Monday, April 30, 2012

Walk for Autisim

Bismillah.
Alhamdulillah.

...: Walk for Autisim :...

Alhamdulillah, semester ni lebih suka sertai aktiviti luar kampus.
Tak selalu, jarang-jarang tapi tetap ada.

Semalam, under Golden Key Society,
aku sertai Walk for Autisim 2012 as a volunteer.

Apa komen aku?
Best!
Dapat jumpa Pak Ali Rustam, walhal, baru je minggu lepas jumpa dia =.='

Di-assign untuk take over other booth, so,
aku pun buat pilihan nak jaga "Magic Mop"
heh~~~
disebabkan groupmate aku Kak Anum dan Mira Nasser, 
so, aku buat itu keputusan.

Mula-mula dapat booth, rasa macam...
Apa yang magic nya ni?
Apa bezanya?

1. Struktur kain mop
2. Cara penggunaan
3. Kesan

Dah nak habis tu, barulah ada sorang mak cik ni yang cakap dia dah cuba guna,
dan mop tu memang bagus.
Alahai aunty...
Kalau tahu dari awal, boleh tarik aunty masuk booth kami jadi promoter juga.

Kronologi harga Magic Mop

"Tiga Belas Hinggit:"
.
.
.
.

"Lapan Hinggit"
.
.
.
.

"Lima Hinggit"
.
.
.
.

"Lai..Lai..Magic Mop Five Ringgit! Lai.. Lai.."

Itu yang aku jeritkan, dan makin semangat bila harga makin turun.
Orang pun ramai datang.
hoho

Booth sebelah lagi lah..

"Satu kotak Tiga Puluh Lima Hinggit"
.
.
.
.

"Satu kotak Dua Puluh Lima Hinggit"
.
.
.
.

"Dua Kotak Tiga Puluh Hinggit"

Siapa lah yang tak nak kan?
2 kotak = RM 30.
heheheh..
Best juga jual Bird's Nest tu.. hoho..

Itulah kerja kami sepanjang program tu, selain join walk pagi nya.
Mek Ecoh sempatlah sembang dengan seorang ibu yang mempunyai anak autisim ni.
Yang sorang lagi tu sempatlah mencuri kipas aku dan pergi meninggalkan aku kepanasan =.=

Mempunyai anak yang istimewa ini bukan mudah.
Ramai yang masih belum aware apa itu autisim dan juga yang lain-lain yang anak2 istimewa ini hadapi.
Ada yang suka memaksa, ada juga yang memahami dan cuba mengubati.
Anak..
Anugerah Allah yang tak ternilai.

Kak Lang yang jadi Guru Pendidikan Khas juga berdepan dengan anak-anak autisim ni
Dia cakap, berdepan dengan mereka perlu banyak bersabar.
Banyak hal tapi tetap menghiburkan hati.
Bukan sahaja Autisim, 
Down Syndrome pun ada di kelas pendidikan khas tu.
Kesabaran perlu ada, hinggakan waktu mula-mula Kak Lang kahwin,
tak dibenarkan mengandung selama 2 tahun.

Dan saya pegang kata-kata abah,
"Kita ajar dan didik anak orang lain, Allah akan balas dengan berikan kejayaan pada anak-anak kita nanti."

Dan contoh serta kata-kata itu aku lihat ada pada arwah mak.
Sebab itu aku juga bercita-cita mahu menjadi seorang pendidik.

Heh~~
meleret lagi.
Ada lah beberapa gambar syok sendiri kat bawah ni.



~ Sesungguhnya unexpected question will raise by customer. If you don't know, be CONFIDENT and act as you KNOW! ~



~ Flowers! Free flowers ~


~ Free gifts!! ~

*****************************************************

Jeddak....
Tak ingat hari ke berapa..
tapi dah nak dekat sebulan.
Eh..
Bulan April tidak ada 31 hari,
so maknanya,
sudah SEBULAN usia Jeddak bersama ku.
Alhamdulillah :)


Yang ini, maybe the last meeting me and Malliga.
T_T

She is nice and hardworking person.
Akhirnya dia berjaya pujuk aku untuk keluar makan.
Katanya..
"Emotional Blackmailing Success!!"

Sebab apa dia cakap macam tu?
Sejak Alpha lagi, tiap kali dia ajak gi makan/keluar,
pasti aku akan tolak sebab mesti clash dengan jadual aku.

Hinggakan dia cakap
"Like that la you.. Everytime I ajak, you will never come"
"Amirah is like that, she will never follow us"

So, aku pekakkan aja telinga. hehehe..
Yang terakhir ni, aku join sebab aku kasihan kat dia.
Lagipun, lepas ni dia sudah tidak berada di kampus lagi.


Aku akan rindui saat gosip dan saat meng'usha' orang lain..
hehehehe...


Minggu depan akan bermulalah kisah baru untuk aku.
Sebelum mula kisah baru, aku perlu pulang dan minta restu kedua orang tua ku.

p/s : habislah.. ada orang dah jatuh hati dengan kata-kata alih bahasa "Sarang Burung" dalam Korea..
=.=' Aiyooookkk.. tak tahu...

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law