan lagi.
Nasib baik duit dalam poket tak cukup untuk pulang ke Ipoh,
kalau tak, boleh terbang sekejap ke Ipoh. 
heh~~

Hari ni, penantian warga Taman Meru, Meru Raya, Chepor, Chemor,
Taman Jati, dan sebagainya telah berakhir.
:)

Mydin terbesar di Ipoh dirasmikan hari ni.
Hari tu Jusco Aeon terbesar di Perak juga sudah dirasmikan.
Tapi sayang beribu kali sayang, 
aku masih tidak dapat jejakkan kaki ke sana.
Kali ni pun sama.

Bukan apa, kalau kita nak experience sesuatu, 
kita kena laluinya.
Bukan kerna nak shopping semata.
Tujuan aku nak ke sana, nak tengok dengan mata sendiri
apa yang hebatnya tempat tu seperti yang di war-war kan oleh orang ramai.

Bila sudah puas tengok, baru boleh komen.
Dalam penulisan karya pun aku terapkan nilai yang macam ni.
Apa yang aku telah alami, itu yang aku jadikan cerita.
:)

Untunglah pada mereka yang boleh balik.
huhu..


Lepas ni tunggu stesen bas pula di buka.
Selamat tinggal Medan Gopeng.
Welcome Meru Raya.
Kalau balik naik bas, tak perlu risau sangat,
sebab sangat dekat dengan rumah.
Jalan kaki pun boleh :)

**************************************************

Lagi satu berita yang aku terima :)))

Buku Sunan Musafir aku telah sampai!
Yeeay!!!!!
Dah lama tunggu.
Hari tu bersesak-sesak di PBAKL semata-mata mahu jumpa En Ramlee.
Tapi yalah, jodoh masih tidak ada.

Dia lah satu-satunya penulis yang aku betul-betul nak jumpa.
InshaAllah, andai masih ada waktu untuk aku dan dia.
Bila agaknya?
:)


Seperti novel Ungu Kamila,
kali ni, En Ramlee sudi menandatangani novel barunya ini.
Yeay lagi!!

Best juga bila RAMFC mention tweet aku.
huhuu..
bangga kejap >.<


****************************************************

So, pada sesiapa yang nak follow aku,
follow aje, tak ada masalah.

Lagi pun, akaun Twitter aku ni memang aku buat 'public'
Hanya medium aku bercanda dengan kawan-kawan.
Untuk privasi sendiri, lain medium nya.

Klik pada gambar bawah yep,
kalau nak follow :)
Tak pun, klik pada gambar kat atas entry ni.
Malas nak tambah gadget Twitter~~


~ Rihito-sama ~

p/s : "Ibu ingat pakwe mana bagi kamu hadiah". hehe.. Ibu, andai mira sudah jumpa siapa di hati, akan mira bagitahu ibu nanti.. :')

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law