Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Tuesday, April 17, 2012

Trip berjumpa Fawwaz?

Bismillah.

Entry kedua.

10 April 2012
5.45 petang.

Alhamdulillah, my sister, Nur Ashikin, selamat melahirkan anak sulungnya.
Sehari sebelum masuk wad bersalin, sempat sembang dengan akak, tanya pengalaman, rasa, dan sebagainya. Mesti berdebar giler kan nak lahirkan anak.
Dia cerita tentang doktor check dia pun aku dah naik scary.
Well, disebabkan umur aku bukan semakin muda, 
hal ini ada kalanya aku perlu tahu juga. Mana tahu ada rezeki nanti.

Akak pun story bukan main baik kan.haha.

Dipendekkan cerita, esoknya, tercapai lah hajat aku nak jumpa anak sedara aku yang kelima ni.
Yang keenam masih dalam perut kak long.
Alhamdulillah.
Rezeki.. dan keluarga aku makin besar!
Syukur.

Rancang baik dengan adik dan ateh aku, kami (aku dan Mek Ecah)
ke Kuala Lumpur.
Macam biasa, Allah menguji kami :)
Dua kali pula tu.
Kalau perjalanan tempoh hari ke Cameron, pun diuji.
Iktibar diambil, dan jangan pentingkan diri yep!
Selagi kita bantu orang lain, Allah akan bantu kita :)



MUHD FAWWAZ
(Orang yang berjaya)

Sedap nama tu. Aku suka!
^_^

Semoga berjaya hendaknya anak sedara aku ni.
Dan syukur, sempat dan kebetulan juga berjumpa dengan Along dan Kak Long hari tu.

Nak masuk je pintu hospital,
ada sorang budak kecil ni menjerit nampak kami.
Dalam kepala aku, macam kenal je budak ni.
Hahaha..
memang  kenal pun, anak sedara sendiri.
Syafia (Pia) pakai tudung tu cute sangat, sampai aku pun tak cam dia.
Comel.

Dapat berborak, kenakan anak sedara, buatkan aku happy kejap.
Lama tak kenakan Pia ngan Syabil tu.
Ya Allah, sungguh, aku benar sayangkan mereka!
Dan aku benar rindukan mereka!
^_^

"Pia, cantik kasut. Tukar dengan Acik. Pia pakai ni, Acik nak tu"
"Tak boleh! Kasut Pia kecik. Kasut Acik besar"
"Mana ada besar. Muatlah. Tukarlah Pia. Kasut tu comel, Acik suka"
"Tak boleh! Kasut Pia cantik!"
=.='


Dan yang atas tu Ateh dan Adik aku (Adilah)
Mek Ecah cakap,
"Mira, adik beradik ko ni muka fotostat la"
=.='

Muka fotostat?
Sama sangat ke kami ni?
hahaa..

Lama tak jumpa Ateh.
Lama juga tak jumpa Benq.. #eh.. haha..
*gurau-gurau*

Ateh belanja Old Town!
Best!
Aku rasa harga Old Town lagi murah daripada Windmill,
so nanti korang-korang boleh cuba.

Pengembaraan aku jumpa Fawwaz ni berakhir petang tu selepas makan.
Syukur sangat-sangat dapat jumpa sebab lepas ni Kak Ikin berpantang kat rumah mentua dia.
Jauh kat Kelantan tu..

p/s : Triple S (Syabil Syafia Syamim).. Daniel.. Fawwaz... Syukur.. semoga kami semua sentiasa berada dalam jagaanNya..

1 comments:

armouris said...

terjumpa e-book percuma ni, tentang menyusu dalam bahasa Melayu … sharing is caring :) - Buku Menyusu Dengan Yakin

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design